Thursday, August 18, 2011

Cerita baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kita dah berada di 19 Ramadhan. Besok bermula fasa 10 terakhir di madrasah ini. Amalan kita makin bertambah atau tidak? Persoalan yang hanya diri sendiri mampu terjawab. Semoga segala amalan kita diterima Allah. Insya Allah.

Seminggu tidak berupdate. Alhamdulillah saya sihat. Sepanjang minggu ni agak sibuk ke hulu ke hilir dengan beberapa urusan. Alhamdulillah urusan medical check up, akuan sumpah dan registration kwsp dan selesai. Siap daftar mengundi di tempat yang sama. Seterusnya urusan ke beberapa bank yg perlu saya selesaikan, seperti kemaskini akaun dan sebagainya. 2 kali juga minggu ni pergi berurusan di Alor Star,menguruskan hadiah baru,rezeki dari Allah.Alhamdulillah, trima kaseh kpd abah yang menghadiahkan. Tak mampu saya beralah utk tidak menerima.

Hari ini suami bakal bertolak dari Jordan ke Malaysia, transit selama 6 jam di Abu Dhabi. Insya Allah besok bakal sampai di Malaysia. Rasa segan pula bila memikirkan saat nak bertemu bila dah lama tak berjumpa hehe. Ini fatrah paling lama setakat ni kami berjauhan. Ini hanya latihan, selepas ini wallahua'lam, mungkin 8 bulan baru berjumpa. Saya sudah bersedia. Semoga Allah beri kekuatan insya Allah.

Semoga Allah berkati segala rezeki yang dikurniakan ini. Amin ya Rabb..

Thursday, August 11, 2011

Fasa Kedua

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah sampai 12 Ramadhan. Dah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan.Memang cepat masa berlalu. Pejam celik dah nak sampai pertengahan Ramadhan. Saya beginilah, banyak habiskan masa di rumah. Tak kemana sekiranya nya tak ada tuntutan.

Ada juga kawan-kawan yang ajar keluar di siang hari, namun terpaksa saya tolak baik-baik sebab tak mampu nak jalan jauh siang-siang,mudah rasa lembik. Kalau malam lepas tarawikh bolehlah, tapi tu pun dah jauh malam. Tak apalah, tunggu suami balik, tak lah rasa janggal nak ke mana-mana. Tak perlu nak fikir masalah loya sewaktu memandu atau masalah nak cari parking. Perlis belum pun jadi bandaraya, tapi kalau nak ke pekan untuk urusan apa-apa, dalam nak mencari parking memang menguji kesabaran.

Selasa yang lepas, usai solat maghrib saya dan kawan-kawan sekolah menengah keluar berbuka bersama-sama. Ya Allah, rindunya gelak ketawa tu. Kawan-kawan juga masih tak berubah dari sekolah menengah, maksud saya dari segi kemesraan tu. Bersembang dan makan like no one's bussiness, tengok2 dah 10 lebih.Bila lah lagi nak berkumpul macam ni, lepas ni masing2 dah berkerja memang susah nak set masa berjumpa. Ada kawan yang dah start dapat surat posting, ke Sabah. Memang jauh, entah setahun sekali baru boleh berjumpa. Tapi tak apa, dah banyak elaun tu boleh la balik selalu. hehe. Kawan-kawan yang lain juga masih menunggu posting seperti saya, kita hanya mampu tunggu dan berdoa.Lets pray for the best! Kalau nak tengok kat mana dan apa yang di makan haritu, boleh singgah blog kawan saya di sini, ada gambar dan review. Dia ni food blogger, kalau nak tgk blog dia kena tahan lah, tambah2 di bulan puasa ni. hehe

Semalam, Khamis (11hb ogos) ada appointment dengan doktor. Nak menunggu dalam sejam setengah juga, tapi nak berjumpa doktor tu makan masa sekejap aja.hehe. Alhamdulillah semuanya ok. Saya di schedule kan utk ultrasound lepas raya nanti, alhamdulillah bolehla tengok bersama suami. Insya Allah suami bakal pulang minggu depan (19hb). Tak sabar rasanya. Minggu depan nak settlekan semua baki urusan yg tinggal, supaya boleh pulang ke Jerteh denga n rasa aman. Semalam sewaktu ke klinik, saya hanya berseorangan.Yalah, semua orang kerja dan sekolah. Nak ajak kawan-kawan teman pun rasa awal sangat, pukul 8. Tiba di klinik, saya tengok 100% wanita mengandung ke sana memang berseorangan tanpa suami. Memang normal kot kan?hehe.

Hari ni ingat nak ke bank, tapi memandangkan rasa mual teruk dan asyik nak ulang ke bilik air aja, saya batalkan aja kot niat saya. Tengoklah macam mana petang nanti insya Allah.
Selamat beribadah!

Sunday, August 7, 2011

Puasa ke 8

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah menginjak Ramadhan ke 8 hari ini. Moga saya kuat untuk berpuasa sepanjang hari ini,di samping menunaikan ibadah-ibadah lain juga insya Allah.

