Monday, December 28, 2009

Lagi satu paper

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,midterm exams dah habis setelah 2 bulan berlalu.Tinggal satu saja lagi final paper minggu depan 05 Jan 2010.Lepas tu insya Allah cuti berminggu-minggu.Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya insya Allah.

Dah lama tak update,bulan December langsung tak ada entry kan.Tak ada mood menulis,masa pun tak ada.Maksud saya,masa yang tak ada tu adalah masa yang 'bersungguh-sungguh' nak di digunakan untuk update cerita baru.Masih macam ni,same old same old Nida.Amir pun sama.Dia sihat-sihat saja =) tak ada motif langsung entry kali ni.Saja suka-suka.Paper Perio yang sudah berlalu hari ini memberi sedikit kelegaan kepada saya.Alhamdulillah,semuanya berlalu dengan selamat.Dan saya berharap paper Radio yang bakal datang Selasa depan akan dilalui dengan cemerlang dan dikurniakan keputusan yang gemilang oleh Allah s.w.t.Maknanya kena study lebihla,jangan lalai-lalai lagi =)

Malam habis exam selalunya saya habiskan dengan menonton cerita,tapi dek kerana ehd ada pd Zehan (untuk refill penuh cerita yang dia ada),jadi malam ni tak berapa ada benda yang nak dibuat.Penat dan bosan dah masa digunakan depan laptop dengan internet,nak dikacaunya abang Amir malam ni dia agak penat,sudah 2 malam buah hati saya tidur awal,dan bangun di tengah malam untuk study.Kalau dia tidur awal dan saya tak tidur lagi,rasa sunyi pulak rumah.Rasa rindu pulak. =)

Memikirkan cuti panjang yang bakal datang ni,kalau ditanya tentang apa plan saya,dah tentu saya jawab tak ada plan apa-apa.Ada kawan-kawan yang bakal pulang ke Malaysia,ada yang nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi.Plan saya duduk rumah dan cuba jadi suri rumah yang terbaik untuk abang Amir =) Nak buat itu,nak kemas yang ini.Insya Allah,harap-harap semuanya menjadi lah.

Kalau malam exam,pukul 8 dah rasa mengantuk.Bila dah habis exam,rasa sayang pulak nak tidur pukul 10.

Sungguh,tak ada idea nak menulis sekarang.Jumpa lagi lain entry.Assalamualaikum..

Friday, November 20, 2009

Cuti dan Exams

Its been 2 weeks (more or less) since i wrote anything in this blog.
Well that's because i need a break, for exams that only started last wednesday and will only end early next year,insya Allah.cakap macam tahun depan tu lama aja kan?Wish me luck.



Moga Allah permudahkan kanak-kanak dentist duf3ah 2006 ini dan memberi kejayaan yang terbaik kepada kita semua.Amin.

Dan kepada rakan-rakan medic satu batch,happy hoolss.2 minggu cuti,dont u folks even left with some homework to be settled?( uiih..marah depa kalau cakap lagu ni) esp.abang Man.He'll definitely answer this one as fast as your motor reflects,pulling your hand so quick that u reach a hot kettle. "Banyak tu kena study,tengok buku ni,tengok notes ni",yes that's so true.But still he needs to be the mother of the house,do any household chores that he can.I dont think he'll miss that cos for your info,he's way better in doing that things compared to myself.

Better off now.Cant wait for next wednesday sebab hari last sekolah.Dan cuti raya. =)

Monday, November 2, 2009

Blogging

A bit upset and disappointed sebab tadi bila nak tgk new updates of a dearest friend of mine's blog,she wrote that she's gonna stop writings because of some hidden reasons.I dont know why it happened,but i hope she'll continue to write elsewhere.Cause i miss her words.Eventhough i meet her everyday,5 days in a week,it doesnt mean that i know every inches of her daily life ; happiness,dilemma,etc.Well,the smile that i've recognized since last 3 years itself cannot simply tells that she's happy everday ; sometimes it does portrays hideous sadness that cannot be intepreted by nobody.


Picture from Mimi's previous blog.I googled for it back,tau Syamimi. =) Sila terharu dan continue your blog.

Back to THE routines

Today i got the chance to extract the first tooth ever in my life.Its central incisor (well its ONLY central incisor for some people hehe ).I still dont have heart to pull and push as much as needed.I tell you,its not a good feeling to extract a tooth with thin,bleedy mucosa.I can even hear the bone cracked.(Bising je,biasalah 1st timer,bagi chance lah.)And i hope i can do better next time insya Allah.

Dahla makcik yang dicabut giginya tu tiba-tiba datang cium pipi.It all happened in a blink of eye and i cannot do anything,even to utter a word NO.Cross infections,mind you.Tak apalah,she's just trying to be nice and shows her appreciation to us.Needles to say,she's a vey cooperative and tolerable.

Besok clinic Cons,insya Allah moga-moga semuanya berjalan lancar dan berjaya.Amin..

Thursday, October 29, 2009

Hujung Minggu

Hari ni hari Khamis.

Alhamdulillah, hujung minggu datang lagi.Rasa hati berbunga-bunga.Hari ni keluar date dengan suami tersayang.Jalan-jalan di jalan yang tak ada apa-apa,pergi makan,beli barang dan balik.And it's suppose to be malam wayang, and unfortunately nothing left to be watched.Ended up my hubby terpaksa naik rumah kawan ambik cerita baru.Its 9 o'clock and he's not even home yet!So that's explain why i hooked up in front of laptop, updating my blog (if it still can be called a blog.Air pun dah sejuk tunggu abang tak balek lagi.

Well since we moved here at university street,i think we spend less on DVDs,sebab jauh dan tak ada kedai dvd pun kat sini.And its a good thing sebab takpayah fikir mana nak letak all the DVDs dan nak kena susun kat mana.Believe me,it takes 2 rows of my shelf to arrange the DVDs altogather.And i even calculate them ; almost 90 DVDs now.90X 0.75 jd, u do the math.

But now,despite of spending less money for DVDs, i blame Dhoiah Stores for making me spending much money almost every alternate day.I dont know how, but everytime i passes by the store ada aja benda teringat nak beli.Thanks to taukey kedai who came out with a very brilliant idea to build see-through maindoor dan letak susun air-air dan peti aiskrim depan kedai.All happens like im acting on impulse,and pooopps! im already inside the store browsing section by section.Beli air je pun selalunya,kalau bagus sikit beli sardin cap Milo.

Oklah,dengar bunyi tapak kaki turun dari atas.Harap-harapnya abang Amirlah.Nak tengok cerita.Jumpa lagi,insya Allah.Bila jumpa lagi,adala cerita.. (penutup fail! C karangan kalau macam ni).

little by little


Friend,

Somehow i felt that we're not like we're used to be.

I mean the feelings,the way we looks to each other,the way we talk..

I am sorry if it's the behavior of mine that creates the gap between us. I really mean it.


U're my friend,and u'll always be.

