Tuesday, December 28, 2010

Cuti

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, cuti dah bermula. Sepatutnya cuti bermula pada minggu ini (30 December), walaupun klinik tamat pada 23hb yang lepas, disebabkan ada kelas yang masih belum habis. Namun disebabkan ramai yang nak bermusafir keluar Jordan, kelas yang berbaki ditunda ke awal semester akhir insya Allah. Alhamdulillah, cuti 6 minggu bertukar menjadi 7.

"Rileks saja nampaknya dentists tahun akhir.." kata Abang Amir, berseloroh. Rezeki cuti. Moga dimanfaatkan. Masa yang singkat ni lah yang perlu digunakan untuk menampung lubang-lubang yang mencacat-celakan diri sebagai pelajar final year. Malu juga, banyak lagi benda yang tak tahu. Usaha lagi....

Menjadi suri rumah sepenuh masa ni, saya cuba sebaik boleh menjaga rumah dan berusaha menghidangkan makanan 3 kali sehari, walaupun abang Amir hanya makan 2 kali saja di rumah ketika hari sekolah,hehe. Kesian, tak sihat cik abang sorang tu. Hari ni hanya sediakan bubur nasi sayur sahaja untuknya. Sakit tekak dan badan panas. Mujur tengahari masih ada selera untuk makan nasi ketika round di hospital. Sekurang-kurangnya ada tenaga untuk terus belajar. Alhamdulillah malam ni dah nampak perubahan, dah semakin ceria. Moga semakin sihat besok dan hari-hari seterusnya.

Rutin suami sekarang, tiba di rumah hampir asar setiap hari, dalam jam 2 petang. Sunyi juga duduk seorang di rumah. Tak ada orang nak sembang. Kalau hari sekolah, ada juga kawan borak.Jadi bila suami pulang, banyak la benda nak diperkatakan. Nak compensate balik waktu seorang diri dari pagi sampai ke petang. Kata suami, banyak betul benda yang saya nak cerita bila masuk cuti ni, lebih kerap dari hari-hari biasa..hehe. Saya tak dapat membayangkan diri saya sebagai suri rumah sepenuh masa sehingga anak-anak besar. Alhamdulillah, dibesarkan dalam keluarga yang semua wanita bekerja, saya yakin dapat mengurus keluarga walaupun bekerja, walaupun tidak sebagus atau setangkas jika dibandingkan dengan cara suri rumah menghandle rumahtangga.

Dah tak ada idea, tulis pun merepek. Jumpa lagi nanti insya Allah...


Sunday, December 12, 2010

Keliru

"Sayang ambik kain banyak tak sangka.. " kata abang Amir.


Banyak tak sangka?

Dah nak masuk tahun ke 3 ni kahwin, ada juga perkataan yang silap guna lagi. hehe.

Tak sangga , abang. Bukan tak sangka =)

Tuesday, November 23, 2010

Angin November

Dalam perjalanan pulang dari sekolah..


Saya : Abang pernah tak terfikir bertemu jodoh kat sini?

Beliau : Pernah.

Saya : Bila? Macam mana terfikir?

Beliau : Saat pertama terpandang sayang...


Ni namanya nak ubah bagi mood saya baik lah ni, supaya bila balik rumah terus bersemangat buat kopi untuknya. Pernyataan general 'lelaki bermulut manis' memang benar. Itu yang membuatkan perempuan tertarik.

Saya? Sah-sah lah berbunga hati, walaupun hanya sekadar gurauan.

Angin sejuk dah mula sampai. Rasa sampai ke tulang. Dah mula kena pakai berlapis-lapis pakaian. Penat jalan kaki pakai baju banyak lapis ni. Nampak sangat kurang stamina. Tak apalah, insya Allah winter terakhir di sini. Sedih juga mengingatkan winter tahun hadapan, suami berseorangan. Semoga Allah memberi kekuatan yang luar biasa untuk kami berjauhan sementara nanti..

Exam juga semakin dekat, insya Allah semuanya bakal berlalu dalam sebulan lagi. Dalam kesusahan, insya Allah ada kemanisannya. Belajar bersabar, bersabar untuk mencapai kesenangan. Biar merah muka dan pedih hati menahan kesakitan, kerana dengan izin-Nya, ada kegembiraan di hujung jalan.Mudah-mudahan dipermudahkan Allah dalam segala langkah..

Doakan yang terbaik buat kami..

Friday, November 19, 2010

Hari Raya

Assalamualaikum..

Cuti seminggu bakal di penghujung. Bila dilihat balik hari-hari yang telah berlalu, banyak mana sangatlah yang diguna dengan terbaik. Ini salah satu kelemahan cuti bagi saya, the element of productive will be completely erased. Namun alhamdulillah, bagi saya banyak juga quality time yang dapat dispend bersama suami. Masa untuk exam lah kiranya lepas ni, sebelum bermula cuti yang panjang.

Kata suami, saya perlu mengubah selera saya. Maksudnya selera terhadap lauk-lauk tempatan. Bagi beliau, selera saya masih kebudak-budakan. Kalau tak masak lauk warna merah, mesti warna hitam. Kalau masak nasi lauk kegemaran suami seperti kerutuk ayam,rendang dan daging gulai kuning ,mesti di tambah kicap di atas nasi. Nak tergelak juga dibuatnya. Walaupun perkahwinan kami bakal menghampiri tahun ke 3, banyak lagi yang saya perlu/masih belajar. Masih bertatih untuk belajar memenuhi selera suami.

Pelan-pelan kayuh. Setiap kali pulang ke Malaysia, saya curi peluang belajar memasak dengan ma (ibu mertua). Skill memasak yang sedia saya pelajari dari ibu saya sebelum ini, saya asahkan lagi untuk mempelbagaikan lauk. Pulang ke Jerteh, banyak juga lauk baru yang saya pelajari,alhamdulillah. Seronok saya tengok suami yang seleranya bertambah-tambah setiap kali pulang ke sana. Itu yang membuatkan semangat saya membuak-buak untuk belajar. Alhamdulillah, kali ni pulang ke Jordan rasanya banyak jugak yang improve, walaupun terhad barangnya.

Lusa bakal mula balik rutin hari-harian. Banyak concerns yang perlu dihadapi sebelum menutup tirai semester 1. Insya Allah, moga Allah permudahkan. Moga semuanya yang terbaik..

Tuesday, November 9, 2010

May Allah always bless us!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 8 untuk semester 1 tahun 5. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Esok juga suami bakal exam lagi. Moga Allah permudahkan setiap langkahnya. insya Allah..

