Saturday, October 24, 2009

Taugeh

"Hang ni tinggi sungguh no, mesti hang suka makan taugeh kan?"

Itu adalah ayat biasa ditanya kepada saya dari sekolah rendah lagi,sampaila sekolah menengah.Mula-mula bergaduh jugak nak jawab,sebabnya dari kecik memang saya takkan makan langsung taugeh.Memang tak suka,tak kiralah taugeh layu ataupun taugeh fresh.Kalau orang cakap tinggi sebab suka makan kacang panjang tu kira masuk dek akal jugakla,sebab memang saya boleh makan.Taugeh?Memang tak kena cara.




Waktu zaman sekolah menengah,jika ada gap antara waktu habis sekolah dengan sebelum mulanya kelas tambahan, semestinya kuar satu geng ke kedai makan di luar.Almaklumlah,sekolah tengah-tengah bandar Kangar,dekat pulak dengan kedai-kedai makan,jadi tak menjadi masalah perut lapar dan sebagainya.Boleh saja sebenarnya makan di kantin,tapi jika anda seorang yang tidak kisah untuk makan nasi keras (keras as in keras sangat-sangat) dan berlaukkan hanya ikan bilis goreng dan kuah sambal, silakan.Oh,saya bukanlah seorang yang suka memilih,kadang-kadang makan sajalah nasi keras berlauk ikan bilis tu.Tapi kalau tiap-tiap hari kelas tambahan ,sakit jugaklah makan nasi sebegitu.

Jadi,selalu kalau keluar makan di luar sebelum kelas tambahan bersama kawan-kawan,memang takkan makan nasi lauk campur punya.Selera budak-budak sekolah,confirm makan goreng-goreng (atau orang pantai timur panggil Masakan Panas).Nak dijadikan cerita pasal taugeh,setiap kali keluar memang satu saja menu saya.Koey teow goreng.Sohih lah ada taugeh.Memang saya yang paling lambat mula makan,sebab kena asingkan satu-satu taugeh ke tepi pinggan,bila dah habis diasingkan baru nampak berselera.Kawan-kawan di sebelah jangan cakaplah, memang bersedia sudu dan garfu nak ambik taugeh yang ada tu.Paling tak boleh lupa,kawan saya Nadiah yang order nasi goreng boleh pula terliur tengok taugeh tadi,terus ambik sampai licin.Nasi goreng dan taugeh; not a good combination,at least for me dan orang Perlis yang lain.

Akhirnya,sebab dah mula bosan asingkan taugeh,saya mula meng'order' koteow TANPA taugeh.Begitu juga makanan yang lain.Tapi nak dijadikan cerita,adalah satu kedai yang mana saya order bihun tanpa taugeh,makcik kedai tiba-tiba tarik muncung panjang.Biasalah,kadang-kadang peniaga mahu untung,kalau letak taugeh lebih daripada mee atau bihun,lebih jimat.Kalau tak diletak taugeh,tentulah bihun nya kena lebih,rugilah dia.Wallahua'lam,mungkin silap pendapat saya.Apapun saya doakan semoga makcik tu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Bila mulanya study di Jordan ni,rasa lain pulak sebab sini manalah nak dicari taugeh kan.Jadi bila terjumpa taugeh dijual di Amman,terus rasa teruja untuk beli satu paket.Takut-takut suami teringin nak makan taugeh.Alih-alih sedikit sangat yang saya guna,selebihnya layu begitu saja.Tak baik betul membazir,lepas ni dah tak nak beli lagi.Excited saja yang lebih,makan nya tidak pulak.

Oh,lupa pulak nak cakap.Balik Malaysia bulan September yang lepas,boleh pulak makan kerabu taugeh.Sedap.Pelik,agaknya saya memang seorang yang suka memilih.Abang Man pun selalu berkata,saya ni kalau nak makan apa-apa memang suka teringin benda yang susah dicari,jauh untuk dibeli ataupun perlu menunggu agak lama untuk disiapkan.Tersenyum sajalah yang mampu.Dalam hati, "tak kira,nak jugak".Hihi.

Tiba-tiba tercerita pasal taugeh.Ni semua pasal tengok gambar ada orang makan nasi dengan taugeh tadi..

0 comments: