Monday, June 15, 2009

Rawak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah selesai satu lagi paper,Oral Pathology II.
Bermakna tinggal 2 sahaja lagi exam yang bakal dihadapi.Oral Radiology dan Biostatistics.
Selesai saja paper biostat,petangnya insya Allah bakal bertolak mengerjakan umrah.Doakan kami semua dipermudahkan perjalanan dan segala urusan di sana,juga selamat pergi dan pulang.Amin.

Selesai sahaja exam pagi tadi,terus pulang ke rumah dek panas matahari yang terik,hingga terasa 'berat' kepala dibuatnya.Mungkin panas itu hanya rencah sampingan sahaja kepada sakit kepala yang dirasai,ditambah pula subjek hari ini yang juga 'berat-berat' belaka materialnya.Segalanya saya berserah dan tawakkal kepada Allah.Mudah-mudahan saya,suami dan rakan-rakan dimurahkan rezeki oleh-Nya untuk mendapat kejayaan yang terbaik,Insya Allah.

Kata suami saya,selepas exam UGS hari ini,bolehlah dia 'melapangkan' diri sebentar sebelum menyambung study untuk paper terakhir,Ethics pada Khamis akan datang.Saya pun ikut sama melapangkan diri lah namanya.Selepas Maghrib,kami berdua keluar makan berdua di luar,satu perkara wajib seminggu sekali.Seronok juga ambil angin di luar,memandangkan rumah saya agak panas kerana satu sahaja tingkap yang boleh dibuka.Kurang pengudaraan dan agak tertutup.

Baru-baru ni,sambil jalan-jali di Friendster,terjumpa seorang kawan yang sebaya.(Kawan kepada kawan saya sebenarnya).Umur kami sama,dan dia juga mendirikan rumahtangga pada umur yang sama dengan saya,bezanya cuma sebulan.Dan alhamdulillah,sekarang dia telahpun bergelar ibu.Seronok saya lihat gambar-gambar bayinya.Comel.Tersedar pula diri sendiri yang juga telah berumahtangga,cuma satu langkah saja lagi untuk menimang cahaya mata.Insya Allah, ada rezeki kami nanti mudah-mudahan.

Tersasul sudah saya cerita.Idea lari sebenarnya. =)

Moga hari-hari kita sentiasa ceria, Insya Allah.

6 comments:

innani-HiDaYaH said...

anak first booking nama nurhidayah leh? hahaha~

innani-HiDaYaH said...

oo..lupa lak...gi umrah...doakan daku sama ek..
bilala nak smpai ni...

p/s: shh...shh...jgn bgtaw org lain taw, tapi doakan aku jumpa org yg sesuai ek...shh..shh...jgn bgtaw org lain taw.... =P

and jgn bgtaw zehan eh, tgh bertanding tgk spa dulu..

hehe =P

adrenida said...

insya Allah, aku tak lupa doakan kawan2 aku.tuan punya diri jangan lupa 'usaha' juga,doa moga yang terbaik buat kita.dayah,jangan lupa jugak doakan kami selamat semuanya insya Allah

innani-HiDaYaH said...

ye nida... doaku mmg sentiasa bersamammu

Byul said...

Tak tau pulak ang p cepat sgt kakak.
Maybe you're already OTW while I'm writing this comment?
Moga selamat semuanya.

pretending not to see Dayah's comments

adrenida said...

salam..adek zeh,alhamdulillah aku dah pun selamat sampai.ada buah tangan sikit kat ang.aritu kan sebut2 pasai mekah hihi.insya Allah nanti jumpa.salam