Risau juga, sudah 3 4 hari suami demam teruk. Selama 2 tahun lebih perkahwinan kami, baru sekali dua demamnya sebegini, jika tak salah saya. Alhamdulillah, suami masih boleh ke kelas dengan biasa, dan makan pun masih lalu.Mungkin perubahan cuaca yang semakin sejuk, kesihatan pun tak menentu. Namun hari ini, dah banyak perubahan. Dah boleh bergurau senda gelak ketawa dah. Lega hati rasanya..Alhamdulillah.. Moga Allah sentiasa limpahkan mawaddah dan rahmah ke atas perkahwinan yang terbina ini.

Secara tak sedar dah masuk bulan haji. Tak lama lagi bakal menyambut Aidil Adha. Dapat lah cuti seminggu, bermurah hati pulak JUST kali ni, hehe. Alhamdulillah.. Boleh la plan buat apa-apa, plus ini aja cuti yang sama dengan suami. Entah sampai grad nanti tak ada cuti yang bertembung agaknya.

Dah azan maghrib. Nanti tulis lagi. Jom solat.

Sunday, October 31, 2010

Sejuk


Abang Amir nampak letih, banyak berusaha =)
Moga Allah lipat gandakan pahala dan ganjarkan kejayaan yang terbaik buat suami saya.. insya Allah.

Naik tahun 5, saya nampak suami lebih banyak berusaha dari biasa. Tidaklah bermaksud sebelum ni beliau hanya sambil lewa, cuma kedatangan semester baru tahun baru ni banyak merubah beliau, tiada lagi masa senggang yang diguna untuk bersenang lenang.Bila mana menghadap skrin , ternyata hanya membaca slides dan benda ilmiah yang lain.Mungkin kerana minor rotations yang tak henti , exam selang 2 minggu. Malu pula, saya yang dah tahun akhir pun setiap malam nak habiskan satu atau dua lecture agak lambat. Alhamdulillah, mujur ada dia sebagai contoh yang baik , mudah-mudahan cukup untuk membuatkan saya malu untuk membuang masa.

Setiap hari pulang dari sekolah, makan pun dah berkurang. Tak selera nampaknya sekarang. Tapi tetap juga saya masak, sekurang-kurangnya dapat salurkan kasih sayang melalui masakan. Sehari sekali saja perlu masak, insya Allah bukan satu beban.

Minggu depan, exam lagi untuk suami. Insya Allah hujung November giliran saya pula ujian pertengahan semester. Moga Allah permudahkan langkah kami sebaik-baik kemudahan, dan mengganjari kami sebaik-baik kejayaan. Insya Allah..

Thursday, October 7, 2010

Beef Puff

Ini bukan iklan promo untuk jual karipap.

Memandangkan hari ni abang Amir berpuasa dan saya pulang awal dari sekolah, datang semangat nak buat karipap sbg kuih untuk suami berbuka puasa nanti. Kebetulan pula sebelum masuk dapur, suami mendapat msg jemputan untuk ke makan2 doa selamat di rumah jiran atas. Boleh lah buat lebih sebagai buah tangan.



Selepas zohor dah siap masak intinya. Usai solat asar mula lah misi menguli tepung. Anggaran setengah kilo tepung saja yang digunakan, dapatlah 30 biji.

Nak dijadikan cerita, ada masalah last minute yang membuatkan saya tak dapat pergi dan tak sempat nak goreng karipap, alamatnya saya kirimkan karipap yang saya dah saya sempat frozenkanlah tadi melalui suami.


Yang atas ni entry minggu lepas sebenarnya, tapi disebabkan blogger tak boleh upload gambar, jadi tertanggu sampai minggu ni. Alhamdulillah dah selesai minggu ke 4 sekolah, moga Allah lembarkan hari-hari yang baik untuk minggu yang seterusnya, insya Allah.

Wednesday, September 29, 2010

Bab Baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah lama tak menulis. Saya dan suami dah kembali dari bercuti di Malaysia. Rutin harian semester satu sudah pun bermula. Sudah hampir dua minggu pun. Homesick masih ada, namun syukur kerana masih boleh hadapi. Hidup berteman, tak ada istilah sunyi . Hamdanlillah..

Fatrah 2 minggu berjauhan dengan suami juga dapat saya lalui dengan baik. Mula-mula susah juga, lepas 2 3 hari alhamdulillah boleh juga saya bertahan. Terima kasih pada Mira kerana sudi menemani saya sepanjang kepulangan suami ke Malaysia. Perjalanan 2 minggu yang diuji dengan exam final memang agak lama saya rasakan, seperti berjalan kaki di tengah gurun yang tak ada penghujungnya. Tak mengapalah, semua ini saya anggap sebagai satu dugaan. Alhamdulillah, dah lepas pun. Dah selamat kembali bersama suami. Ini baru dua minggu berjauhan,moga Allah kuatkan hati-hati kami untuk berjauhan selama hampir 9bulan nanti. Saya yakin abang Amir adalah suami soleh yang kuat.Tak ditepis dugaan hidup berseorangan selama beberapa bulan berjauhan dengan saya nanti insya Allah.

Bercuti di Malaysia,banyak kenangan yang saya bawa balik. Kesal juga kerana tak ada kesempatan menyambut Aidilfitri bersama keluarga mertua, hanya sempat berpuasa 2 minggu. Insya Allah tahun depan bakal beraya di Jerteh pula.Setelah 4 tahun tidak beraya bersama keluarga, akhirnya tahun ini berpeluang juga beraya bersama suami di Perlis. Well-spent holiday, pendek kata. Semua tempat yang saya janjikan suami untuk dilawati akhirnya tercapai.Satu lagi impian,moga tahun depan dapat juga luangkan masa untuk 2nd honeymoon, insya Allah.

Ingat nak upload gambar tapi internet tersangatlah slow. Mungkin lepas ni insya Allah..

Thursday, August 12, 2010

Hati Dibawa Pulang

Belum mampu berdiri di atas kaki sendiri rupanya..

Moga Allah tabahkan hati-hati kami..

Tuesday, June 29, 2010

Kebetulan yang Tidak Disangka

Alhamdulillah...


Hari ni rasa lega sebab dah tukar tarikh tiket pulang ke Jordan raya Aidilfitri yang akan datang.Rezeki Allah nak beri, penalty yg dikenakan pun berpatutan. Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Moga selamat semua hendaknya.
Belek-belek gambar lama dari laptop abang Amir, tgk gambar masa jelajah Jordan sewaktu tahun 1 dulu. Gambar ni suami ambil dari kawannya.

Gambar ni saya jumpa sewaktu bosan-bosan study pada final exam yang lepas. Sengaja selongkar gambar lama Amir.Saya gembira bila di zoom kan, nampak abang Amir yang mana satu. benda tu pun nak gembira kan. To add to my excitement, bila tgk balik rupanya ada juga saya dan Zehan ! heheh. Carilah yang mana satu kalau kenal.

