Sunday, July 10, 2011

Sirih Pulang ke Ganggang

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, hari ni masuklah hari ke-4 saya menjejakkan kaki di Malaysia. Kali ini bukan sebagai percutian utk sebulan dalam setahun, yang berterusan sejak 4 tahun yang lepas, tetapi sudahpun kembali menetap di Malaysia. Alhamdulillah ala assalameh. Perjalanan yang panjang dipermudahkan Allah, rasa mual dan loya tak datang dengan teruk. Mungkin rasa sedih dan rindu lebih kuat daripada rasa sakit menahan alahan,hehe. Jordan telah saya tinggalkan, yang mana telahpun boleh dikategorikan sebagai memori yang boleh saya simpan kemas dalam ingatan. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah untuk berkunjung ke sana lagi,mudah-mudahan. Terutamanya tahun depan, untuk meraikan kejayaan abang Amir (insya Allah! doa untuk kanda) pada tahun depan.

Rasa sedih belum hilang sepenuhnya, namun alhamdulillah tidaklah saya jangka saya sekuat ini. Semuanya dari Allah. Jiwa yang berada di dalam rahim ini sebagai pendidik. Saya perlu kuat. Untuk suami dan anak saya. Moga keberjauhan saya dan suami ini menjadikan saya lebih berdikari insya Allah. Berdikit-dikit untuk buang rasa selesa seperti sebelum ini.

Pulang ke Malaysia alhamdulillah saya ada selera untuk makan, tak seperti di Jordan. Dan alahan juga berkurangan. Cuma kalau dibiarkan perut kosong memanglah agak teruk rasa loya tu. Bayangkan pukul 2 pagi terjaga, semata rasa angin naik tekak.. 'Terpaksa' lah makan hehe. Fizikal saya masih belum adapt sepenuhnya untuk waktu Malaysia.Tidur masih tak lena, dan waktu tidur memang dah kucar kacir. Tak apalah, perlahan-lahanlah. Semuanya ambil masa.

Besok adik-adik mula sekolah, agak sedih sebab terpaksalah duduk seorang diri di rumah. Kan dah mengimbau kembali zaman tunggu result spm dulu hehe. Cumanya sekarang saya dah berkahwin, dan nak jadi mak dah pun.

Semoga abang Amir sentiasa tabah berseorangan di sana. Tak lama dah abang nak balik ber elektif di Perlis. Dalam kiraan saya insya Allah 6 kali Jumaat lagi sampailah dia. Gigih menghitung hari...