Tak banyak yang nak diceritakan, memandangkan hidup saya sekarang berkisar di dalam rumah saja. Kalau tak ada urusan penting atau diminta tolong abah utk ambil adik-adik di sekolah atau tuisyen, memang tak kemanalah saya.

Tahun ni giliran kaklong dan kakngah pula raya di Perlis, dan saya raya di T'ganu. Mesti meriah raya di sini tahun ni. Terengganu pun tak kurang meriahnya, semua ada berkumpul. Raya pertama bukan sebagai seorang pelajar lagi. Dan tahun depan insya Allah bakal beraya bertiga. Tak sabar rasanya. Melihat ada rakan sebaya yang dah masuk 3 orang anak, membuatkan saya rasa 'tak muda' lagi untuk menjadi seorang ibu muda. hehe. Namun rezeki, jodoh dan ajal bukan tugas kita, segalanya dari Allah. Cepat atau lambat tidak menjadi soal, pokoknya segala yang datang adalah yang terbaik dari Allah. Segala puji hanya milik-Nya.

Progress di minggu ke 13, alhamdulillah masih kuat untuk berpuasa, walaupun ada yang lopong dek kerana hampir pitam. Morning sickness masih ada, walaupun dah makan ubat anti-nausea,masih tak berapa jalan, tapi berkurangan alhamdulillah. Baju masih muat, kerana perut tak berapa berubah lagi. Tapi dah dapat rasakan waistline saya membesar walaupun dalam keadaan berat yg turun. Paras ketone dalam urine test yg terbaru pun dah negatif alhamdulillah. Cukup air alhamdulillah. Kalau berterusan macam haritu, alamatnya masuk wad lah saya (nauzubillah).Mungkin sewaktu urine test yg pertama dulu dilakukan sewaktu hari ke 2 berpuasa, di mana ketika berbuka pada hari sebelumnya saya hanya makan nasi 2 3 suap dan air yg sedikit,paras ketone pun jadi tinggi. Alhamdulillah sekarang apabila dah seminggu berpuasa, dah mampu nak makan secara betul dan minum air yang secukupnya.

Khamis ni sepertimana yg saya ceritakan haritu, ada appointment dengan doktor di klinik kesihatan utk ibu hamil. Dan waktu ni jugalah akan di'schedule' untuk ultrasound. Saya harap tarikh tu suami dah ada. Dia sangat excited nak tengok baby. Kalau katakan tak sempat pun boleh pergi private klinik nak buat US sekali lagi insya Allah.

Cakap pasal suami, beliau pulak mengidam sekarang ni. Nak makan nasi kenduri. Kesian pulak. Mana ada dijual nasi kenduri. Kalau nak makan nasi dagang ke nasi ayam hainan ke, boleh la nak dibeli hehe. Nanti la insya Allah bulan Syawal ni mesti banyak kenduri kahwin. Cedoklah puas-puas nanti hehe.Kesian pula setiap kali fikirkan apalah yg dimakan waktu berbuka puasa. Puasa terakhir kami bersama di Jordan adalah sewaktu 2009. Tahun lepas, hari pertama Ramadhan, suami saya berlepas pulang ke Msia, tak sempat berbuka bersama di sana. Tahun ni pula, giliran saya di sini. Tak apalah, sempat juga berbuka bersama-sama tahun ni di Malaysia insya Allah. Semoga abang Amir menghargai Ramadhan terakhir nya di Jordan, insya Allah.

Selamat beribadah!






Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke 5

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dah hari ke 5 Ramadhan. Pejam celik dah hari ke lima kan. Rasa macam baru semalam start terawikh untuk malam 1 Ramadhan. Memang masa bergerak pantas. Harini pun dah jumaat. Tak la sunyi sangat kalau adik-adik balik sekolah awal macam hari Jumaat, pukul 12.30 dah balik. Kalau hari biasa, masing-masing balik pukul 2.30-3.00 petang, merasalah duduk sorang-sorang dari pagi sampai petang.

Semalam offer letter dari SPA dah sampai. Kena buat medical check up,akuan sumpah bla..bla. Alhamdulillah petang semalam juga saya ke klinik kesihatan untuk booking tarikh medical check up. Rupanya boleh buat terus in one go. Alhamdulillah, cuma 15hb ni kena pergi balik untuk appointment dengan doktor utk lengkapkan borang. Lepas ni tinggal nak pegi buat akuan sumpah dan register kwsp insya Allah. Minggu depanlah saya fikirkan. (Dengan penuh harapan surat KKM sampai lepas raya, amin ya Rabb!)

Bersyukur Ramadhan kali ini dapat disambut penuh di Malaysia, biarpun agak sedih tanpa suami. Tak apalah, tahun depan bakal datang dengan kegembiraan insya Allah. Nikmat dari Allah yang tidak putus2 sekarang alhamdulillah,sangat bersyukur. Moga segalanya dipermudahkan Allah selalu. Hanya kepada-Nya kami bertawakkal..

Dah masuk hari ke 5 puasa, tidak pernah satu hari pun saya berkunjung ke pasar ramadhan. Mungkin sebab tak larat atau tak semangat, selalunya ke sana bersama suami. Nanti mula la nak rasa sedih. Orang mengandung memang emosi, tapi tak boleh layan sangat hehe. Semua tugas beli kuih diserahkan pada yg pakar, abah saya. Ya Allah, selagi tak cukup RM15 nilai kuih, memang abah saya tak berenti beli. Bayangkan yang nak makan hanya 2-3 orang saja, kuih yg dibeli mencecah 45 biji (RM1= 3 biji kuih di Perlis). Abah saya ni bab makan atau mengidam, saya tak berani cakap sangat. Kalau saya katakan mengidam nak makan popia goreng, memang dia beli 12bijik untuk saya SEORANG. Kalau mengidam makan koteow sup, dia akan beli 2 bungkus untuk saya seorang sekaligus. Ya Rabb. Saya makan 3-4 suap pun termengah. Sebab tu sekarang tak berani nak cakap mengidam apa dah, nanti confirm ada yang buang besoknya.
Lepas tu kalau waktu berbuka, bila tengok ayam golek, mulala abah saya teringat menantu dia kat Jordan. Abang Amir memang suka ayam golek yg selalu dibeli waktu bulan puasa. Mulala risau menantu dia berbuka apa harini. Pastu berazam nak beli banyak-banyak bila suami saya pulang nanti. Abang Amir,sila take note. Bila abang balik konfem abah beli 2 ekor ayam golek hehehe. Merasalah abang makan seekor sorang.

Moga Allah beri kekuatan dan kemudahan kepada kita untuk melipat gandakan amalan di bulan puasa ini. Moga segala amalan kita diterima Allah insya Allah..


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, harini dah 3 Ramadhan. Masih kuat berpuasa alhamdulillah, walaupun muntah masih ada. Saya gagahkan juga. Selasa yg lepas dah masuk minggu ke 12 usia kandungan, alhamdulillah. Dan tadi kali pertama buat check up di Malaysia setelah 3 minggu pulang ke sini. Kesibukan sebelum ini untuk menguruskan hal lapor diri dan interview menghalang niat saya utk ke klinik desa. Alhamdulillah,dengan izin Allah segalanya telah selesai.

Dengan izin dan bantuan Allah, urusan lapor diri dan interview berjalan dengan mudah. Alhamdulillah, terima kasih banyak atas bantuan kaklong sekeluarga. Tak lupa juga buat kakngah sekeluarga. Memang kata orang, kalau nak dilayan tip top, kena la tunggu waktu mengandung. hehe. Memang terasa di sayangi. Walaupun suami berjauhan, sms ,telefon serta ym menjadi penghubung hari-hari. Tak lah ketinggalan khabar.Rasa sedih kalau teringatkan suami memang lah tak dinafikan, namun selalu diperingatkan utk mengisi masa-masa sebigini dengan solat sunat dan tadarus. Insya Allah,takkan sayang lupa, abang Amir.

Ujian darah yg sepatutnya beratur dan mengambil masa untuk sampai giliran, alhamdulillah dipermudahkan Allah, untunglah dapat ibu yg berkerja di Tabung Darah. Test dan results boleh buat dan print sendiri. Selesai dalam satu hari alhamdulillah. Minggu depan dischedule ke klinik kesihatan pula untuk mula appointment dengan doktor. Lepas ni sorang-sorang lah agaknya ke klinik memandangkan suami berjauhan. Kalau ada Mimi memang dah lama saya ajak kawan kesayangan saya ni hehe. Sekarang kalau nak kemana-mana, memang adik-adiklah yg menjadi mangsa. Nasib dah besar-besar, senang nak bawak ke hulu ke hilir. Tapi masalah juga nak heret anak-anak dara ni, nak bersiap bukan mainlah lama.

Bercakap tentang urine dan blood tests, alhamdulillah semuanya normal. Hb, glucose semua normal. Tapi ketone tinggi, menandakan kurang makan dan kurang air. Blood pressure juga normal alhamdulillah. Semenjak first check up di Jordan sehingga check up di sini hari ni, berat saya turun 4 kilo, tapi seperti yg dijangka, masih overweight. Hehe. Insya Allah kandungan kedua nnti moga dapat capai berat badan ideal insya Allah.

Takut juga memikirkan selera makan yg tak ada ni , bila berbuka kalau nak makan nasi memang berpeluh-peluh, tak boleh nak telan langsung. Makan kuih ajalah. Risau hari-hari fikir cukup ke nutrient baby ni, alhamdulillah dah beli susu utk ibu mengandung. B complex, folic acid dan iron mmg makan ikut schedule. Biasalah dah bulan puasa ni, masuk tengahari mula lah mual makin teruk. Kerja tak boleh nak buat langsung, asyik terbaring je. Alhamdulillah mama umi memang sangat sporting. Rasa nak menangis pun ada. Adik-adik pun memang penyayang, mudah minta tolong. Tapi perempuan kan tamak, saya nak kedua-duanya. Kehadiran suami dan juga family..

Insya Allah, 2 kali jumaat lagi sebelum suami pulang. Moga dipermudahkan urusan beliau, amin ya Rabb...