Saturday, January 8, 2011

Rindu

Assalamualaikum..

Bila tengok kembali gambar-gambar yang diambil masa raya tahun lepas, rasa rindu sangat pada keluarga di Perlis, tak lupa juga pada keluarga di Terengganu. Masa yang diisi di Malaysia memang terasa sangat pantas berjalan. Namun terubat jugalah rindu setiap kali telefon bertanya khabar keluarga di Malaysia,seminggu sekali.

Melihat kembali masa yang telah berlalu, 5 tahun banyak perkara yang berlaku. Ketika datang ke Jordan, adik-adik masih lagi bersekolah rendah. Farah yang ketika itu darjah 6, sekarang dah tingkatan 5, bakal mengambil SPM tahun ni. Sakina pula sekarang dah tingkatan 2. Fizikal dah tinggi sama macam Cikda dah. Terkejut sangat melihat adik-adik yang dahulunya asyik menangis kini dah besar, jadi anak dara cun yang garang hehe.


Kina,Mama, Farah.

Haziq pula, adik yang paling bongsu dan paling manja dah darjah 6 pun sekarang. Manja nya masih sama seperti dulu, selamanya akan menjadi anak kecil kesayangan semua orang walaupun nak masuk sekolah menengah dah tahun depan.Anak soleh yang sentiasa mengajak dan mengingatkan umi dan mama supaya tak tinggal solat-solat sunat, terutama solat dhuha. Alhamdulillah... alhamdulillah.. moga terus menjadi anak soleh.

Haziq dan Umi

Dulu datang ke Jordan berseorangan, pulang berdua. *Senyum-senyum pada abang Amir *

Keluarga bertambah besar setelah berkahwin. Bertandang ke Terengganu pertama kali dalam hidup setelah menjadi isteri si suami. Agak kekok pada awalnya kerana adik beradik suami semuanya lelaki,kecuali seorang perempuan. Berbeza dengan saya yang semuanya perempuan, kecuali seorang lelaki. Namun lama-lama dapatlah menyesuaikan diri, adik-adik ipar sangat baik dan senang diajak berbual. Taklah segan dibuatnya. Alhamdulillah, ibu dan ayah mertua yang sangat baik,tidak membeza kasih antara anak dan menantu. Timbul perasaan yang sangat senang setiap kali pulang ke kampung suami.

Ma dan adik-beradik ipar

Tahun 2008, hati abahlah yang paling senang. Menerima menantu 3 sekaligus dalam tahun tersebut. Kakngah pada Februari, saya pada bulan Mei dan kaklong akhir sekali pada bulan Ogos. Kaklong mengalah dulu kepada adik-adik nampaknya.

Ogos 2008

Kali pertama abah berjumpa suami, katanya Amir tak tumpah seperti wajah saya. Amir pula pandai ambil hati, memang sangat 'setuju' lah dengan abah.

Abah dan Abang Amir

Anak buah dah semakin ramai, bakal bertambah lagi pertengahan tahun ni insya Allah. Anak sendiri? Insya Allah, doakan kami.


2 comments:

Mimier said...

ameen..
moga dapat baby cepat2 cik nini.
jd senior mimi.
:D

adrenida said...

insya Allah.. doakan tau mimi.
umur dah 23, kahwin pun dah lama. insya Allah sampai rezeki =)