Jodoh?

Waktu tahun 1 di sini, langsung saya tidak pernah kenal Amir sehinggalah tahun 2. Walaupun sekelas di INTEC, lagilah. Sekadar tahu nama sahaja.Di JUST pula, kelas langsunglah tak sama kerana kos kami yang berlainan.Orang kata, kalau nak seribu daya. Kalau tak nak ,buat tak tahu saja.Dah ada kemahuan, kenalah ada usaha.Tak gitu,abang Amir?hehe. Dah tertulis di Luh Mahfuz, jodoh kami berdua di umur muda.Alhamdulillah!

Jalan menuju perkahwinan bukannya mudah. Halangan yang di lalui banyaknya pada pihak Amir,saya akui. Beliau banyak berkorban untuk menguruskan banyak benda. Dari urusan JPA di Malaysia, seterusnya pihak MSD Jordan hinggalah urusan di kementerian luar dan dalam Jordan.Part yang akhir ni lah dugaan yang paling menduga kesabaran si bakal suami. Alhamdulillah, sekarang dah dua tahun. Masa,memang berlalu dengan cepat!

Keluarga bukan Beban

Ada yang pernah berkata kepada saya, kalau ada anak cepat, tak sempatlah nak memboros sakan untuk diri sendiri bila dapat gaji awal-awal kerja nanti.Kena berbelanja banyak untuk anak pula. Tersinggung juga saya mendengarnya. Anak adalah amanah,bukan beban! Jika saya bersedia untuk membina rumah tangga bersama suami di usia muda, sudah tentulah kami mempunyai perancangan dan persediaan menimang cahaya mata,dan kesediaan kami untuk membahagiakan zuriat yang lahir dari ikatan yang dibina.Rezeki Allah bukanlah sesuatu dalam jangkaan kita. Dahulukan yang wajib, insya Allah ganjarang dari-Nya tersedia.

Perkahwinan juga bukanlah satu bebanan. Saya dan suami sebaya, 22 tahun. Mendirikan rumahtangga seawal 20 tahun, di tahun 2 pengajian.Perkahwinan saya langsung TIDAK menggangu masa belajar atau cara hidup.Masih sama seperti bujang malah bagi saya lebih ahsan dari sebelumnya.Perkahwinan mematangkan akal dan pergaulan.Namun tak perlulah saya menjadi seorang yang berkelakuan umur 30-an hanya semata-mata kerana saya sudah berkahwin. Saya masih kekal seperti rakan-rakan sebaya, tetapi perlu berhati-hati dalam menjaga nama baik suami dan keluarga.

Saya bukanlah seorang yang mampu dijadikan contoh.Saya sangat hormat dan kagumi pasangan-pasangan muda yang sudah mempunyai anak dalam usia yang muda walaupun masih belajar.Dalam kesibukan belajar dan menjaga keperluan anak, masih lagi ada masa yang tersedia untuk aktiviti-aktiviti dakwah. Masya-Allah, kagumnya saya. Mereka inilah yang sangat cantik untuk dijadikan idola.

Asalnya nak cerita pasal gambar saja, tiba-tiba meleret ke tempat lain pula. Insya Allah ada masa nanti cerita kisah lain pula...

Tuesday, June 22, 2010

Anak-anak


Nu'man dan Qosim,

Kalian anak sulung keluarga,anak pertama kepada pasangan muda.Antuma lahir dalam keadaan ibu dan ayah masih mencari kestabilan hidup untuk kesenangan antuma dan adik-adik yang bakal lahir.Alhamdulillah, lahirnya kalian membawa rezeki yang mencurah-curah kurniaan dari Allah. Benar, anak itu rezeki.Rezeki kurniaan Allah yang tidak ternilai.Bukan satu atau dua dugaan yang dihadapi ibu ayah untuk menyediakan yang terbalik untuk kalian.Namun tawakkal pada Allah adalah sebaik-baik pegangan setiap masa dalam apa yang dilakukan.Pertolongan Allah ada dimana-mana, dari setiap penjuru, malah dari arah yang tidak kita sangkakan.

Ingat.. antuma bakal menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.

Moga kalian tergolong dalam golongan huffaz Al-Quran juga cendekiawan Islam.Moga dijauhi sifat mazmumah,memegang mahmudah dan sentiasa mendoakan ibubapa kalian serta saudara mara.

Cukup bersyukurkah kita?

"Aku cemburu tengok kawan-kawan di negara lain,banyak peluang belajar benda baru. Kenapa kita 'terperangkap' di Jordan yang tak ada apa ni?"
Begitulah antara kata-kata yang pernah dilontarkan kepada saya oleh seorang rakan yang sangat disayangi. Persoalan itu membuatkan saya terfikir, betul juga kata-katanya. Belajar di Jordan susah sangat nak temui peluang untuk belajar benda baru.Sebagai contoh, di sini tiada subjek elektif yang menarik seperti peluang belajar bahasa asing.Kos hidup yang mahal membuatkan biasiswa cukup-cukup makan antara sebab peluang yang sempit untuk berjalan-jali ke Europe dan sebagainya.Dari sudut universiti pula, JUST menyediakan cuti yang sangat sempit untuk pelajar-pelajarnya.Lihatlah saja, cuti raya akan datang dipotong seminggu,yang dari asalnya sebulan menjadi 3 minggu saja.Memang dugaan..

Astagfirullah, sikap greedy saya 'membutakan' mata hati saya untuk melihat nikmat-nikmat Allah yang lebih besar perlu saya syukuri.Saya asyik memikirkan benda atau perkara yang saya tak dapat.Saya lupa yang ramai lagi saudara se-muslim yang menanggung beban lebih berat.Saya lupa yang ada juga saudara sedarah yang wang belanjanya cukup-cukup untuk hidup, yang makannya bercatu, lama tidak berbaju baru. Namun tidak pulak mereka merungut atas kekurangan diri.Saya terlalu memikirkan diri tidak pernah berpeluang ke negara lain untuk makan angin,sampai saya terlupa yang Allah kurniakan rezeki saya untuk lanjutkan pelajaran ke luar negeri ,satu peluang yang ramai orang lain impikan.Malu pada diri sendiri..

Saya cukup makan, cukup wang saku.Malah lebih. Andai tak cukup itu bukanlah salah wang biasiswa tak cukup, tetapi salah sendiri yang 'menabur' duit di tempat yang tak sepatutnya.Di saat rakan-rakan rindukan keluarga yang jauh di Malaysia, Allah hadiahkan saya keluarga baru dengan kehadiran Amir,yang merupakan semangat saya.Allah permudahkan pelajaran adik2 kandung dan adik2 ipar saya.Allah murahkan rezeki keluarga.Allah kurniakan rakan-rakan yang sama-sama menyokong perjuangan kita sebagai pelajar muslim.

