Monday, January 24, 2011

Puri (Puffed Bread)

Assalamualaikum..

Hari ni suami request nak makan rendang ayam.Alhamdulillah stok serai masih ada. Suami dah pun mula kelas kembali, jadi saya kembali berseorangan lah di rumah.

Dengan masa senggang yang ada,di samping rasa 'bosan' nak makan nasi, mula la teringin nak makan roti. Kebetulan semalam sempat browse indian recipe seperti pelbagai jenis naan dan puri.

Puri ni saya kenal di sini, macam roti goreng yang sangat gebu dan nampak sangat menyelerakan. Bila dah cuba makan,memang kena dengan tekak lah. Di sini pun tak semua kedai yang boleh jumpa puri ni (atau disebut buri di sini). Kadang-kadang teringin sangat nak makan tapi bila ke kedai, tak ada pula. Ikut hari dan waktu agaknya dijual. Jadi disebabkan saya teringin nak makan dengan rendang ayam, try la buat. Alhamdulillah mau jugak dia naik. Nak membuatnya sangat mudah, hanya menggunakan tepung yang di uli.Tapi to be on the safe side, saya tambah yeast kering dan baking powder bagi lebih fluffy.


Gambar ni yang saja sempat ambil,tangan ketar baru lepas kena air sejuk.

Saiznya saya buat kecil saja, muat2 kuali kecil yang nak dipenuhkan minyak. Tapi alhamdulillah makan 2 pun dah kenyang sangat dah.

Cuti dah di 2 minggu yang terakhir dah. Sekarang dah terbayang-bayang hari yang bakal dilalui, hari-hari yg padat dengan rutin yang sama di klinik. Moga dipermudahkan Allah dalam segala urusan.

Tuesday, January 18, 2011

Cerita baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah semenjak suami cuti ni terasa cuti terisi. Walaupun tak ke mana, tak keluar dari Jordan, banyak benda yang dibuat bersama. Boleh dikatakan hari-hari juga keluar. Ada saja urusan yang nak kena selesaikan.Saya seronok ajak meneman. Tak lah bosan di rumah.

3 hari lepas, ada sedikit masa terluang. Buatlah kek dua warna ni. Saya namakan kek pelangi walaupun hanya 2 warna. Pelik, di sini susah nak cari pewarna merah atau biru ,maksud saya di Irbid. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga sewaktu ke Amman semalam. Resipi kek tu saya hanya alter dari resipi-resipi kek mudah yang saya jumpa di internet dan buku resipi yang saya bawa dari Malaysia.

Banyak benda sebenarnya yang saya sangat teringin untuk cuba sementara cuti ni. Tengoklah insya Allah nanti ada rezeki boleh la try.

Semalam ke Amman kerana ada urusan penting yang suami nak selesaikan. Berulang alik banyak tempat juga.Namun alhamdulillah, Allah sangat-sangat permudahkan urusan kami. Semoga urusan di Malaysia juga dipermudahkan nanti,insya Allah..



Dah selesai segala urusan, bolehlah pergi makan dan shopping sikit. Tu pun tak lama sebab hari dah petang. Tapi tak apalah, sebab dah puas hati dapat jalan-jalan bersama suami.








Harini kebetulan permohonan elektif suami perlukan salinan pasport. Risau juga saya pada mulanya kerana pasport masih berada pd junior kerana urusan iqamah. Namun alhamdulillah, pertolongan Allah, kata junior memang dah siap harini semuanya, dan boleh kutip. Alhamdulillah..lega. Allah permudahkan urusan suami. Moga Allah permudahkan urusan seterusnya insya Allah..












Thursday, January 13, 2011

Cakap pasal cuti, lagi


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,berpagi-pagian di hari Jumaat. Cepat masa berlalu, dah berada di penghujung minggu ke-3 cuti. Memang masa berlalu tanpa sedar. Nampaknya ada 3 minggu lagi cuti berbaki. Tak lama dah nak start semester baru, semester akhir, insya Allah.

Minggu ke- 2 cuti demam selesema menyerang. Memang rasa masa cepat berlalu sebab hampir 4 hari tak larat bergerak banyak. Sakit itu kafarah dosa, moga dapat keampunan dan ganjaran yang baik dari Allah swt.

Bangun pagi-pagi fikir, nak masak apa untuk sarapan. Tambahan pula ketika suami cuti. Selalunya di hari sekolah, beliau jarang makan pagi sekarang ni. Pulangnya hampir Asar. Jadi saya hanya sediakan kudap-kudap petang dan makan malam saja. Untuk petang, hanya kuih-kuih atau puding yang mudah, kalau rajin sikit buat kek. Makan malam pula ikut permintaan suami. Selalunya nasi berlauk lah. Musim sejuk almaklumlah malam panjang, kalau dikatakan dinner lepas Isyak, maknanya lebih kurang pukul 6.30 makannya.


Semenjak cuti ni barang dapur asyik cepat habis. Kebiasaan kalau hari-hari sekolah dua minggu sekali baru barang surut,sekarang ni seminggu sekali dah perlu beli baru. Tepung yang saya jarang guna dulunya, sekarang 1kg kurang seminggu dah boleh habis. Wah, dah jadi orang arab ke banyak guna tepung,padahal makanan ruji tetap beras. hehe.

Alhamdulillah, minggu ni suami cuti. Tak lah sunyi di rumah,ada kawan. Moga ada rezeki pergi jalan insya Allah..

Saturday, January 8, 2011

Rindu

Assalamualaikum..

Bila tengok kembali gambar-gambar yang diambil masa raya tahun lepas, rasa rindu sangat pada keluarga di Perlis, tak lupa juga pada keluarga di Terengganu. Masa yang diisi di Malaysia memang terasa sangat pantas berjalan. Namun terubat jugalah rindu setiap kali telefon bertanya khabar keluarga di Malaysia,seminggu sekali.

Melihat kembali masa yang telah berlalu, 5 tahun banyak perkara yang berlaku. Ketika datang ke Jordan, adik-adik masih lagi bersekolah rendah. Farah yang ketika itu darjah 6, sekarang dah tingkatan 5, bakal mengambil SPM tahun ni. Sakina pula sekarang dah tingkatan 2. Fizikal dah tinggi sama macam Cikda dah. Terkejut sangat melihat adik-adik yang dahulunya asyik menangis kini dah besar, jadi anak dara cun yang garang hehe.


Kina,Mama, Farah.

Haziq pula, adik yang paling bongsu dan paling manja dah darjah 6 pun sekarang. Manja nya masih sama seperti dulu, selamanya akan menjadi anak kecil kesayangan semua orang walaupun nak masuk sekolah menengah dah tahun depan.Anak soleh yang sentiasa mengajak dan mengingatkan umi dan mama supaya tak tinggal solat-solat sunat, terutama solat dhuha. Alhamdulillah... alhamdulillah.. moga terus menjadi anak soleh.

Haziq dan Umi

Dulu datang ke Jordan berseorangan, pulang berdua. *Senyum-senyum pada abang Amir *

Keluarga bertambah besar setelah berkahwin. Bertandang ke Terengganu pertama kali dalam hidup setelah menjadi isteri si suami. Agak kekok pada awalnya kerana adik beradik suami semuanya lelaki,kecuali seorang perempuan. Berbeza dengan saya yang semuanya perempuan, kecuali seorang lelaki. Namun lama-lama dapatlah menyesuaikan diri, adik-adik ipar sangat baik dan senang diajak berbual. Taklah segan dibuatnya. Alhamdulillah, ibu dan ayah mertua yang sangat baik,tidak membeza kasih antara anak dan menantu. Timbul perasaan yang sangat senang setiap kali pulang ke kampung suami.

Ma dan adik-beradik ipar

Tahun 2008, hati abahlah yang paling senang. Menerima menantu 3 sekaligus dalam tahun tersebut. Kakngah pada Februari, saya pada bulan Mei dan kaklong akhir sekali pada bulan Ogos. Kaklong mengalah dulu kepada adik-adik nampaknya.

Ogos 2008

Kali pertama abah berjumpa suami, katanya Amir tak tumpah seperti wajah saya. Amir pula pandai ambil hati, memang sangat 'setuju' lah dengan abah.

Abah dan Abang Amir

Anak buah dah semakin ramai, bakal bertambah lagi pertengahan tahun ni insya Allah. Anak sendiri? Insya Allah, doakan kami.