Wednesday, October 28, 2009

Feelings

Setiap hari sebelum ke klinik,hati rasa berdebar-debar.Memikirkan apa yang bakal berlaku dan segalanya.Hanya mampu berdoa kepada Allah agar sentiasa diberi yang terbaik kepada ku,suami dan rakan-rakan,insya Allah.Dah 5 minggu kelas dan klinik berjalan,namun rasa gugup masih ada.Harapnya dapat ku tutup semua itu dengan keyakinan dan semangat yang ada.

Moga Allah sentiasa mencurahkan rahmat-Nya ke atas kita semua

Moga ibubapa di tanah air sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keredhaannya ke atas kita walaupun di mana saja berada.

Moga suami juga sentiasa redha akan isterinya ini.

Moga kita juga saling mendoakan sesama saudara dan rakan2 kita


Segalanya ku cuba yang terbaik,dan sebulan-bulat tawakkal kepada Allah yang Maha Besar.

Sunday, October 25, 2009

Review

Semalam,for the zillionth time saya tengok cerita 13 going 30.Masih saya ingat kali pertama tengok cerita ni dengan Zehan waktu 1st year dulu.Rent CDs setiap hujung minggu,4 CDs untuk 1.5JD.Sorang 75qirsh.Kali pertama tengok,masing-masing jatuh cinta dengan cerita ni.Sampaikan boleh nak pinjam kali ke 2.Sekarang ni memandangkan cerita ni ada suami saya simpan dalam EHD,semalam tiba-tiba teringat nak tengok.

Lagu-lagu lama yang jadi soundtrack untuk filem ni memang menarik hati.









nota kaki: Mohd Amir seribu kali lagi gorgeous dari Mark Rufallo.Because he's the one.And er,he really is gorgeous!U are,darling. =)

Saturday, October 24, 2009

Taugeh

"Hang ni tinggi sungguh no, mesti hang suka makan taugeh kan?"

Itu adalah ayat biasa ditanya kepada saya dari sekolah rendah lagi,sampaila sekolah menengah.Mula-mula bergaduh jugak nak jawab,sebabnya dari kecik memang saya takkan makan langsung taugeh.Memang tak suka,tak kiralah taugeh layu ataupun taugeh fresh.Kalau orang cakap tinggi sebab suka makan kacang panjang tu kira masuk dek akal jugakla,sebab memang saya boleh makan.Taugeh?Memang tak kena cara.




Waktu zaman sekolah menengah,jika ada gap antara waktu habis sekolah dengan sebelum mulanya kelas tambahan, semestinya kuar satu geng ke kedai makan di luar.Almaklumlah,sekolah tengah-tengah bandar Kangar,dekat pulak dengan kedai-kedai makan,jadi tak menjadi masalah perut lapar dan sebagainya.Boleh saja sebenarnya makan di kantin,tapi jika anda seorang yang tidak kisah untuk makan nasi keras (keras as in keras sangat-sangat) dan berlaukkan hanya ikan bilis goreng dan kuah sambal, silakan.Oh,saya bukanlah seorang yang suka memilih,kadang-kadang makan sajalah nasi keras berlauk ikan bilis tu.Tapi kalau tiap-tiap hari kelas tambahan ,sakit jugaklah makan nasi sebegitu.

Jadi,selalu kalau keluar makan di luar sebelum kelas tambahan bersama kawan-kawan,memang takkan makan nasi lauk campur punya.Selera budak-budak sekolah,confirm makan goreng-goreng (atau orang pantai timur panggil Masakan Panas).Nak dijadikan cerita pasal taugeh,setiap kali keluar memang satu saja menu saya.Koey teow goreng.Sohih lah ada taugeh.Memang saya yang paling lambat mula makan,sebab kena asingkan satu-satu taugeh ke tepi pinggan,bila dah habis diasingkan baru nampak berselera.Kawan-kawan di sebelah jangan cakaplah, memang bersedia sudu dan garfu nak ambik taugeh yang ada tu.Paling tak boleh lupa,kawan saya Nadiah yang order nasi goreng boleh pula terliur tengok taugeh tadi,terus ambik sampai licin.Nasi goreng dan taugeh; not a good combination,at least for me dan orang Perlis yang lain.

Akhirnya,sebab dah mula bosan asingkan taugeh,saya mula meng'order' koteow TANPA taugeh.Begitu juga makanan yang lain.Tapi nak dijadikan cerita,adalah satu kedai yang mana saya order bihun tanpa taugeh,makcik kedai tiba-tiba tarik muncung panjang.Biasalah,kadang-kadang peniaga mahu untung,kalau letak taugeh lebih daripada mee atau bihun,lebih jimat.Kalau tak diletak taugeh,tentulah bihun nya kena lebih,rugilah dia.Wallahua'lam,mungkin silap pendapat saya.Apapun saya doakan semoga makcik tu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Bila mulanya study di Jordan ni,rasa lain pulak sebab sini manalah nak dicari taugeh kan.Jadi bila terjumpa taugeh dijual di Amman,terus rasa teruja untuk beli satu paket.Takut-takut suami teringin nak makan taugeh.Alih-alih sedikit sangat yang saya guna,selebihnya layu begitu saja.Tak baik betul membazir,lepas ni dah tak nak beli lagi.Excited saja yang lebih,makan nya tidak pulak.

Oh,lupa pulak nak cakap.Balik Malaysia bulan September yang lepas,boleh pulak makan kerabu taugeh.Sedap.Pelik,agaknya saya memang seorang yang suka memilih.Abang Man pun selalu berkata,saya ni kalau nak makan apa-apa memang suka teringin benda yang susah dicari,jauh untuk dibeli ataupun perlu menunggu agak lama untuk disiapkan.Tersenyum sajalah yang mampu.Dalam hati, "tak kira,nak jugak".Hihi.

Tiba-tiba tercerita pasal taugeh.Ni semua pasal tengok gambar ada orang makan nasi dengan taugeh tadi..

Wednesday, October 21, 2009

Rutin

Hari ni Rabu,seperti biasa kelas start lambat pukul 1.Bukan kelas,tapi klinik.Prostho,to be exact.Jadi pagi-pagi adalah masa untuk buat perkara2 tambahan.Memandangkan hari ni Abang Man hanya perlu ke Hospital Basma' yang hanya mengambil masa tak sampai 5 minit dari rumah (dengan menaiki teksi),dia hanya akan keluar tepat pukul 8.Tidak seperti hari-hari sebelum ni yang mana Abang Man perlu ke KAUH,jadi keluarnya dalam pukul 7.30.Itu bermakna saya tak perlu sediakan sarapan seawal 6.30 pagi.Bolehla hari ni saya lengahkan sehingga pukul 7.15 ,atau lebih.

Selesai solat subuh,menjadi rutin saya untuk iron white coat Abang Man,baju kemeja yang bakal dipakai selalunya terus saya iron sebaik saja solat Asar sesudah pulang dari kelas yang tamat pukul 4.Setelah selesai bab iron,niat mahu duduk-duduk saja,tapi terlelap pula.Terjaga dari tidur,lihat jam handphone di sebelah dah menunjukkan pukul 8.37.Abang Man pun dah lama ke hospital!Kesian pula,tak sempat saya sediakan walaupun secawan air coklat kepadanya seperti hari-hari biasa.Hati mengutuk diri sendiri,lain kali jangan buat lagi.

Terus saya berazam nak masak sesuatu yang lain dari yang lain hari ni,memandangkan gap yang panjang sebelum saya ke klinik pada pukul 12.40.Mengingatkan ada sepeket kacang yang baru dibeli 2 hari lepas,terus saya terfikir nak buat kuah kacang dan sikit ayam rendang untuk dimakan dengan nasi impit.Orang tak handal, jadi kalut di dapur walaupun nak sediakan makanan hanya kepada 2 orang.Nak runtuh dapur jadinya.Harapnya Abang Man sukalah bila balik nanti.Sekurang-kurangnya balik taklah lapar,dari pagi tak makan apa-apa.

Hasilnya,jadi la kuah kacang dengan ayam saya.Hati nak bawak ke Syamimi sikit, tapi bila rasa kuah kacang saya agak masin!! Alahai,tersilap letak garam la ni.Saya suka kuah kacang yang manis (atau memang kuah kacang sepatutnya manis).Bersilat di dapur tak kena cara.Terus terbantut hasrat nak bagi kepada kawan baik saya sorang tu.Tak apalah, insya Allah ada rezeki saya buat lagi untuknya.Nasi impit pun agak 'rapuh".Tak cukup masak agaknya kat tengah tu.Terkejar-kejar nyalakan api dan balik-balikkan nasi impit dalam periuk,sambil bersiap-siap pakai bedak sebelum solat dan terus ke klinik.Bila abang Man balik,terus hidang dan makan laju-laju.Mintak maaf sangat pada Abang Man, hasrat nak sediakan yang terbaik,lain pula jadinya.Tapi tak apalah,lihat air mukanya pun gembira bila makan tadi,cuma terganggu sikit selera akibat ulcer pada labial mucosa-nya.Sayang abang..

Semalam kawan arab tolong carikan patient untuk complete denture,alhamdulillah dapat.Terus buat appointment untuk klinik hari ni.Namun tak ada rezeki saya agaknya, alveolar ridge makcik Sofa' ni terlampau menggelebeh (flabby ridge) dan kes ini tak sesuai untuk pelajar 4th year macam saya ni.Masih amatur.Saya tawakkal pada Allah, mudah-mudahan adalah patient minggu depan.Dah pun saya beri nama pada pakcik lab untuk memudahkan urusan dapat patient.Moga Allah beri yang terbaik,insya Allah.

Apapun,besok hari Khamis,tapi tak boleh isytihar sebagai hari Dinner&Date sebab Abang Man ada exam dah Sabtu ni.Moga Allah permudahkan suami saya dan memberi kejayaan yang terbaik kepadanya,insya Allah.

Monday, October 19, 2009

Reminiscing the Good Old Days



Malam Sabtu yang lepas,sedang ber'online' MukaBuku, berbunyi sesuatu menandakan mesej masuk di web, "jom sembang" kata dik Rara.Hampir menjadi kebiasaan untuk berym bersama kawan-kawan lama pada hujung minggu.Kami mula bersembang mengenai current issues,dapat updates tentang kawan-kawan lain yang malangnya tidak dapat dihubungi melalui internet.Biasalah, dah mula bercerita,payah habisnya.Tak habis-habis mengimbau kenangan lama.




"Ra,tak ada gambar lama ke?Rinduuu sangat nak tengok..," kataku.




Untung,rupanya dalam diam rakan baikku itu tak lupa menyimpan gambar-gambar kami semenjak Tingkatan 5 sehinggalah sebelum seorang demi seorang menyambung pengajian lepas SPM.Tapi agak terhad,mungkin kerana tak ramai yang ada digital camera pada waktu itu ( yes,back in 2005 most of us still got kodak-refilled camera in hands.)Tapi untung juga,ada antara kami yang sudah bertelefon tangan lengkap kamera.Senang,boleh klik saja di mana-mana.




Kembali ke cerita asal, ada jugaklah 5 atau 6 keping gambar yang aku dapat.Teringat kembali zaman sekolah,zaman rempit kata kawan-kawanku.Ke mana saja bersama.Al-maklumlah, ada kenderaan sendiri,senang bergerak kata orang.Ke sekolah, tuisyen atau perpustakaan awam memangnya bersama-sama.Tak kiralah kelas tambahan habis pukul berapa pun (selalunya hampir pukul 5), pukul 6 sudah terpacak di taman reakreasi untuk berjogging beramai-ramai.Banyak lagi yang dibuat,akan diceritakan nanti.





Rempit-rempit berbaju kurung


Gambar tu di masa cuti hujung tahun nak naik Form 5 kalau tak silap.Di perpustakaan awam negeri.Di dalam gambar : Sarah dan Rara.Ke mana mesti sekurang-kurangnya bertiga ni.Setiap Rabu selepas kelas tambahan menjelang SPM,memang konvoi bertiga ke pasar malam beli karipap giant tiga biji RM1.(Balik Malaysia hari tu dah naik harga, 5 biji RM2).Balik tuisyen sama-sama, beli buku sama-sama,semuanya bertiga.Miss the gud old days.


Ingat lagi, satu hari lepas sekolah saya ditemani Sarah ke kedai di tengah-tengah pekan Kangar,dengan selambanya parking motor di satu tempat yang mana banyak sangat motor parking,tapi bukan dalam lane parking yang sepatutnya.Memandangkan banyak sangat motor yang parking di luar lane,kami pun tumpanglah sekaki.Usai membeli barang,kelihatan semua deret motor disaman Majlis Bandaran (bukan saman polis,ok), motor kami pun termasuklah sama! Aduhai,melayang RM10 (sepuluh ringgit pun kira sangat banyak waktu tu).Redha sajalah,taubat dah tak buat lagi lepas tu.Nak cerita kat Rara (yang kebetulan tak ikut) pun malu,inikan pulak kat parents.Sebulan lepas tu baru cerita agaknya,hihi.



Nilah Smash yang dibawak kehulu kehilir.Looks almost like this tapi corak kat seat tu yang lain sikit.Exactly biru macam ni.

Biasalah,bila beli motor baru, mesti dapat helmet free.Helmet tak lawa.Jadi berazam simpan duit sendiri untuk upgrade helmet sedia ada.Alhamdulillah,berbekalkan duit hasil menang panelist terbaik forum pengguna negeri,dapatlah beli helmet yang harganya RM50.Dah rasa bangga sangat dah dapat helmet baru.Dark visor lagi,plastik pun sayang nak buang.Betul kata orang,bila beli dengan duit sendiri baru reti nak value.Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Terima kasih kepada mama yang belikan motor,membuatkan aku rasa sangat terharu dan malu,terus berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk hadiahkan kejayaan SPM.Alhamdulillah Allah makbulkan.

Banyak kenangan bermotor ni.Jatuh?Pernah sekali.Malu jugak tapi alhamdulillah tak cedera apa-apa.Malu saja lebih.Hampir sebulan sebelum SPM,abah dah tak benarkan menunggang motor ke sekolah,untuk elakkan kejadian yang tak diingini.Lepas SPM naik balik..

Dah habis SPM,mula episod baru bawak kereta.Motor dilupakan,naik pun sekali sekala ke kedai beli roti.Nanti cerita lain post.Nak pegi baca Pickard's Manual,besok clinic Cons.Moga moga dapat patient yang cooperative dan boleh tolerate,Insya Allah.Doakan yang terbaik buat kami,insya Allah.

Wednesday, October 14, 2009

being 17 again

Pernah rasa nak cerita,tapi tak tahu pangkal-punca ayat?

sometimes u just wish how somebody can be the way u want them to be,but only then u realize that u're not able to do so..u're just uncapable,weak person who wants everything to flow like what u've imagine all this time.

well maybe u're expecting too much.



mengada-ngada sebab lapar.

Monday, October 12, 2009

Negeri

Ketika bersembang di IRC (budak hingusan dulu-dulu),saya ada belajar pelbagai nama khas dan fakta yang diberi oleh orang bukan dari negeri Perlis tercinta.Antaranya

* owh,awak duk kat pekan cowboy

*dengar cerita,perlis ada satu traffic light saja,betul ke?

*Perlis ada satu roundbout saja kan? (penuh confident)


and none of the things are true.Perlis boleh dikira besar juga.

Buktinya, suami saya abang Man sendiri masih belum boleh kira berapa roundabout di sana walaupun saya sudah berkali-kali lalu di tempat yang sama.Pffttt..

Padahal ada 2 saja roundbout yang zahirnya dikira roundbout =)

Kenangan

Sembang- sembang dengan kawan2 di Malaysia di Yahoo Messenger, seakan2 terasa bersembang di meja yang sama.Teringat sungguh ketika dulu.Alahai,zaman sekolah menengah.Hingus tak adalah meleleh,sudah pandai control ayu pun.Bak kata kawan2 pior perlis "Mestila kena masuk toilet,nak repair tudung."Penggunaan repair yg tidak dapat dimaafkan,agaknya.Pls excuse us,bagi saya itu dikira sebagai indirect way untuk menunjukkan kami orang pekan (bukan bandar) juga ada semangat mahu menggunakan bahasa kedua kita di Malaysia iaitu English.Apa-apa sajalah,Labu..

Semenjak internet mula disambung di rumah saya pada tahun 2002,mula saya berjinak di alam maya.Sembang IRC? Tak usah cakaplah,memang kerja di hujung minggu.Yang peliknya,kebanyakkannya berbual dengan rakan-rakan sekelas sendiri. Di sekolah tak habis-habis diskusi agaknya (well, lets take it positively,pergi sekolah untuk belajar,balek baru boleh sembang-sembang).Satu perkara lagi, sekolah kami pergaulan antara pelajar sangat hebat,tiada batasan.Al-maklumlah,sekolah aliran agama satu gender.Tak perlu malu dengan kawan-kawan.Di luar pintu pagar, di hadapan masyarakat itu belakang cerita.Takperlulah saya cerita.Tipikal,seperti gadis-gadis pemalu yang lain (ini satu pujian).

Nak dengar cerita pasal sekolah?

Sekolah kami kecil,padangnya hanya mampu memuatkan dua tiang gol bola jaring dan satu court volleyball.Jadi,itu maknanya kami tiada sukantara tahunan.Acara sukan paling meriah setiap tahun hanyalah merentas desa.Setiap kali latihan merentas desa pada petang hari, kami tidak akan dibenarkan pulang ke rumah untuk salin pakaian, mandi atau makan.Semuanya perlu dibuat di sekolah.Kepada sesiapa yang degil nak balik juga,perlu melepasi halangan di pagar.Ustaz bersama rotan di tangan.Jangan ingat tak ada yang sanggup, ada.Ramai yang berdemo,tapi tidak dilayan.Gaduh juga.Hingar,tapi pasrah sajalah.Makan saja di kantin sekolah.Nasi dengan ikan bilis pun cukuplah,50sen.Mandi?Jangan cakaplah,budak asrama saja yang wangi-wangi,putih berbedak.

Tiba-tiba pulak cerita pasal sekolah.Ini semuanya gara-gara diungkit kenangan lalu lah ni.Sekolah pun dah maju.Hari tu ada juga ke sekolah.Bawak cik abang.

Malu? Sikit-sikit (blushing)

Tutup cerita.Noktah.

Saturday, October 3, 2009

Sebab nya..

10 perkara yang baru dirasa selepas pulang ke Jordan dari M'sia

1)blender kat sini tak superb macam rumah mama dan ma di sana,blend tak hancur langsung
2)bangun pagi pening pk menu breakfast untuk abang
3)tak boleh fikir 'harini nak pergi jalan mana??" (most -frequently asked quest. every morning back in M'sia)
4)sini mana ada bawang merah kecik
5)takleh tgk animal planet dengan kakngah & baby Qasim waktu tengahari
6)sunyi betul rumah,tanpa suara adik2 bergaduh
7) tak ada tv yang mana almost half of the day penuh dengan cerita dari seberang.hari-hari,tak pernah ada cuti.
8)nak balik lagi...
9)sama seperti di atas
10)lambat ke setahun tu?


semua di atas adalah hanya satu alasan.rindu saja yg lebih.

Sunday, August 16, 2009

Tak ada Title

"In comprehensive periodontal exam,one of its limitation in probing is pressure >25gram,which is 50gram to be exact."

Mesin timbang cabai kering boleh guna,kot?

Sunday, August 9, 2009

Jiwang

Harini balik kelas.
Macam biasa,jalan sorang.
Teringin nak balik dengan abang.Tak adalah rasa sunyi.
Rindunya kat cik abang..




Tuesday, July 28, 2009

Malam exam

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis.Mood hilang entah ke mana.Summer sem bagi saya satu semester pendek,tetapi 'panjang' dari segi psychonya.Entry yang lepas2 ada saya ceritakan,semester kali ini tidak sangat ditunggu,atas sebab tidak balik bercuti.Almaklumlah,suami pada mulanya hanya dapat 6 hari break sebelum start klinikal.Namun,alhamdulillah.Berita baik pada awal minggu ini.Cuti pelajar medik tahun 3 dipanjangkan sehingga 27 sept.Alhamdulillah, bersyukur saya,satu berita yang menandakan bolehla kami pulang bercuti ke Malaysia insya Allah.Tiket juga telah confirmed dan dibayar.Alhamdulillah..

Sekarang telahpun minggu ke 4 untuk semester ini.Exam sudahpun bermula.Berderet-deret macam tak nampak jalan henti (hyperbolik sungguh ayat saya).Yalah, 6 hari 6 paper berturut2 dengan satu hari saja cuti,laluan kepada hari Jumaat.Insya Allah,mudahan Allah mempermudahkan usaha saya,suami dan rakan2 serta mengurniakan kejayaan yang terbaik buat kami.Amin.

Sem ini yang mana saya perlu habiskan satu lagi madah elektif yanga terakhir, membuatkan saya agak 'penat' kerana perlu menunggu kelas pukul 1 tghari. "Tak apa,mimi redhaaa," ayat gemar mimi.Untung ada kawan peneman, taklah bosan melepak di library atau bawah pokok di handasah.

Besok exam.Apa yang saya buat lagi kat sini ni?? Oh ethics.

Sunday, July 19, 2009

Ahli Baru

Alhamdulillah..

Kakngah baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 7.55malam tadi(waktu Malaysia).
Hero baru dalam keluarga kami =)
Moga Qassim menjadi anak yang soleh,pejuang Islam yang sebenar,diri senantiasa berjihad fi sabilillah..anak taat yang sentiasa mendoakan ibubapa dan saudara maranya,Insya Allah.

Mabruk kakngah dan abang Ji.

Tuesday, June 30, 2009

Madinah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana kita masih diberi nikmat sihat pada hari ini.. Saya dan suami masih dah mood bercuti..Seakan rasa cuti baru bermula semenjak tiba dari Makkah sabtu lepas.Mungkin kerana bumi Jordan kami tinggalkan '3ala toul' selepas habis paper exam terakhir haritu.Dan harini seperti biasa,kami menghabiskan baki sisa cuti yang ada sebelum sekolah dibuka minggu depan insya Allah.

Bercerita mengenai perjalanan saya dan suami bersama rombongan mengerjakan umrah,kami bertolak pada 18hb June selepas Asar.Yalah,ditambah beberapa perkara lain,hampir pukul 6.30 juga lah bertolak,dan alhamdulillah selamat sampai di Madinah sekitar pulak 4 petang hari seterusnya.Gembira,dan bersyukur memijak tanah suci.Terasa tenang.Bangun pagi,siang hari,malam hari,sebelum tidur,hanya fikirkan persiapan ke masjid dan beriktikaf di sana.Sungguh saya suka kehidupan seperti itu; tidak diganggu tanggungjawab lain yang menghimpit diri dalam kehidupan seharian sebelum ini.

Melihat ribuan manusia bergerak menuju ke masjid pada setiap waktu,tambahan lagi waktu Subuh,membuatkan saya kagum dan berfikir alangkah indahnya jika kehidupan kita semua konsisten seperti itu,biarpun setelah kembali ke tanah air masing2.Tak henti saya mengucapkan kesyukuran ketika kali pertama menjejakkan kaki di Masjid Nabawi ,juga Masjidil Haram.Juga kali pertama melihat Kaabah kiblat kita di depan mata.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Madinah

Madinah bagi saya kota yang sangat tenang.Sungguh.Ternyata sekali kerana di situnya dimaqamkan jasad Rasullullah s.a.w.Rombongan kami berada di sana selama 4 hari 3 malam.Jarak hotel dengan Masjid Nabawi tidaklah jauh,sekitar 10 minit berjalan.Saya dan suami hanya pulang ke hotel selepas waktu subuh dan asar untuk membersihkan diri dan berehat sebentar.Dan selepas isyak pula kami berjalan-jalan sekitar kedai dan tempat2 di Madinah,sekadar yang mampu.



Pintu masuk lelaki dan wanita diasingkan di Masjid Nabawi.Pertama kali ke sana, saya sedikit gentar,takut tidak jumpa abang Man dicari.Jadi kami berjanji untuk tunggu di satu tempat selepas solat Isyak.Nyata,risau saya benar berlaku.Hampir 15 minit menunggu abang Man di salah satu pintu,belum nampak kelibatnya.Yalah,hari pertama sampai di sini,belum yakin sama ada ingat atau tidak jalan pulang ke hotel.Mulalah saya teringat cerita-cerita yang saya baca sebelum ni,cerita bagaimana sang isteri diuji Allah kerana terlalu bergantung harap kepada suami dalam setiap benda.Hal ini terus mengingatkan saya untuk check samada benar-benar ikhlas tawakkal saya pada Allah.Tak henti saya memohon agar Allah jauhkan saya dari dugaan yang tak dapat saya hadapi.Alhamdulillah,akhirnya saya nampak suami dari jauh.Rupa-rupanya suami saya silap cari pintu di mana diletakkan kasutnya.Tergelak saya.Suami saya,abang Man memang saya kenal benar,agak keliru dengan tempat yang kurang biasa.Apapun saya bersyukur kepada Allah.Sebenarnya tidaklah lama masa saya menunggu beliau, tetapi mungkin kerana risau, menjadikan penungguan saya lebih 'panjang',mungkin.

Seronok berada di Madinah.Walaupun agak panas,tapi itu bukan halangan untuk saya dan suami bersiar-siar di sekitar sana.Sewaktu di Madinah juga,suami membawa saya mengunjungi kedai buku di mana sewaktu menunaikan umrah ketika 1st year, beliau telah membeli 2 buah buku yang niat untuk dihadiahkan kepada bakal isterinya.Tentunya,buku2 itu menjadi milik saya sekarang =) Teruja saya melihat buku-buku yang sama masih ada di kedai berkenaan.Banyak juga buku dibeli suami di situ, seronok sangat sebab ada juga Bahasa Melayu baku dan juga bahasa Indonesia.Rasanya semua dah tahu,hanya saya yang terlebih seronok agaknya.

Bab makan pula tidak menjadi masalah.Hotel di Madinah betul2 bertentangan dengan sebuah kedai makan kepunyaan orang Indonesia.Jadi bagi kami pelajar yang jauh dari Malaysia tentunya sangat teruja dapat menjamah masakan Melayu.Masakan lain juga boleh tahan,kari ayam dan daging yang sangat pedas,murtabak,roti seperti roti canai semuanya ada.Dapatlah melepaskan rasa teringin dan teringat kepada makanan Malaysia.

Di Madinah juga saya, suami dan rombongan melawat Jabal Uhud, di mana berlakunya Perang Uhud yang mempunyai peristiwanya yang tersendiri.Juga awal ketibaan di Madinah,kami singgah menunaikan solat Zohor dan Asar jama3 di Masjid Qiblatain.Juga kami melawat Masjid Quba',masjid pertama yang dibina di dalam Islam.Alhamdulillah,saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di tempat2 yang selama ini hanya saya dengar dan tahu melalui pembacaan.

Akan saya sambung cerita di Makkah pula selepas ini Insya Allah..

Sunday, June 28, 2009

selamat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,saya dan suami selamat pulang daripada mengerjakan umrah selama hampir sepuluh hari.Pengalaman?Sungguh menyeronokkan dan saya sangat bersyukur terpilih menjadi tetamu Allah untuk mengunjung Baitullahil Haram.Insya Allah,akan saya cerita pada entry akan datang memandangkan 'mood' menulis kurang akibat sedikit penat berjalan jauh.



Sudah mula rindu saya..

Monday, June 15, 2009

Rawak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah selesai satu lagi paper,Oral Pathology II.
Bermakna tinggal 2 sahaja lagi exam yang bakal dihadapi.Oral Radiology dan Biostatistics.
Selesai saja paper biostat,petangnya insya Allah bakal bertolak mengerjakan umrah.Doakan kami semua dipermudahkan perjalanan dan segala urusan di sana,juga selamat pergi dan pulang.Amin.

Selesai sahaja exam pagi tadi,terus pulang ke rumah dek panas matahari yang terik,hingga terasa 'berat' kepala dibuatnya.Mungkin panas itu hanya rencah sampingan sahaja kepada sakit kepala yang dirasai,ditambah pula subjek hari ini yang juga 'berat-berat' belaka materialnya.Segalanya saya berserah dan tawakkal kepada Allah.Mudah-mudahan saya,suami dan rakan-rakan dimurahkan rezeki oleh-Nya untuk mendapat kejayaan yang terbaik,Insya Allah.

Kata suami saya,selepas exam UGS hari ini,bolehlah dia 'melapangkan' diri sebentar sebelum menyambung study untuk paper terakhir,Ethics pada Khamis akan datang.Saya pun ikut sama melapangkan diri lah namanya.Selepas Maghrib,kami berdua keluar makan berdua di luar,satu perkara wajib seminggu sekali.Seronok juga ambil angin di luar,memandangkan rumah saya agak panas kerana satu sahaja tingkap yang boleh dibuka.Kurang pengudaraan dan agak tertutup.

Baru-baru ni,sambil jalan-jali di Friendster,terjumpa seorang kawan yang sebaya.(Kawan kepada kawan saya sebenarnya).Umur kami sama,dan dia juga mendirikan rumahtangga pada umur yang sama dengan saya,bezanya cuma sebulan.Dan alhamdulillah,sekarang dia telahpun bergelar ibu.Seronok saya lihat gambar-gambar bayinya.Comel.Tersedar pula diri sendiri yang juga telah berumahtangga,cuma satu langkah saja lagi untuk menimang cahaya mata.Insya Allah, ada rezeki kami nanti mudah-mudahan.

Tersasul sudah saya cerita.Idea lari sebenarnya. =)

Moga hari-hari kita sentiasa ceria, Insya Allah.

Saturday, June 13, 2009

Cuba

Speed test




Anda bagaimana?

Air

"Agaknya *****(Tuan Rumah) nak kita pindah agaknya."

Begitu kata abang Man setiap kali masalah berlaku pada rumah kami.Ujian datang lagi kali ini.
2 hari sudah terputus air.Sudah 2 hari juga nikmat mandi air yang mengalir terus dari paip hilang daripada kami.Alhamdulillah, mujur abang Man sudah sedia dari awal menyimpan air dalam tong besar yang kami beli pada musim panas yang lepas.Dapat juga mandi sehari sekali,sekadar cukup syarat.Tambahan abang Man yang agak sensitif dengan mandi, kalau tak mandi sehari ,mula kepala berdenyut.Berlarut sampai malam.Musim sejuk lagikan wajib setiap hari mandinya,inikan pula musim panas yang tak henti bermandi peluh.

Pulang dari exam,terus saya call suami di rumah,bertanya samada air sudah ada atau sebaliknya.Namun jawapan mengecewakan.

"Bila nak ada air ni,abang?"
"Sabarlah,abang dah call ***** (Tuan Rumah),katanya petang ni masuk lah air tu.Ada masalah bla..bla..bla....Satu bangunan tak ada air kata *****(Tuan Rumah)."
"Harapnya betul petang ni ada air balik,insya Allah"

Sesudah Asar,janji belum tertunai.Air masih tiada.Bersiap saya dan suami,turun membeli air selepas mencari tuan rumah untuk menuntut janji.Hampa kali ini,dia tiada di maktabahnya.Terus kami ke kedai membeli 2 tong air.Kesian pula si suami menjadi mangsa keadaan,terpaksa menahan berat mengangkat 2 tong air sekaligus.Saya pula hanya membawa diri dan satu beg plastik berisi aiskrim dan makanan ringan.Untung sungguh."Tak balik modal," kata abang Man mengusik.


"Malaziiiiiiiiiiiiiiiiiii..........." jerit tuan rumah dari jauh,sambil berjalan pantas.
"Malam ni pukul 11 baru tangki penuh, kalau kamu nak mandi,mandi pukul 11 nanti.Insya Allah dah ada air waktu tu."

Saya pegang lagi janji nya kali ini.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan tawakkal,selepas maghrib sudah mula air boleh diguna.Awal dari jangkaan sebenar. jangkaan saya besok baru ada kalau ikut janji tuan rumah malam ni

Sekarang bolehla mula memasak dan membasuh.Abang Man pun dah kembali ceria,segar sesudah mandi.Alhamdulillah..nikmat air yang sudah ada mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah,yang selama ini saya leka untuk mengingatkan diri untuk berterima kasih akan nikmat air ini.Alhamdulillah,alhamdulillah...

Moga kita semua sentiasa digolongkan dalam golongan yang bersyukur,insya Allah.

Tuesday, June 9, 2009

Suami saya..

Perbualan biasa.Hari-hari biasa..

------------------------------------------------------------

"abang,nanti satu hari kita p makan kat kedai XYZ boleh tak?"

"Satu hari?"

"Yelah, satu hari.."

"Tak lama ke satu hari kita nak makan?Lamanya.."

-------------------------------------------------------------

"abang,kalau ada kedai falafel betul2 tepi bangunan kita ni mesti abang selalu beli kan?"

"tengok jugak, kalau ***** (Tuan Rumah) yang jual,abang tak beli.."

"kenapa?"

"sebab dia cakap mercik"

--------------------------------------------------------------

Monday, June 8, 2009

Panas Petang

Assalamualaikum..

alhamdulillah harini selesai lagi satu paper.5 lagi menanti.
Mujur juga ada gap 2 hari setengah, dapatla saya 'asak' mana-mana subjek lain sebelum saya mula study untuk paper Khamis akan datang,Internal Medicine.

Tiada apa yang baru untuk dikongsi,saya kira.
Musim panas kali ini tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lalu.
Cuma,kedatangan summer sem tidak berapa saya tunggu,tidak seperti tahun-tahun yang lalu.
Yalah, sebelum ni asyik balik bercuti penghujung tahun.Namun tahun ni lain pula, saya habiskan cuti di Jordan sahaja menemani suami yang pendek cutinya sebelum memasuki sesi klinikal bermula September depan.

Tak banyak yang saya nak cerita hari ni.Panas petang membantutkan fikiran saya untuk terus menulis.Mungkin lebih tepat jika saya buat benda yang menguntungkan.Insya Allah moga usaha kita semua membuahkan hasil dengan keizinan-Nya.Amin

Saturday, June 6, 2009

Sibuk

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,semalam telah saya selesai lalui satu paper; Prosthodontics RPD.Dan suami pula telah selesai paper CNS II midterm dan final


gambar hiasan semata,bukan RPD yang saya buat sendiri dalam lab =)


Moga dipermudahkan Allah untuk subjek2 seterusnya insya Allah.

Thursday, June 4, 2009

Yang Tidak Mahu Dijangka


Berita mengenai kehilangan pesawat Air France sedikit sebanyak membuatkan saya fobia untuk 'terbang'.Betul,malang tidak berbau.Segah mana pun ciptaan manusia tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah swt.Moga-moga perjalanan kita nanti selamat sejahtera hendaknya pergi dan pulang.

Wednesday, June 3, 2009

Dugaan

Berita mengenai penangguhan 2 exam papers ke 17 dan 18 june menghentikan pandangan saya pada kertas nota yang dipegang."Ingatkan satu saja yang dipostpone."Terus saya teringat mengenai perancangan umrah yang bakal bertolak 17 June nanti.Tawakkal a'lallah.Moga masih dibuka pintu rezeki oleh-Nya untuk saya dan suami menziarah Tanah Haram.Apa saja saya serahkan urusan pada-Nya.Juga saya teringat akan rakan-rakan yang bakal pulang ke Malaysia untuk bercuti sebelum summer sem yang bakal dibuka.Tentunya tiket yang ditempah terpaksa ditunda tarikhnya.Tak mengapa, ada hikmahnya.

Semalam saya dan suami diuji dengan bekalan elektrik yang terhenti secara tiba-tiba.Pada waktu itu, saya baru saja menyambung plug periuk nasi sebelum meneruskan kerja di dapur.Sambil menyiap bahan masakan,lampu terus terpadam diikuti semua alat elektrik yang lain.Saya dan suami menyangka mungkin elektrik terputus satu bangunan.Namun selepas hampir sejam,saya tergerak hati untuk bertanya rakan yang tinggal di bangunan yang sama mengenai hal ini,dia berkata elektrik di rumahnya ok saja.Andaian awal saya dan suami salah rupanya.Terus selepas solat zohor,suami berjumpa tuan rumah,dan alhamdulillah masalah kami selesai.

Rupa-rupanya plug periuk nasi saya buat hal,plug penyambungnya rosak disambar elektrik sehingga cair.Patutla pada awalnya saya bau sesuatu benda yang terbakar.Tak apalah, nanti selepas exam kena tukar wire periuk yang baru di balad.Sudahnya sekarang ni terpaksala saya menanak nasi guna kaedah tradisional. =)

Moga hari yang mendatang dapat kita semua tempuhi dengan lebih baik,insya Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Terjumpa

"Men lost thousands of brain cells after married.Cause they still think their getting-bigger wife is beautiful"
interesting quote from Jarhead film.

Abang Man, does that statement applies to you? hihi

Sunday, May 31, 2009

Hari Yang Berlalu

Assalamualaikum..

sempat lagi rasanya saya menambah cerita pada bulan ini,walaupun kalendar harini dah pun berinjak 31 mei.sekadar lepaskan lelah study untuk final,bolehla..baru jugak berblog-hopping meninjau blog kawan2 yang ada.

saya tersentuh membaca entry terbaru rakan saya, Mimi yang bercerita mengenai adik2nya.Sebagai anak sulung,sudah tentu rindu yang disimpan lebih mendalam,tambahan pula bila selama ini jarang berpisah jauh dengan keluarga,dan hal adik-adik menjadi priority dari diri sendiri.Entry itu tentunya mengingatkan saya kepada 2 kakak saya, yang mana keduanya kini menunggu masa membilang hari menjadi ibu.Walaupun baru saja pulang penghujung Januari yang lalu, rindu yang saya simpan sudah tergumpal banyak.Aduhai,sebak.

Kakngah saya menjadi orang yang pertama dalam keluarga kami yang mendirikan rumah tangga,iaitu pada FEbruari 2008.Saya tiada di sisi sewaktu itu,hanya mendapat berita melalui telefon dan messenger.Tak lama selepas itu,sampai pula jodoh saya dengan suami tercinta pada Mei, dan hampir penghujung 2008, tiba giliran kaklong mendirikan masjid bersama tunangnya, dan kami diraikan pada majlis yang sama, pada 28 Ogos tahun lalu.Tripple wedding yang tidak dijangka seumur hidup kami =)


kaklong blurrkan gambar.katanya muka tak berapa cun waktu ni =)

Perubahan masa yang berlalu cepat ini mengubah banyak perkara yang berlaku di sekitar saya.Saya sedar,diri sudah berada di dalam dekad yang baru.Sudahpun bersuami.Saya perlukan perubahan pada penyesuaian diri, dan saya bukan lagi anak sekolah menengah yang bermanja di rumah.Syukur,suami teramat memahami saya,Alhamdulillah.Dan istilah normal sebelum ini sudah berubah.Posisi saya dan suami bukan lagi sebagai anak,tetapi bakal ibu dan bapa.Dan tentunya ibu bapa kami bakal berginjak satu tingkat lagi dari status asal mereka yang dipegang sekarang.[Tidak lupa nak dikhabar, ibu dan bapa mertua saya sudah hampir 5 tahun menimang cucu,juga pada usia yang muda =) ]

Tentunya saya rindukan keluarga saya dan keluarga mertua di Malaysia.Dan saya yakin,suami saya juga begitu.Namun saya bersyukur dikurniakan suami dalam saat yang mana saya sentiasa perlukan sokong dan teladan.Alhamdulillah..segala syukur hanya pada-Nya.Susah senang kami sentiasa kongsi bersama.Dikurniakan pasangan dalam masa muda,tambahan menuntut di bumi yang jauh dari tanah sendiri,selalu mengingatkan saya betapa beruntungnya mempunyai keluarga sendiri di tempat orang.Ya, keluarga kami.Suami dan saya.Tidaklah juga saya lupa akan 'keluarga besar' saya di sini,sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat sesama lain.

Insya Allah,moga kita semua berada di dalam rahmat Allah sentiasa.Amin.Selamat Berimtihan kepada semua rakan-rakan JUST yang bakal menghadapi final di awal June ini.

(p/s: saya sebenarnya malu blog dibaca suami.Saya hanya menulis pada waktu-waktu kritikal e.g beliau tgh sibuk study atau keluar ke masjid.namun pada masa ini kelihatan beliau kelihatan sedang gembira sebab at last dapat juga intip-intip baca dari jauh.hihi.gune taktik yee)

Tuesday, May 26, 2009

satu satu hari

Salam a'laikum..

dah lama tak menulis. bukan kurang minat, cuma kurang hawa perasa agaknya.
alhamdulillah kelas pun dah tamat, bermulanya study week untuk final exam bagi fasal thani ni. insya Allah saya dan suami akan mulai imtihan nihaie pada 6 June ini.Doakan yg terbaik buat kami,insya Allah.

Alhamdulillah,syukur juga kerana visa saya dan suami untuk mengerjakan umrah telah diluluskan.Namun kami perlu menunggu 'green light' daripada pihak Embassy Malaysia atas sebab H1N1 yang melanda teruk di beberapa kawasan di dunia.Insya Allah,moga Allah memudahkan perjalanan kami dalam semuanya.Sebelum ini, memanglah perancangan kami untuk balik ke Malaysia pada June,tetapi disebabkan saya sendiri 'buat perangai' memujuk suami pulang pada cuti semester Januari lepas, maka rezeki kami untuk mengerjakan umrah pula lah pada cuti kali ini,insya Allah.

Rindu saya pada keluarga.Biasalah,orang kata asam garam hidup di tempat orang.Mana ada orang yg langsung lupa pada keluarga,kan?Rindu juga pada persekitaran di Malaysia.tambahan pula bila hampir setiap hari di'update'kan dengan cerita2 cuti dari kawan2 di Malaysia.Memang bertambahlah rindu dendam pada tempat kelahiran saya.Tapi, kalau balik selalu pun tak ada keseronokan di situ.Biarlah terkumpul dulu rindu2 tu, bila balik nanti barulah best,kata orang.

OKlah, kena study dulu sekarang ni.Suami belum pulang masjid lagi,mungkin jumpa kawan-kawan agaknya.Minta diri dulu.Assalamualaikum

Saturday, April 25, 2009

Home Practical

Sewaktu Semester 1 yang lepas, menjadi kelaziman untuk doktor Conservative Dentistry mengosongkan lab kira-kira seminggu sebelum ujian praktikal,untuk memberi laluan kepada catch-up lab.Sesiapa yang berkeinginan untuk praktis boleh saja datang untuk menggunakan kemudahan yang ada.

sehari sebelum lab..

"abang, Ran besok nak pergi lab praktis untuk exam,bolehkan?" tanya kak Ran pada abang Man.

"tak boleh praktis kat rumah?" tanya abang Man kembali,mengusik.

sambil tersenyum kak Ran menjawab "lab cons mestila nak pergi guna instrument kat lab."

"tak boleh beli ke mesin tu?senang-senang lepas ni kita beli, boleh praktis kat rumah. "

tidaklah ku pasti abang Man serius atau tidak sewaktu berkata begitu.Yang pasti,lama juga ketawaku sampai hentinya. kat Balad ada ke kedai yang jual handpiece ni lengkap dengan semua
dental instrumennya? =)

Kalaupun ada dijual, takkan sanggup dibeli.Baik abang Man simpan duit buat downpayment kereta idaman nanti.Lebih baik kan?

Friday, April 24, 2009

Angin Baru

Hampir setahun berkahwin,orang kata abang Man semakin berisi.
Kak Ran apatah lagi =)
" Hormon swings agaknya, " kata kak Ran.

3,4 bulan yang lepas, abang Man belikan sebuah treadmill sebagai hadiah untuk kak Ran dan juga buat dirinya sendiri.

Semoga berjaya buat Kak Ran dan Abang Man.

Highlighted Events

SHAH ALAM, 24 April (Hrkh) - Nisa' Malaysia akan menganjurkan permainan rakyat Nisa' Indoor Games (NIG), berbentuk sukan dalaman pada 25 April ini, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahudin Aziz Shah, dekat sini.

Pengarah Nisa' Indoor Games, Muna Izzah Fadzil berkata, pihaknya mengambil inisiatif mempromosikan kembali permainan tradisional dan menjadikan NIG sebagai alternatif permainan keluarga dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim.

"Selain mengekalkan warisan bangsa, ia juga diharapkan kembali digemari oleh generasi muda serta segenap lapisan masyarakat, sekaligus mengurangkan gejala sosial dengan aktiviti bermanfaat," katanya.

Nisa' katanya, turut menjemput Nur Nabila Azman Hisham, jaguh catur yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,yang kini berada di kedudukan ke- 1,387 dalam Organisasi Catur Dunia (FIDE) sebagai icon NIG 2009.


untuk maklumat lanjut klik sini

Novel Cinta?

Semenjak sekolah menengah lagi, saya tidak begitu berminat untuk membaca novel-novel cinta yang lebih tebal dari buku teks sekolah (pernah ke saya khatam buku teks? =) Tetapi tidak bermakna saya menolak terus seumur hidup saya untuk mencuba satu atau dua novel di pasaran.Jika ingatan saya tidak salah,saya pernah diberi pinjam satu novel oleh teman rapat yang sememangnya menjadikan bacaan novel cinta sebagai hobi.Tajuknya,saya sudah lupa,malah jalan ceritanya juga langsung saya lupa.

Bagi saya, membaca novel-novel cinta itu hanyalah membawa kepada percintaan terhadap khayalan.Faham maksud saya?Di dalam novel-novel tersebut, digambarkan watak utama wanita yang jelita dan menawan tetapi hidup penuh konflik,manakala watak utama lelaki pula tentunya digambarkan penuh romantis dan berwang,menjadi penyelamat konflik watak utama wanita.

Tiada siapa yang diciptakan sempurna,sesungguhnya hanya Allah yang Maha Besar.Kesempurnaan yang dikhayalkan penulis novel2 ini telah mengheret para penggemar novel cinta sekalian untuk mengimpikan lelaki-lelaki dan wanita-wanita sempurna seperti yang digambarkan di dalam novel2 ini.Semua ini hanya angan-angan penulis semata,yang mana kebanyakkan penulisnya memang wanita.Saya juga wanita, jadi tidak bermaksud untuk menindas kaum sendiri.Wanita memang bermacam keinginannya.

Tidak pernah saya lupa tindakan seorang ustazah di sekolah saya(sewaktu menuntut di Tingkatan 4) merampas sebuah novel cinta yang dibawa oleh seorang pelajar.Itu tindakan yang sepatutnya,pada hemah saya, kerana kata rakan saya novel itu (juga saya lupa tajuknya ) mempunyai elemen dewasa yang keterlaluan.Sungguhpun itu cerita percintaan selepas berkahwin , adakah secara automatis ia menjadi karya 'halal' kepada penggemar setia novel,yang mana kebanyakkannya adalah remaja bersekolah?

Sejuta maaf saya pohon andai kata-kata saya menyinggung sesiapa.Saya juga manusia biasa. Ada matterphilic dan matterphobicnya..

Tiba2

Orang kata,bukan saya kata...

menulis blog ni umpama cakap dengan hati sendiri,betul ye?

kalau bloghopping macam mana? =)

Thursday, April 2, 2009

Sesuatu Yang Baru

for the past days i've been thingking about rewriting something here,after abandoning this blog for nearly a year.yes,my bad =) my life since May 2008 is undeniably,truly compacted with all happiness that a wife deserves.Praises are only to Him for everything that happens to be mine since the past,present and insya Allah for the future.

it's mid semester and we're now busy digging all the notes from early semester for revision.for sure, ur prayers and lucky-wishes are all that we need now,apart from our role to give our bestest and tawakkal.

insya Allah,success are for those who wants to be one.