Banyak kali Allah ulang dalam surah Ar-Rahman, "nikmat-Ku mana lagi yang kamu dustakan."

Didiklah hati, tanamlah rasa 'mencukupi' di dalam diri.Kenapa ego untuk bersyukur. Astagfirullah... ya Allah, moga engkau ampunkah dosa hamba-hamba Mu ini..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah berat (surat Ibrahim ayat 7)

Alhamdulillahi 3ala kulli hal, wa astaghfirullahi 3ala kulli zanmbih..

Friday, June 18, 2010

Thank God it's Holiday

Alhamdulillah..

Sebulan exam, 11 paper sudah tamat. Alhamdulillah,dah mampu menghela nafas lega. Bismillahi 'alaikatawakkalna.. 8 daripada 10 subjek dah keluar markahnya.. syukur ke atas nikmat yang Allah berikan..alhamdulillah..

Kiranya kali ni cuti 2 minggu, sebelum mulanya summer sem, sebelum pulang ke Malaysia.Macam biasa,bakal diisi dengan menjadi full-time housewife seperti biasa. Seperti yang dikatakan dalam entry-entry yang sebelumnya, cuti saya yang tak bertembung dengan cuti suami membuatkan keadaan agak susah untuk kami plan ke mana-mana. Tak apalah, ada rezeki kami ada menunggu nanti insya Allah..

Memikirkan kembali, kasihan sangat pada suami, kelas yang berterusan tanpa cuti dari Disember 2009 ditambah dengan dugaan hari-hari klinikal yang dilalui.Inilah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang yang berjaya. Tak mengapalah, Allah bagi kesusahan dulu untuk kesenangan kemudian, insya Allah. Lagipun summer sem medic 4th year sangat pendek, dengan satu subjek saja untuk kelasnya. Cuti pun start awal, jauh lebih awal dari kami..

OK nanti sambung lagi, insya Allah..

Wednesday, June 2, 2010

Separuh masa pertama


Assalamualaikum..


Harini alhamdulillah dah paper ke 5, kira dah halfway through final xam ni. Alhamdulillah.. Dan sabtu ni pula paper Crown and Bridge.Moga dipermudahkan Allah. Abang Amir juga dah start exam mini OSCE dan OSCE untuk rotation internal medicine ni, dan insya Allah minggu depan juga start final. Habis sama-sama lah kami kiranya, insya Allah June 16 nanti.


Abang Amir dah sangat giat, hari-hari spend at least almost an hour on treadmill,which is a good thing sebab sebelum ni he's not fit enough even to walk on treadmill sebab saket kaki. Nampaknya azam abang Amir nak jadi macam Dr.Woodcomb ni kira dah nampak la bayangan sukses tu hehe.Well apart from trying to stay in good shape, i think maybe he's trying to ease up the heavy loads on his head. Study macam nak rak and keep thinking bout all the exam materials sampai susah nak tidur malam.But alhamdulillah, lepas bersokan petang2 ni dah senang nak tidur,which is good for him.


Mmang betul la, early June every year memang critical period untuk students, final xam plus workloads like assignments etc, memang hectic sangat. Hanya Allah yang tahu betapa sesaknya dada memikirkan perkara-perkara yang belum selesai. Walaupun sini tak ada assignments, exams yang bertambun pun cukup menyesakkan dah.Namun alhamdulillah segalanya mampu menjadi mudah dengan pertolongan Allah. Moga Allah sentiasa permudahkan perjalanan kita..


Cakap pasal banyak benda ni, banyak lagi tak baca ni untuk subject seterusnya. Kena start dah ni. Moga Allah sentiasa bantu.. insya Allah..


Salam.


eh lupa lupa..

Dream baby,dream..

Saturday, May 29, 2010

Jauh Lagi Perjalanan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni selesai papr ke 3. Ada 7 lagi paper berbaki dan 1 lagi spot exam.Moga Allah sentiasa membantu kita.

Hari ni short entry saja, dah lama tak menulis.Tak ada banyak benda menarik yang berlaku. Hari-hari dalam fatrah exam memang sentiasa berlalu dengan pudar pantas. Ditambah dengan gap yang kebanyakkannya hanya sehari saja antara paper. tak apalah.. tawakkal pada Allah..

Lusa paper Perio. Punyalah banyak sampaikan kalau bakar slide2 ni boleh buat bbq sate. Ok dah mengarut dah..

Doakan kami....

Thursday, May 20, 2010

Anniversary dinner


Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah habis exam practikal secara rasminya. Alhamdulillah,lega bila dah lepas, despite all the hardships i.e finding patient,assistant and etc,at last everything's finally over. Memang la bukan over as in OVER per se, tapi alhamdulillah satu stage dah lepas. Tunggu teori & spot exams.Moga Allah permudahkan jalan seterusnya.Amir pun dah habis round dan kelas, will be starting his exam insyaAllah next two weeks if I'm not mistaken.

Hari ni nak cerita pasal anniversary dinner yang lepas ( 5 May)..
Memandangkan Irbid ni bukannya ada tempat yang menarik selain fast food nya yang dah selalu sangat makan, tempat ni lah yang menjadi pilihan.Tukar angin, bukan selalu. Tengok gambar tiba-tiba rasa pening,teringat bau argileh yang kuat sangat kat kedai ni.Dicampur dengan bau dan rasa za3tar yang rasanya dia letak dalam semua makanan hatta sebagai hiasan tepi french fries.
Dah namanya bukan malam minggu,tentunya tak ramai orang. Ada dalam 2 3 couples saja.Bagusla, tak bising dan agak tenang. Pilih tempat pun senang.

Good company, my Mr.Devon. Dah 2 tahun kahwin,masih malu nak ambil2 gambar.Nampak macam garang tapi senyum sembunyi2.

Makanannya oklah,biasa-biasa saja. Sekali sekala berbelanja lebih especially on special occasion like this.






Apapun we had a great dinner that night.Terima kasih banyak-banyak kepada abang Amir yang bersungguh-sungguh membuat trick nak bayar bil elektrik, tiba-tiba melencong ke kedai lain.Sayang sangat menghargainya.Insya Allah hadiah yang diberi ni sampai bila-bila sayang simpan.Boleh turunkan kpd anak perempuan kita nanti insya Allah.Nanti 1st baby lahir nak yang besar donat pulak.

Rasa rindu pulak..Off cari abang Amir

Sunday, May 9, 2010

Jalan Berliku


Assalamualaikum..
Alhamdulillah harini balik awal daripada biasa.Dah lama sebenarnya tak merasa.Alhamdulillah.. sempat makan dan jalan-jalan dengan kawan-kawan lagi.Balik di rumah dengan harapan abang Amir dah sampai.Bila buka saja pintu,tengok tiada kunci tersangkut di tempat kunci,hampa seketika.Belum balik lagi rupanya dia.Tak apalah,sempatla saya masak dulu sementara menunggu Amir balik.
Minggu ni insya Allah minggu terakhir klinik.Besok by hook or by crook kenala juga buat scaling test.Moga Allah permudahkan saya dan kawan-kawan yang masih belum dapat buat scaling test di klinik perio.Perancangan nya,nak jadikan Amir patient untuk scaling test besok,tapi kalau Mr.White tu ada kelas,tak jadilah maknanya,ditambah pula dengan keadaannya yang tak berapa sihat.


Khamis ni ada final quiz untuk Oral Medicine.Belum habis khatam lagi 3 material yang masuk untuk kuiz kali ini.Walaupun setiap satu chapter untuk kuiz kali ni banyak,tapi saya akui lebih kepada salah diri sendiri.Lambat bergerak dari satu tajuk ke tajuk yang lain.Banyak distractions sangat. Sebenarnya setiap masa pun banyak benda yang menggangu, tapi apa yang penting???? bukan kerjasama! tapi azam dan kemahuan.



Mulanya nak cerita pasal dinner anniversary minggu lepas.Tapi gambar-gambar pulak masih belum boleh transfer.Insya Allah lain kali. ..

Jumpa lagi....






Thursday, April 29, 2010

Ini entry bagaimana nak menyayangi suami anda

Assalamualaikum...

Tomorrow will mark the first week ever free of exams after months of continuous paper. Exagerrate je months tu.Alhamdulillah, we can go out for our usual dinner date every Thursday nite without worrying bout mountain of notes waiting to be memorized.Its so refreshing to think that i can sleep worries-free tomorrow.Not! Got tonnes of work to do actually.Prepare special breakfast for Amir,then settle the full big bucket of laundries,vacuuming the entire house,mopping the kitchen, mengada-ngada letih kejap ,ironing 5-days shirts and pants for Amir and what not.Dah tak larat nak tulis.I dont even have time to think about shower.Ah i know tomorrow's not a day to pamper myself.Well,at least not for this week.Amir has been pushing his bones and muscles to take care of the house every weekend,since the day i started my first paper.Poor guy,that one.Well people,cari lah suami yang rajennn supaya senang di masa depan.*dengar boleh jangan buat,ksian suami.*That explains why my job as a part time housewife is not that successful.

Ok,sekarang nak cita benda lain.

Once (well maybe twice) people ask me whether my husband is categorized as a romantic person. haha. Unfortunately i didnt get the chance to chat more bout that with them,lupa sebab apa.Sebab takdak masa kot...

Well, to be exact, romantic thing is a bit subjective for me.Now u tell me how to classify a person whether he's romantic or not.If u think that romantic husband brings back home roses every week (hari-hari melampau), giving u surprises almost very day, love u unconditionally, then we're on the same boat. Yes my husband is romantic,at least from my prospective.And that's what that counts, right.

Eventhough i only got roses once or twice during our almost-two-years of marriage,it makes me feel more than enough to be satisfied (even more and more roses will do heheheh).Surprises? Rarely.But i do think that he tried as much as he can to make me happy and satisfied,even with small things like making a cup of tea out of blue at midnight.I love it.Sometimes he tried to please me by washing and clearing the dishes,and by making the bed even I'm the second one to get up in the morning.Maybe some people think that why do I have to bother with such small things,but indeed, it means world to me.

I asked my husband once at the beginning of our marriage,why he didnt show much of his love for me,i complaint of lack of attention and whatnot.(macam budak2 yang mengadu kisah hidup tak sama macam fairytale yg dibaca) and he said to me ..

"tak tunjuk ,tak bermakna abang tak sayang.bagi abang masa,abang cuba....insya Allah"

And now after two years,i can see that he changed so much compared to the past when we're newly wed.He's fulfilling my wishes,slowly.

If you think that being a med student makes my husband's a boring person,i admit that at certain point, he is!Whenever he started focusing on study,u'll be surprise on how much he can concentrate without bothering about his surrounding for as long as he likes! I swear I have to repeat my question 3 times everytime i ask him something while he's studying.Unless the house is on fire,u'll never get his attention.

But still, i love him.

He looks serious and strong outside, but soft deep inside.
He loves to play hide-and-seek.(of course i'm the one seeking)
He hates western food and shopping, but i love both.
He likes tomyam so much,but i cant even have a sip of it.
He loves spending money on unnecessary things,but i'm abit stingy (kot)
......the list goes on...

He completes me. We completed each other.I love u.

Happy upcoming 2nd Anniversary,abang Amir!

Monday, April 26, 2010

Assalamualaikum..

Lama tak tulis kan. Alhamdulillah dah habis midterm selepas sebulan hempas pulas tiap2 minggu exam.Alhamdulillah.. syukur.Boleh rehat sikit dari sebelum ni.Mana nak kejar kuiz, kena soal dengan doktor di klinik dan juga exam tiap2 minggu.Alhamdulillah, lapang dada sikit.Boleh lah nak start study untuk final sikit2. Sikit-sikit lama2 jadi bukit jugak. Persoalannya,cukupkah sebulan untuk 10 subjects? insya Allah where there's a will there's a way.

Alhamdulillah juga hari ni recall untuk patient complete case untuk klinik Perio.Percaya atau tidak, hampir perlukan 4 appointments untuk habiskan scaling dan root planing untuk pesakit ni. Dan dari awal sehingga hampir akhir sem hanya makcik ini sajalah pesakitku. Satu perjalanan yang sangat panjang untuk menghabiskan setiap bahagian mulut pesakit tu.Alhamdulillah,akhirnya mampu juga menarik nafas lega setelah diberi green light oleh doktor untuk dismissed pesakit tersebut.Makcik (patient) tu sangat baik.. siap bawakan buah zaitun dan minyak zaitun sbg hadiah.Kata partner arab, mungkin makcik tu yang buat sendiri minyak tersebut.Lagila rasa terharu.Malu pun ada.Alhamdulillah,ada jugak satu complete case.
Banyak entry yang pending dalam draft sebenarnya,tapi malas nak sambung.Dah lama tak menulis,tangan jadi malas nak menaip...

Bulan April dah nak sampai penghujung,bulan Mei dah nak menjelma.Bulan yang sangat ditunggu,menandakan anniversary dah nak sampai.Pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun kami berkahwin.Alhamdulillah,segala puji kepada-Nya.Amir dikurniakan di kala aku perlukan seseorang untuk menjadi penyokong. Tidaklah bermakna keluarga tak mencukupi,tetapi kehadirannya menambahkan lagi kekuatan untuk teruskan jalan ini.Alhamdulillah..

Menghadapi clinical life bukanlah sesuatu yang mudah. Selalu aku persoalkan kelemahan diri ketika bersendirian,terutamanya ketika berjalan pulang ke rumah.Mengingatkan kelemahan yang dilakukan di klinik, rasa sangat kekurangan diri ni .Mampu kah nak menjadi doktor gigi yang baik? Namun aku bersyukur,Allah ada untuk bagi kekuatan dalam pelbagai bentuk.Diberinya aku suami dan ibu bapa yang tak putus-putus memberi semangat.Amir tak pernah penat untuk mendengar masalah dan kesilapan yang dilakukan, dan juga tak pernah kering idea untuk mengajak aku berfikir mengapa kenapa dan bagaimana nak menguatkan diri,mengingatkan aku mengenai ayat dari surat Ar-Rahman yang menjadi surah yang digemarinya tika mengimami solat - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? - ayat 13 surah Ar-Rahman.Alhamdulillah,Allah memberi ujian tanda kasih-Nya.Kurangnya satu perkara tak menandakan kita patut melupakan nikmat-nikmat lain yang tak pernah putus dikurnia-Nya.

Tiket untuk pulang ke Malaysia Ramadhan akan datang dah dibeli.Insya Allah,moga Allah permudahkan urusan kami semua.Moga raya kali ni dapatlah aku cium tangan abah mama umi selepas 4 kali raya tak dapat bersama, ditambah pula raya pertama bersama suami di Perlis. Double happiness.Alhamdulillah..


Ni bukan sesaje jalan jali sambil pakai name tag,tapi ni waktu rotation surgery di hospital Jerash.Alang-alang dah sampai sana, pergi lawatan sambil belajar pulak di Jerash.Bila nak p dua orang dengan kite? T-T

Friday, March 12, 2010

Cerita Lama

Hari ni nak tulis entry ke-2.

Lama juga bersembang dengan kawan-kawan sekolah menengah.Gali cerita baru dari mereka.Juga mendapat khabar mengenai result SPM yang keluar semalam.Tahniah buat yang berjaya.Dah ada sistem baru rupanya ye.A+ A-.Sememangnya lagi sengit nak mendapat tempat untuk biasiswa sekarang ni. Tak apalah,untuk yang bakal ambik SPM,berusahalah bersungguh-sungguh.Jangan lupa kuasa doa dan usaha.Insya Allah,Allah akan bantu hamba-hamba-Nya yang meminta.

Ha dek kerana bersembang pasal kisah lama tadi,arini nak tulis pasal cerita lepas SPM.Selesai saja SPM 2005,apa lagi masing-masing sibuk daftar kelas memandu nak ambik lesen kereta.Termasuklah tuan punya blog.Macam saya,sedari tingkatan 4 waktu ambik lesen motor pun saya ambil di Ilmu Pandu,bila lesen kereta juga saya ambik di sana.(Sarah,if u're reading this,kita start rapat dari awal ambik lesen moto kat IP,ingat tak)
Alhamdulillah lepas ramai-ramai dah pass lesen kereta,mula laaa episod panjang langkah berjalan ke hulu ke hilir tak cukup tanah negeri Perlis.

Setiap petang konfem masing-masing tak senang duduk,dah msg dah nak keluar ke mana hari ni,dengan kereta sapa.Selalunya pergi Kuala Perlis makan bihun sup,jalan tepi pantai yang tak berapa nak rupa pantai tu,pergi jalan ke Arau,jalan jalan kat highway dan tempat lain yang saya tak berapa nak ingat.Satu geng tetap yang keluar petang-petang tak lain tak bukan, saya,Sarah,Ayu,Ojah dan Dibah.Cukup satu kereta.Lepas Asar terus keluar,Maghrib terus balik.

Teringatnyaaa..



Bila masing masing dah dapat result dan tawaran ke pusat pengajian tinggi,masa itulah masa yang paling sedih bagi saya.Kawan-kawan saya yang mana menjadi 'semangat' saya,setiap hari berjumpa untuk tempoh lebih kurang 3 bulan,seorang-seorang bakal meninggalkan kampung halaman untuk mula belajar.Saya berubah menjadi seorang yang vulnerable,yang tak mampu menerima hakikat yang saya bukan lagi pelajar sekolah.Hampir setiap hari menangis mengenangkan hari-hari terakhir bersama Ayu,Ojah,Sarah,Dibah yang masing-masing mula dulu pengajian daripada saya (tarikh pendaftaran di shah alam agak lambat kalau tak silap saya).

"i noticed from your eyes that u've been crying lately," kata abah saya.

kalau tgk gambar-gambar ni memang mata lain,hehe.Kenangan.



Cepat sungguh masa berlalu,sekarang saya sudah di tahun ke 4 pengajian di sini,ayu dan dibah (tahun 3 dan 1) di puncak alam, sarah juga di uitm dan ojah di usim.Masing-masing sudah nak melangkah ke tahun akhir pengajian tak lama lagi.Moga Allah permudahkan..

Now i know why Jason Filardi wrote 17 again.

Tak jadi,Beg Mahal

Assalamualaikum..

Yes hujung minggu datang lagi.Sepatutnya pergi jalan jali dengan kawan-kawan ke Wadi Rum dan Aqabah,tapi tak ada rezeki.Tak apalah.insya Allah lain kali moga berkesempatan juga pergi ramai-ramai.Memang excited nak pergi sebenarnya,tapi di akhir minit terpaksa tukar fikiran bila ramai pula yang menarik diri.Saya sebenarnya bukan excited nak melawat atau sightseeing,tapi lebih kepada seronok berjalan ramai-ramai bersama rakan2 dentist saja.Melihatkan ramai yang tak dapat serta, hilang perasaan itu.Mintak maaf sangat-sangat kepada rakan yang menganjur.Betul-betul maaf..Saya harap rakan-rakan yang pergi enjoy sebaik mungkin rehlah ke sana.Moga selamat semuanya perjalanan i.Allah..



Tak ada jodoh kita,Wadi Rum

Dah tak jadi pergi jalan-jali tu,rutin saya menjadi seperti hujung minggu yang biasa.Basuh baju dan iron baju untuk seminggu sekaligus.Cuaca di luar panas,dah macam di Malaysia dah.Mungkin sebab perubahan cuaca agaknya,rasa nak demam dan tak berapa sedap badan.Moga Allah kuatkan saya,insya Allah..Risau juga,teringat kali terakhir demam teruk,sewaktu beberapa bulan sebelum berkahwin dengan abang Amir.Teringat bagaimana susahnya kawan-kawan menjaga saya,terutamanya Mimi.Hanya Allah saja yang dapat membalas jasanya.Kawan yang sangat baik sepertinya memang sukar dicari.Alhamdulillah..

Kerana hampir 2 minggu diberitahu mengenai rehlah yang saya ceritakan sebelum ni, dek kerana excited,saya dah pun membuat bajet untuk dibelanja di Aqabah.Akan tetapi bila tak dapat pergi,mulala tangan rasa gatal nak berbelanja duit yang sudah dibajet.Sabar...sabar.. mujurlah duduk di Jordan ni tak terpengaruh dengan budaya online shopping.Sekurang-kurangnya tiadalah sumber shopping di hujung jari,hehe.

Cakap pasal shopping,i've been eyeing on this for long time..

RM6,200
Tapi dalam mimpi sajalah.Bagi saya,banyak lagi handbag brand yang lain yang seratus dua boleh dibeli.Maaf,ini mungkin hanya opinion saya.Saya tak bermaksud nak menyindir orang lain yang mampu beli handbeg harga besar-besar sebegini.Bak kata orang, kalau pendapatan rm2,000 tapi beli roti rm200 itu membazir namanya,akan tetapi bila pendapatan rm20,000 tapi beli roti rm200 itu bukan membazir,tapi mampu.Macam tu jugaklah bagi orang yang mampu beli handbag.Datang dari keluarga yang sederhana,saya tidak diajar untuk berbelanja besar untuk barang sebegini. kalau yang fake punya mampu kot?

Oklah,dah asar ni.Jom solat.

Friday, February 26, 2010

Jumaat

Assalamualaikum..

Hari ni 12 Rabiulawal...saya ucapkan Salam Maulidur Rasul.Jom perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam.Ingat,bukan hari ni saja sepatutnya kita perbanyakkan selawat mengingati baginda,tapi hari-hari seterusnya juga selagi umur masih ada,insya Allah.

Hujung minggu datang lagi.Hari yang ditunggu-tunggu.Banyak juga kerja yang menunggu hehe.Alhamdulillah dari pagi tadi dapatlah saya selesaikan kerja-kerja rumah yang perlu dibuat.Ada lagi yang pending.Tak apalah,pelan-pelan.Bukan bermaksud untuk bertangguh,tapi tak mahulah cuti saya berlalu di dapur dan bilik air saja.hehe

Selasa depan birthdate buah hati saya.Jenuh juga fikir apa nak bagi sebenarnya.Tapi alhamdulillah dah dapat ilham nak bagi apa.Pergi tengok dan beli ja belum. Mimi,bila lagi nak teman nida ni?hehe

Nota bertimbun-timbun,bergeraknya perlahan.Saya rasa tempo study sejak mula sekolah ni terlampau slow.Mungkin sebab saya terlampau manjakan diri sewaktu cuti yang lepas,naik sekolah sekarang dah liat nak bergerak study ni.Salah saya.Perlu ubah serta merta tabiat buruk ni,tambahan pula Ahad akan datang dah masuk minggu ke 3 sekolah.Selalu diperingatkan suami,supaya saya menjadi seorang yang lebih organized bermula dari sekarang.Sekarang masih berdua,belum lagi bertiga dan seterusnya.Ya Allah,permudahkan lah...

Oklah,mintak diri dulu.Selamat berhujung minggu..

Wednesday, February 17, 2010

Monday, February 15, 2010

Mula kelas

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni masuk hari yang ke-3 sem baru.Tak ada apa yang menarik,masih lagi sama seperti klinik-klinik sem lepas.Skill untuk bending wire pun masih tak berubah..Tak pandai-pandai hehe.Apapun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Moga hari ini lebih baik dari semalam,dan hari esok lebih baik dari hari ini,dan seterusnya insya Allah..

Semalam dapat berita yang group kami ditukar ke kelas section 1.Berat juga rasa hati,sebab dah mula jatuh cinta dengan jadual sedia ada sekarang ni.Kekosongan pada pagi Ahad memang satu perkara yang saya sukai.Tapi perancangan Allah lebih baik.Saya terima dengan hati yang terbuka.Balik sekolah,saya ceritakan perkara ni kepada suami,yang mana saya tak berapa suka sebab jadual section saya ditukar.Memang bunyi seperti merungut.Terus diingatkan suami yang Allah bagi ujian yang kecil pun dah rasa nak merungut,orang lain tak ada kaki tak ada tangan macam mana hidupnya?Astagfirullah,saya malu dengan diri sendiri.Difikir-fikirkan balik pun,sebenarnya benda ni bukanlah satu benda yang menjadi masalah yang patut dibawa sampai ke tidur.Saya terima dengan redha.Moga Allah permudahkan saya,suami dan rakan-rakan,insya Allah.

Pagi tadi dapat tengok gambar 1st klinik Perio sem ni,Mimi upload.Wah masing-masing muka gembira.Semalam 1st time juga dapat patient periodontitis.Selama ni selalunya gingivitis saja.Alhamdulillah pesakit kali ni sangat sporting.Tak merungut nak balik dan etc.Bila ditanya sakit atau tidak, dikatanya "walaupun ada sakit atau tidak,saya nak juga diteruskan " sambil tersenyum.

Semalam dalam perjalanan balik dari DTC ke rumah,sambil berjalan kaki otak ligat berfikir nak masak apa untuk suami.Sampai di rumah,bau wangi menusuk hidung.Rupanya suami dah masak telur masak lemak dan ayam masak kicap.Kesian pula pada abang Amir,sepatutnya saya yang masak untuknya.Mungkin kerana lewat saya pulang,jam hampir 4.45 dah waktu sampai di pintu rumah.Suami pulang awal kerana perlu ke klinik waktu tengahari semalam.Sempat juga saya temankan buah hati saya tu di klinik sebelum masuk ke kelas.

Oklah,saya terpaksa berenti dulu.Perlu siap-siap ke kelas.Insya Allah nanti cerita lain menyusul.

Thursday, February 11, 2010

Penghujung

Assalamualaikum..



Rasanya baru hari tu merungut bosan bila hari pertama cuti.Sedar tak sedar,ahad yang akan datang bermulalah semester baru untuk pengajian tahun 4 ni.Alhamdulillah..Moga Allah beri kekuatan dan kejayaan kepada kita semua,insya Allah.Pejam celik juga dah masuk pertengahan Februari.Rasanya baru semalam bertungkus lumus di awal Januari untuk exam final Radiology.Masa memang berlalu dengan sangat pantas.Antara tanda akhir zaman..



Batchmate yang pulang ke Malaysia mungkin sudah sampai agaknya di Jordan.Hampir 5 minggu di Malaysia,mesti pulang ke Jordan dengan kenangan manis.Kawan-kawan yang ke Mesir dan Syria juga dah balik agaknya.Tak sabar nak bertemu semula,hampir sebulan tak ketemu.




Tadi pagi telah ditagged gambar timetable Semester 2 oleh Mun.Alhamdulillah,saya gembira dengan jadual baru sem ni.Ahad pagi tak ada kelas,hanya klinik di petang hari.Itu pun start pukul 1.30.Moga waktu senggang yang ada tu digunakan sebaiknya.Waktu mula-mula tengok jadual tadi,ada yang kelas dari pukul 12 sehingga 1,terus terfikir bila masanya nak solat dan makan.Terus dijawab abang Amir "Bawak bekal coklat sebiji sudahla.Cuba fikir positif,nilah masanya untuk kurus".Baiklah,saya terima dengan juraian air mata. (hyperbolik)



Ramai juga yang bertanya samada bosan atau tidak 5 minggu dihabiskan duduk di rumah.Susah juga nak dijawab,sebab bagi saya masa berlalu dengan sangat cepat.Bangun pagi siapkan sarapan suami,lepas kiss and waving him goodbye ,kemas apa yang patut dan mengadap internet.Mujur ada kawan saya yang kebetulan cuti 3 bulan di Australia,hampir setiap hari dihabiskan bersembang di YM.Ada saja benda yang nak disembangkan.Maklumlah lama tak jumpa.Lagipun sedari dulu saya tak pernah mampu bersembang panjang dengannya,penat dengan kelas barangkali.



Disebabkan cuti saya dan suami yang sudah tak mungkin coincide with each other (selain cuti raya), saya tak menaruh harapan yang tinggi sangat untuk travel ke mana-mana tahun ni.Tak apalah,saya tak mahu dianggap merungut.Lagipun saya tak kisah duduk di rumah.Wah,cuba jadi family woman =) .Cuma dari awal cuti dulu saya merungut-rungut nak pergi shopping di Amman dengan suami,akhirnya minggu ke 4 cuti baru dapat pergi.Alhamdulillah lah sale tak habis lagi,kalau tidak memang saya mogok lapar 2 hari. =)



Cakap pasal Amman,pergi dengan abang Amir memang sangat ekspres.sampai pukul 11.30,pukul 2.30 dah keluar Mecca Mall.Sampai Irbid dalam 4 lebih.Selalunya pergi dengan Mimi memang kurang-kurang pukul 4 baru nak balik.Lepas ni tak bolehla nak bagi alasan tak cukup masa nak masuk semua kedai pada suami,andai kata pergi dengan Mimi lagi.Ampun ye bang hehe.



Ok,dah azan isya'.Jom solat.

Wednesday, January 20, 2010

Happy


Those 2 above pictures were taken 4months in between each other,the first one was taken on May 08 and September 08 for the latter.Well,i dont think i can blame the wrong photograpy technique (eventhough the 2nd photo was taken only by 3.2mpx phone camera) and yes people, i turned my husband from being kurus keding to a cute man like a new-born baby.And all that can happened only in 3 months,give or take.

Ok,u dont have to remind me.I know the above statement can also be applied to me. =(

I'm tired of being bribed with "u're not fat,u're just being happy being a married-woman" statement everytime im complaining to others about myself.And i need to start my 1-km on treadmill today,i guess (tapi baru 25om dah semput).And my husband even asked me to practise the 10-kgs dumbell that belongs to him.Tak tipu,memang 10kg,angkat 2 kali memang confirm surrender.

Eh,maybe i'll start tomorrow,at least after i finished munching my whole packet of kerepek. hehe

For abang Amir,u're getting more handsome day by day and the good-looks in you will never vanished.Trust me.And u'll never missed every morning before u're off to hospital with owhmyGod-why-u're-so-gorgeous stare from ur wifey.Even if Brad Pitt standing next to abang Amir,i'd still be drooling over you,my baby-hubby.Love u.

Saturday, January 16, 2010

Cuti Lagi

Assalamualaikum..

Hari ni rasa hati nak tulis panjang-panjang.Tapi tak janjilah kalau terputus idea di tengah jalan. =) Nak mulakan dengan cerita yang mana satu?

Alhamdulillah suami tersayang dah pun habis rotation Surgery,dan juga dah selesai OSCE dan mini OSCE.Paediatric pula yang bakal berkunjung untuk beberapa pulan seterusnya.Moga dipermudahkan Allah,sayangku.Bila cinta hati habis exam hari selasa yang lepas,adala masa cuti bersama dari rabu sampailah hari ni,hari sabtu.Sempat juga keluar shopping baju kemeja baru untuk abang handsome sorang ni.Yalah,asyik ulang 5 6 baju yang sama.Kesian jugak tengoknya.Datang sini belum pernah beli kemeja yang baru semenjak kembali dari Malaysia.Nak mencari yang sesuai dengan jiwa memang susah sikit untuk abang Amir ni,suka yang jalur-jalur warna pudar.Isu ni memang boleh buat gaduh-gaduh manja dalam kedai lah hehe.Si suami tak nak warna pink atau ungu,tapi nak dikatanya kuasa seorang isteri ni,dapatlah jugak saya lembutkan hati beliau untuk warna-warna yang agak manis,sesuai untuk orang berkulit rosey macam intan payung saya tu.

Credit to KJ BECKETT

Bila abang Amir cuti,tak adalah saya sunyi sangat di rumah.Riuh jugak rumah walaupun 2 orang saja.Nak masak pun bersemangat sikit.Semenjak cuti ni,naik selera abang handsome tu,mintak nak makan kuih macam2.Puding kastard,pau goreng,tat telur.Sekarang ni dok teringin apam balik.Saya ni dahla tak berseni,dimintaknya benda yang bukan-bukan.Kita makan cucoq sudahla bang ye,kita buh jagung jadi rasa apam balik hehe.

Besok kembalilah saya ke rutin cuti-yang-panjang-tapi-sunyi.Abang Amir dah start kelas,keseoranganlah saya kembali.Cerita pun dah habis.Nak mengait?Thank you,but I think I'll pass hehe.Sekarang ni pun saya rasa sunyi sebab suami keluar potong rambut.Memang mengada-ngada tapi nak buat macam mana,cerita pun dah habis dah tengok.Dah tak ada stok dah nak tengok cerita,almaklumlah dah seminggu lebih cuti.

Hari ni sebab hari cuti last abang Amir ingat nak mengada-ngada ajak dinner kat luar.Tapi tiba-tiba ada kerja lain pulak,terus tak jadi Tak taulah abang nak cancel program abang untuk kuar dating dengan sayang hehe .

Tengok,sekarang dah tak ada idea.

Oklah,jumpa lagi nanti.insya Allah.