Saturday, February 4, 2012

Masih menunggu

Assalamualaikum wbt...


Masa berlalu sangat pantas kan. Dah 38weeks ++ dah saya membawa permata hati sulung dalam kandungan. Abang sangat excited, asyik ingatkan saya untuk bertanya baby dalam perut bila nak keluar hihi.Alhamdulillah, saya dah start cuti untuk bersalin mulai minggu depan, dan insya Allah bakal sambung semula bekerja pada 9 April nanti di klinik pakar. Sebak juga bila bersalam dengan semua org last day hari tu.. After a year baru saya bakal pulang ke primary care selepas selesai attach dengan pakar..

Cuti seminggu awal dari due date.. boleh bersiap sedia dan bertenang. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Pengalaman pertama bakal bergelar ibu... Tak dapat nak gambar apa yang bakal saya lalui. Doa saja yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Anak soleh mummy dan abi bakal tengok dunia tak lama lagi dah, insya Allah...

Sekarang ni bila dah dekat sangat dengan due date, saya tak berapa berani nak msg suami pada odd hours, takut abang risau saya nak sakit nak bersalin hehe. Ya lah, kali pertama pengalaman bergelar bapa dalam keadaan kami yang terpisah jauh, mesti malam suami tak tidur lena. Insya Allah, Allah sentiasa menjaga kita..

Sekarang dah cuti ni saya rajin la keluar cari makanan yang saya teringin, sebelum kena pantang macam2 ni. It's not everyday your husband and everybody around u (especially mama) pesan "eat eat, it's for the baby'. Hehe.. With sugar monitored, diet well controlled, i guess it's no harm to eat a little bit more sekarang. Bila kerja sangat jarang makan, dan berat turun. Nurse membebel kenapa berat turun when i should be gaining weight at least 0.5kg a week haritu. Dan berat dah turun 2 kg semalam berbanding 2 minggu lepas waktu anc di hospital. Kata orang tua, dah nak beranak la tu. I dont know whether it's a medical fact atau tidak, tapi selalu dengar macam tu.

Sekarang seminggu sekali teringin nak makan roti bom. Tak palah, baik makan sekarang before all you can eat is roti kering jacob''s. heheh.

Salam Maulidur Rasul. Jom perbanyakkan selawat..
Allahumma solli wassallim a'la saiiyidina Muhammad wa 3ala aali sayyidina Muhammad