Saturday, January 1, 2011

Tutup

image from niqab.de


Ada yang berkata pabila disoal mengenai aurat yg terdedah, katanya hati belum terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga kerana rasa diri 'terkurung' di balik aurat yang ditutup kain. Atau alasan yang lain bagi sesetengah pihak, pakaian yang sempurna dari sudut syari'e tak dapat menunjukkan diri mereka yang sebenar.Dan sekiranya dipaksa juga hanya akan menjadikan mereka hipokrit.

Wanita yang beriman akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dari bertabarruj, jauh sekali -menampakkan aurat yang sudah terang-terang haram terdedah dengan sengaja. Saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sebegini sejak dari sekolah menengah sehinggalah menuntut di universiti. Rakan yang mampu menegur kesilapan untuk kebaikan mampu diibaratkan sebagai emas; yang mana tetap tinggi nilainya tak kira bentuk. Sehinggalah saya berumahtangga, kini nasihat suami menjadi peringatan yang sangat bernilai dalam segala aspek, tidak ketinggalan bab aurat.

Tiada alasan hati belum terbuka untuk menutup aurat. Perkara yang wajib, mesti dilaksanakan. Jagalah aurat dengan sebaik-baiknya. Soal hati pula, serahlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu membolak-balik kan hati manusia.

Semoga kita semua sentiasa berada di landasan yang benar.. insya Allah..

0 comments: