Saturday, April 26, 2008

Ujian

kata2 ini tidak dituju kepada mana-mana bangsa, peringkat umur atau pekerjaan anda.
tiada maksud tersirat, yang pasti hanya tersurat sahaja yang mahu disampaikan.
tidak juga mahu menghuraikan dendam di hati, atau mahu membarakan rasa sakit dan pedih di dada dengan menulis di sini.hanya mahu bercerita,itu saja.

ikut rasa,binasa
ikut jiwa,tersiksa
ikut hati,terasa

tiada gunanya aku kecewa atas kerenah syaitan bertopengkan manusia.
tidak juga ku tuju kata-kata ini kepada mana-mana bangsa,
atas budi bicara bahawa bangsaku sendiri juga ada berperangai yang sama.
sakit di hati ubatnya sabar.
bersabarlah, kerana Allah yang Maha Esa itu mampu menguji kita dengan perkara yang lebih besar lagi sebenarnya.

kak Ran pernah bercerita..
" i've to pay 18jd to get fooled"

hebat bukan?
manusia zaman peradaban moden hari ini perlu membayar ringgit sendiri untuk ditipu.
ya, ditipu PENIPU.
sangat ku kagum, lakonannya cukup hebat, penuh gaya prihatin terhadap masyarakat.bijak berkata-kata dan berdrama sehinggakan timbul rasa kagum di hatiku, " alhamdulillah, masih ramai rupanya orang yang baik dan tidak lokek berbudi di dunia ini". tapi, aku sendiri TERTIPU dengan pujian dari kata hati aku sendiri.itu kisah duit.

ku buka kisah baru pula.

sakit hatiku memikirkan perkara lepas.
tidak semua bagiku bangsa mereka ini jahat belaka.
tersisa juga yang baiknya.
cuma pedih hatiku memikirkan mereka ini memandang jijik saudara seagama mereka, dengan anggapan kami ini adalah orang miskin datang dari jauh ke negara mereka atas dasar kemodenan mereka yang terlampau.
bukankah itu perasan sendiri namanya? memalukan!

cerita kak Ran lagi,
pernah dia didatangi seorang perempuan tempatan yang berpakaian sempit tapi bertudung,dengan penuh bangga (mungkin atas dasar mahu bermesra) bertanya kpd seniorku itu
'awak ini Muslim ya?'
sedangkan kak Ran pada tika itu berjubah lengkap stongan (baca: sarung tangan),pakaian kebiasaan bagi pelajar di sini.

kalaulah perkara itu terjadi padaku,
mahu saja aku tujukan kembali soalan yang sama kepada si gadis yang bertanya,
"awak ini Muslim ya? but why dont u dress like one?"

mahu ku sambung?

belum lagi kukira perkara biasa yang selalu dihadapi ketika membeli barang.
orang-orang ini sengaja mengambil kesempatan menggandakan harga sekurangnya 2 kali harga asal,atas alasan 'orang-orang ini bukannya tahu mereka ditipu'

baru saja terjadi sebentar tadi
kasut yang kubeli harga yang disebut 20jd.
padahal pernah saja kubeli seakan yang sama sebelum ini,kulit dan mutu yang sama.dengan harga 8jd.
PENIPU terang terangan.
ku kata pada si penjual, 20jd sangat tinggi harganya.10 jd,mungkin?
penuh sombong dan bongkak ,si penjual menjawab 'barang ini dari Turki, saya hanya boleh jual minima 18jd, kalau awak tak mahu pun tak mengapa,' dengan harapan aku akan terasa rugi tidak membli barang tersebut darinya.geram! bertambah benci aku melihat golongan ini.terus ku keluar dari gedung itu,namun sempat dikejar si penjual yang mengalah dan berkata 'baiklah, 10jd'. Puas hatiku. namun timbul juga rasa kecewa,lebih baik kalau aku dahulukan harga lebih rendah seperti 7jd sebelumnya.lucu.

tamat cerita ku kira.

seperti yang telah ku dahulukan,
tidak semuanya berhati binatang.
namun bak kata orang,yang buruk itu lah paling terang nya tersuluh.

Wednesday, April 23, 2008

Wajah Baru Hari Itu..

aku menunggu hari itu
hari berubah segalanya..
mungkin bukan segalanya,tapi sebahagian besar hidupku

bagi dia?
pastinya dia juga sama,
aku dapat membaca dari matanya
yg jarang sekali dapat ku lihat sedalam mananya kolam itu

tika ini detik tahun lalu
langsung tiada dalam catatan masa hariku
terdetik atau tertulis kisah dan cerita ini
ya,ini bukan panglipurlara atau dongengan
tapi angan yang membawa kepada nyata

kepada mu,dalam diam
aku nyatakan,
akan ku tunggu
wajah baru hari itu.

Sunday, April 20, 2008

Sinis

Ku puji,rajin abang Ahmad singgah di blog ku membaca,disusul memberi pendapat.
Pendapatkah?Baik saja ku namakan kritikan.

