Wednesday, June 3, 2009

Dugaan

Berita mengenai penangguhan 2 exam papers ke 17 dan 18 june menghentikan pandangan saya pada kertas nota yang dipegang."Ingatkan satu saja yang dipostpone."Terus saya teringat mengenai perancangan umrah yang bakal bertolak 17 June nanti.Tawakkal a'lallah.Moga masih dibuka pintu rezeki oleh-Nya untuk saya dan suami menziarah Tanah Haram.Apa saja saya serahkan urusan pada-Nya.Juga saya teringat akan rakan-rakan yang bakal pulang ke Malaysia untuk bercuti sebelum summer sem yang bakal dibuka.Tentunya tiket yang ditempah terpaksa ditunda tarikhnya.Tak mengapa, ada hikmahnya.

Semalam saya dan suami diuji dengan bekalan elektrik yang terhenti secara tiba-tiba.Pada waktu itu, saya baru saja menyambung plug periuk nasi sebelum meneruskan kerja di dapur.Sambil menyiap bahan masakan,lampu terus terpadam diikuti semua alat elektrik yang lain.Saya dan suami menyangka mungkin elektrik terputus satu bangunan.Namun selepas hampir sejam,saya tergerak hati untuk bertanya rakan yang tinggal di bangunan yang sama mengenai hal ini,dia berkata elektrik di rumahnya ok saja.Andaian awal saya dan suami salah rupanya.Terus selepas solat zohor,suami berjumpa tuan rumah,dan alhamdulillah masalah kami selesai.

Rupa-rupanya plug periuk nasi saya buat hal,plug penyambungnya rosak disambar elektrik sehingga cair.Patutla pada awalnya saya bau sesuatu benda yang terbakar.Tak apalah, nanti selepas exam kena tukar wire periuk yang baru di balad.Sudahnya sekarang ni terpaksala saya menanak nasi guna kaedah tradisional. =)

Moga hari yang mendatang dapat kita semua tempuhi dengan lebih baik,insya Allah.

4 comments:

the mujaddid said...

nida..rndu sma kmu..apa kaba kwn sorang neh?
misz u a lot

adrenida said...

alhamdulillahhhh sihat2 sajooo..salwa sihat ka?lama tak dengaq cita

miss RED said...

waah..ni ke kesah nye umah nini tak dok lektrik..cian nini...
waah..mira dah bookmark. nnt mira letak link kat blOg mimi tu ye cayang..

adrenida said...

haa sebab tu la mimi.nini tak sempat nak cita sebab tak jumpa huhu.ha baek mimi! for u thousand miles i run (tapi tak larat,tercungap hihi)