Saturday, January 1, 2011

Tutup

image from niqab.de


Ada yang berkata pabila disoal mengenai aurat yg terdedah, katanya hati belum terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga kerana rasa diri 'terkurung' di balik aurat yang ditutup kain. Atau alasan yang lain bagi sesetengah pihak, pakaian yang sempurna dari sudut syari'e tak dapat menunjukkan diri mereka yang sebenar.Dan sekiranya dipaksa juga hanya akan menjadikan mereka hipokrit.

Wanita yang beriman akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dari bertabarruj, jauh sekali -menampakkan aurat yang sudah terang-terang haram terdedah dengan sengaja. Saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sebegini sejak dari sekolah menengah sehinggalah menuntut di universiti. Rakan yang mampu menegur kesilapan untuk kebaikan mampu diibaratkan sebagai emas; yang mana tetap tinggi nilainya tak kira bentuk. Sehinggalah saya berumahtangga, kini nasihat suami menjadi peringatan yang sangat bernilai dalam segala aspek, tidak ketinggalan bab aurat.

Tiada alasan hati belum terbuka untuk menutup aurat. Perkara yang wajib, mesti dilaksanakan. Jagalah aurat dengan sebaik-baiknya. Soal hati pula, serahlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu membolak-balik kan hati manusia.

Semoga kita semua sentiasa berada di landasan yang benar.. insya Allah..

Tuesday, December 28, 2010

Cuti

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, cuti dah bermula. Sepatutnya cuti bermula pada minggu ini (30 December), walaupun klinik tamat pada 23hb yang lepas, disebabkan ada kelas yang masih belum habis. Namun disebabkan ramai yang nak bermusafir keluar Jordan, kelas yang berbaki ditunda ke awal semester akhir insya Allah. Alhamdulillah, cuti 6 minggu bertukar menjadi 7.

"Rileks saja nampaknya dentists tahun akhir.." kata Abang Amir, berseloroh. Rezeki cuti. Moga dimanfaatkan. Masa yang singkat ni lah yang perlu digunakan untuk menampung lubang-lubang yang mencacat-celakan diri sebagai pelajar final year. Malu juga, banyak lagi benda yang tak tahu. Usaha lagi....

Menjadi suri rumah sepenuh masa ni, saya cuba sebaik boleh menjaga rumah dan berusaha menghidangkan makanan 3 kali sehari, walaupun abang Amir hanya makan 2 kali saja di rumah ketika hari sekolah,hehe. Kesian, tak sihat cik abang sorang tu. Hari ni hanya sediakan bubur nasi sayur sahaja untuknya. Sakit tekak dan badan panas. Mujur tengahari masih ada selera untuk makan nasi ketika round di hospital. Sekurang-kurangnya ada tenaga untuk terus belajar. Alhamdulillah malam ni dah nampak perubahan, dah semakin ceria. Moga semakin sihat besok dan hari-hari seterusnya.

Rutin suami sekarang, tiba di rumah hampir asar setiap hari, dalam jam 2 petang. Sunyi juga duduk seorang di rumah. Tak ada orang nak sembang. Kalau hari sekolah, ada juga kawan borak.Jadi bila suami pulang, banyak la benda nak diperkatakan. Nak compensate balik waktu seorang diri dari pagi sampai ke petang. Kata suami, banyak betul benda yang saya nak cerita bila masuk cuti ni, lebih kerap dari hari-hari biasa..hehe. Saya tak dapat membayangkan diri saya sebagai suri rumah sepenuh masa sehingga anak-anak besar. Alhamdulillah, dibesarkan dalam keluarga yang semua wanita bekerja, saya yakin dapat mengurus keluarga walaupun bekerja, walaupun tidak sebagus atau setangkas jika dibandingkan dengan cara suri rumah menghandle rumahtangga.

Dah tak ada idea, tulis pun merepek. Jumpa lagi nanti insya Allah...


Sunday, December 12, 2010

Keliru

"Sayang ambik kain banyak tak sangka.. " kata abang Amir.


Banyak tak sangka?

Dah nak masuk tahun ke 3 ni kahwin, ada juga perkataan yang silap guna lagi. hehe.

Tak sangga , abang. Bukan tak sangka =)