Hebat kritikannya.Berbau sinis.Tajam.
Belum lagi diperinci tawa saktinya itu.Geram.Paling ku malu,cerita khas mengenainya dan kak Ran,paling banyak dihentam peluru kritikannya.
Dia tak marah.Sungguh.Cuma agak kecewa denganku.

Kutanya, 'kenapa abang Ahmad tak berapa nak suka?'
'bukan tak suka, apa lah kamu sampai ke sini memanggil aku abang Ahmad, kurang hawa popular aku,' rungutnya.
Diam aku sejenak, betul juga katanya itu.Hanyaku saja yang memanggilnya abang Ahmad. Teman-teman siswa selainku,lain pula panggilannya pada jejaka tunangan orang ini.

Diamku berfikir.Membuat keputusan.

Baiklah,abang Ahmad akan kutukar dipanggil abang Man mulai hari ini.
Nampak lebih bergaya, ku kira.Tapi kenapa abang Man yang dipilih?

Dia tahu.Aku pun tahu.Yang paling nyata, Allah Maha Mengetahui.
Harap dia gembira.

Setuju,abang Man?

Friday, April 18, 2008

Ini Cerita Abang Ahmad

kata abang Ahmad,
bakal isterinya yang mengisi borang permohonan nikah mereka.

'abang Ahmad sibuk menelaah sangat-sangat,tak tercapai tangan dek buku bertambun,' kata abang Ahmad membela diri.Ahh..ku faham benar abang Ahmad.
Kak Ran,bakal isterinya juga faham benar peel abang Ahmad, yang begitu risau dek tulisan tangannya buruk setiap kali mengisi borang rasmi.

Namun cerita ini bukan abang Ahmad subjeknya,tapi kak Ran.

Lancar saja tangan kak Ran mengisi borang permohonan tersebut.
Terlampau girang,kukira, ruangan mas kahwin yang sepatutnya diisi RM300 tertambah kosong nya lebih satu,menjadi RM3000.
Tersengih kak Ran seorang diri lantas menelefon abang Ahmad yg seriau tak senang duduk menanti waktu periksanya,membutirkan kisah yang berlaku.

'Tak payah padamlah mas kahwin tu,boleh kan ustaz?' kata kak Ran berseloroh.
'Iya lah...tak padam pun saya terima,' pendek saja balasan abang Ahmad.Faham saja kak Ran,andai saat-saat genting masa akhir menelaah memang begitulah nada percakapan abang Ahmad.Lurus mendatar.

Namun ku kira debar yang melanda di hati abang Ahmad dalam menunggu waktu periksanya tidaklah sekuat mana dibanding debar menanti masa istimewa itu.Insya Allah mudahan semuanya berjalan lancar.

Seawal tahniah ku hulurkan...

Purple Tulips...

















kata kawanku...
'u're lucky girl'

hahhh.. saja kawanku berbasa basi berspeaking london denganku
namun ku terima kata2 itu


'di sini tak ada bunga ros..' kataku membuka bicara
'ros terlampu biasa, tak spesel' Em membalas kata2 ku..
aku mengiyakan pada ayat,juga pada hati..


Em, terima kasih menyokong aku.. aku sayangkan mu
dan tak lupa pada Ani, anda tak gemuk ya, jodoh tak bergantung kepada darjah kekurusan anda..bersabarlah, tak lari jauh umurmu untuk merisaukan soal jodoh


dan aku mulai berdebar memikirkan saat itu.......

Thursday, April 17, 2008

Riang ini Kita Bersama

Ku berteleku di birai meja,bersila kemas berlantai gebar biru laut
menanti Kak Idah membantuku menyiapkan kerja bahasa asingku
terbujur Dik Imah di tepiku, melunjur kemas sambil melipat-lipat kain nan selimut..

'Kak Idah,ni macam selimut org pegi Mekah ni..' sorong bibir Dik Imah.
'Iye memang pun,arwah datuk Kak Idah yg punya mase pegi Mekah dulu', laju dibalas Kak Idah..
'oooOOoo..' bulat hujung bibir Dik Imah tanda mengaku kemas fahamnya..

terus Kak Idah membantu ku kalut lantaran aku mula bising mengomel perihal laptopnya itu..

'....panggilan haji.....telah tiba lagiii..' dengung Dik Imah secara tiba-tiba menyanyi lagu hampir-retro kumpulan Al-Jawaher itu secara tiba2 sambil memeluk kemas selimut Mekah itu...


....dan berderailah tawaku yg payah hentinya itu......
disusuli hentakan kecil-tapi-sakit Dik Imah yg berbisa itu pada lenganku


aku sukakan kemesraan itu ~

Mata Bercerita,Mulut Berbicara..

Bismillahirrahmanirrahim...

bila hati mula berkata2
mulalahhhhhhh segalanya

selalunya hati mengatakan 'ya'
bibir mengatakan 'mahu'
mata mengatakan 'ria'
kepala mengangguk tanda 'mahu'

'ya' kepada apa?
'mahu' kepada apa?
'ria' girang kepada apa?
'mahu' kepada apa?

mahu MENELAAH kerna Exam rupanya

tegakah aku?


.....akhirnya rasa hati ku turutkan..
zzZZzzz :P