Thursday, June 28, 2012

Assalamualaikum...lamanya x menulis.. Alhamdulillah bnyk perkara yg nk dishare kan. Last menulis, belum lgi bersalin. Alhamdulillah, puteri sulung kesayangan kami dah hmpir menginjak usia 5 bulan pada 6 Julai dpn. Setinggu syukur pada Allah, abg amir juga sudah berjaya menggenggam segulung ijazah dan pulang ke pangkuan kami di Malaysia. Posting di Oral Surgery juga hmpir tamat bulan depan insya Allah, dan posting Paeds bkal mnyusul. Khabar pemansuhan FYDO SYDO programme tentunya menggembirakan saya dan affected collegues yg lain. Tak perlu ulang alik Alor Star-Perlis utk 2 attachments di sana. Menjadi ibu yg bekerja mmg mencabar, tapi Allah permudahkab segalanya Alhamdulillah! Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah... Amin ya Rabb

Saturday, February 4, 2012

Masih menunggu

Assalamualaikum wbt...


Masa berlalu sangat pantas kan. Dah 38weeks ++ dah saya membawa permata hati sulung dalam kandungan. Abang sangat excited, asyik ingatkan saya untuk bertanya baby dalam perut bila nak keluar hihi.Alhamdulillah, saya dah start cuti untuk bersalin mulai minggu depan, dan insya Allah bakal sambung semula bekerja pada 9 April nanti di klinik pakar. Sebak juga bila bersalam dengan semua org last day hari tu.. After a year baru saya bakal pulang ke primary care selepas selesai attach dengan pakar..

Cuti seminggu awal dari due date.. boleh bersiap sedia dan bertenang. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Pengalaman pertama bakal bergelar ibu... Tak dapat nak gambar apa yang bakal saya lalui. Doa saja yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Anak soleh mummy dan abi bakal tengok dunia tak lama lagi dah, insya Allah...

Sekarang ni bila dah dekat sangat dengan due date, saya tak berapa berani nak msg suami pada odd hours, takut abang risau saya nak sakit nak bersalin hehe. Ya lah, kali pertama pengalaman bergelar bapa dalam keadaan kami yang terpisah jauh, mesti malam suami tak tidur lena. Insya Allah, Allah sentiasa menjaga kita..

Sekarang dah cuti ni saya rajin la keluar cari makanan yang saya teringin, sebelum kena pantang macam2 ni. It's not everyday your husband and everybody around u (especially mama) pesan "eat eat, it's for the baby'. Hehe.. With sugar monitored, diet well controlled, i guess it's no harm to eat a little bit more sekarang. Bila kerja sangat jarang makan, dan berat turun. Nurse membebel kenapa berat turun when i should be gaining weight at least 0.5kg a week haritu. Dan berat dah turun 2 kg semalam berbanding 2 minggu lepas waktu anc di hospital. Kata orang tua, dah nak beranak la tu. I dont know whether it's a medical fact atau tidak, tapi selalu dengar macam tu.

Sekarang seminggu sekali teringin nak makan roti bom. Tak palah, baik makan sekarang before all you can eat is roti kering jacob''s. heheh.

Salam Maulidur Rasul. Jom perbanyakkan selawat..
Allahumma solli wassallim a'la saiiyidina Muhammad wa 3ala aali sayyidina Muhammad



Monday, January 23, 2012

Excited yet Berdebar

Assalamualaikum wbt..


Allahummasolli 3ala Muhammad wa3ala alihi Muhammad..

Allah gerakkan hati untuk menulis. Alhamdulillah masih sihat dan kuat untuk beribadah dan bekerja. Semoga segala amalan dan perlakuan dikira dan dihisab sebagai ibadah oleh Allah swt. Usia baby dalam kandungan dah mencapai 36weeks++, bila-bila masa saja dengan izin Allah baby boleh dilahirkan.

Ramai yang bertanya mengenai jantina, saya pun tak tahu sebenarnya hehe. Dah banyak kali scan, tak berapa nampak. Terserah kepada Allah,yang mana satu kurniaan-Nya kepada kami. Boy/girl, saya terima. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk bersalin dengan mudah, tanpa sebarang masalah dan semoga semuanya berjalan lancar. Tak sabar menanti kelahiran anak sulung kami.. Pengalaman pertama menjadi ibu.

Alhamdulillah masih mampu bekerja dan memandu sendiri ke mana mana. Perut saya tak adalah besar sangat, but people may recognize that i'm pregnant just by seeing my walking pattern. Walking has been a bit hard since around 7months of pregnancy, sebab sakit kadang2 around the hips and my back [sebab overweight, kot =) ] No, i'm not complaining, heheh. Alhamdulillah semoga semuanya penghapus dosa dan dikira pahala.

Barang-barang keperluan insya Allah semuanya dah lengkap, for both mommy and baby. Working and earning my own money, alhamdulillah boleh berbelanja dan memilih yang terbaik untuk anak. Benar, setiap anak ada rezekinya, alhamdulillah..Allah maha Mencukupi,mencukupkan keperluan hamba-hamba-Nya.

Since i've been staying with my parents, hidup semakin menjadi mengada sebab banyak mak yang buatkan. Alhamdulillah adik saya yang tengah tunggu result SPM,banyak sangat-sangat membantu. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka. Dah nak jadi mak pun, saya masih tak hilang sifat nak bermanja dengan mak sendiri. Nak mak buatkan tu, nak pergi sana sini dengan mak. Pengorbanan mak umi dan abah memang tak dapat dibalas.. Cukuplah dapat menggembirakan hati mereka. Semoga Allah sentiasa redha akan kehidupan mereka insya Allah.

Dalam keadaan macam ni, dan berjauhan dengan suami, bohong lah andai saya kata saya kuat sepanjang masa. Pregnant ladies are so fragile like babies. Emotional flows being unstable. Alhamdulillah hari-hari berhubung dengan suami without fail, dan mendapat constant support darinya. It's hard not only for me, but for both of us but yet we are prepared since the day that we knew the fact that we're gonna be parents. Being left alone in his final year, and expecting his first baby while separated 6000miles apart from his wife, i could smell worries and guilty from his words. Rasa sedih suami risau sampai begitu sekali. I want to constantly reassure him that everything's gonna be fine, insya Allah. Seronok mengandung ni, rasa macam disayangi lebih oleh semua orang especially oleh suami. Kasih sayang bertambah, benarlah anak tu pengerat kasih sayang suami isteri. It's so refreshing to see how happy my husband is (through webcam) whenever i show him baju2 dan barang2 baby yang dibeli, dan bila cerita how active the baby is yang constantly swimming dalam perut mommy, hehe.

Alhamdulillah,he always reminds me to be thankful to Allah everyday. Insya Allah dah tak lama nak berjauhan. Final exams will be in 3 months time, and insya Allah hopefully everything's gonna be okay and he'll be back for good. Sayang and baby will be waiting for daddy, yeay!

Mohon doa kalian supaya dipermudahkan urusan labor dan segala-gala urusan yang lain.. insya Allah

Sunday, December 4, 2011

Cerita


Langkawi Sept 11'

Penang October 11'


Pangkor November 11'



Assalamualaikum wbt..

Belek-belek gambar lama.. Cepat masa berlalu, dah hampir sebulan abang Amir pulang ke Jordan semula. Saya pun sudah bekerja 2 bulan, dah masuk bulan ke-3. Rutin harian yang sama, bekerja dari pukul 8 hingga 5, memang rasa masa sangat cepat berjalan.Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan dari Allah untuk beribadah dan bekerja sehari-harian. Moga sentiasa diberi kekuatan sebegini insya Allah..

Posting di KP sangat enjoy buat saya. Patients di klinik kangar yang ramai, memberi peluang untuk terus belajar dari pengalaman. Kalau buat kesalahan, memang akan ingat sampai bila-bila. Kalau dulu, tika masih menuntut, dalam 2 jam paling banyak hanya dapat habiskan 2 restorations. tapi bila bekerja dalam 2-3 jam perlu habiskan lebih kurang 3-4 fillings, 10 extractions dan full mouth scaling yang banyak.Belum lagi termasuk complicated extractions yang stuck, ambil masa (yang banyak kali juga saya mtk pertolongan senior). Tambahan dalam keadaan saya sekarang, extracting a molar of a young, energetic person is like lifting a 20-kg luggage. Termengah juga.Moga Allah permudahkan urusan saya.

Rasa rendah juga bila membandingkan pengalaman diri dan local grad students, yang sangat banyak pengalaman buat macam-macam.. kes oncall juga biasa buat mereka. Apatah lagi benda-benda biasa seperti MOS.Kerdilnya diri. Tak apa, yang penting berani buat. Senior masih banyak yg boleh supervise. Tak tahu jangan malu bertanya. Tebalkan muka mintak tolong dan tunjuk ajar. Lama-lama pandailah insya Allah.. Alhamdulillah staf-staf di sini sangat friendly dan sangat tak kedekut ilmu. Selalu menjengah-jengah tanya sekiranya ada masalah.

Bercakap pasal diri, baby dalam kandungan bakal menginjak usia 30 minggu dah minggu depan insya Allah.. Alhamdulillah semuanya ok.. bermula minggu ke 28, saya perlu attend check up sekali dalam masa 2 minggu, berbanding sebelum ini sebulan sekali. Baby memang sangat aktif, dapat rasa junior bergerak-gerak. Memang satu perasaan yang sangat indah bila rasa ada response dari baby. Sekarang dah faham perasaan ibu-ibu yang asyik bercerita pasal anak masing2.. Saya pun dah bakal bermula jadi salah seorang daripadanya insya Allah hehe.. Perut pun dah semakin jelas, walaupun masih ada yang kata junior ni suka sembunyi-sembunyi, kadang-kadang nampak perut, kadang-kadang tak nampak. Cara jalan pun dah nampak macam orang tak berapa kuat ,tak kira macam mana besar usaha saya utk berjalan normal hehe. Biasalah, orang 'membawa' ni.

Nak menyambut orang baru, banyak lagi barang yang perlu saya beli. Benda-benda asas dah ada, keperluan lain ada lagi yang perlu saya cari. Kekuatan yang limited membuatkan saya agak berat nak bersiap-siap untuk shopping. Window shopping?? Memang sangat jarang. Pulang ke rumah dari kerja memang rasa letih, lepas isyak dah get ready nak masuk tidur. Hujung minggu adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu.

Semoga Allah sentiasa curahkan keberkatan dan rahmat-Nya kepada ibu saya, umi dan ibu mertua yang susah payah mengandungkan kami adik-beradik, dan suami. Memang besar pengorbanan mereka.. Sakit yang ditanggung 9 bulan, perlu menjaga anak kecil lagi sewaktu mengandung anak yang seterusnya,memang satu amanah yang sangat besar. Besar juga tanggungjawabnya. Begitu juga kepada abah dan ayah yang susah payah mencari rezeki membesarkan kami.. Dan kepada suami yang tak putus berdoa, memberi semangat walaupun jauh di mata.. Semoga Allah permudahkan urusan abang dalam ibadah dan pelajaran, dan cepat pulang berkhidmat di Malaysia.. amin..

Friday, October 21, 2011

Baru

Assalamualaikum wbt..


2bulan tak berupdate, sejak dari kepulangan abang amir ke Malaysia, hinggalah hari ini beliau pulang semula ke Jordan menghabiskan pengajian yang berbaki. Sibuk babysit agaknya saya ni hehe. Semoga perjalanan beliau diberkati Allah, dan dipermudahkan segala urusan.

2 bulan, banyak yang berlaku. Minggu depan masuk 24th weeks umur junior,alhamdulillah. Mummy got posted to Klinik Kesihatan Kangar, alhamdulillah, hanya 10 minit dari rumah. Dah 3 minggu bekerja, dan isnin depan masuk minggu ke 4 alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas kurniaan-Nya.

Kesedihan disebabkan kepulangan abang Amir ke Jordan memang sangat terasa sekarang, maklumlah baru saja berlepas sebentar tadi. Biasalah, segalanya ambil masa. Saya doakan semoga beliau juga kuat dengan perpisahan sementara ini. Semoga segalanya dalam redha Allah.

Seronok bercuti sejak kepulangan suami ke Malaysia tempoh hari,alhamdulillah. Pulang ke kampung berhari raya, jalan-jalan makan angin berdua dan macam-macam lagi. Dalam keseronokkan bercuti, tiba-tiba sampai surat induksi. Bukanlah saya tak suka berkerja, namun dalam keadaan suami yang bercuti dan pada masa yang sama saya bekerja, memang satu perasaan yang berat. Sedih, rasa tak cukup perhatian yg dapat saya berikan. Namun peluang 3 minggu dihantar ke kerja, waktu lunch makan bersama, dan pulang dijemput setiap hari memang sangat saya hargai.

Empty spot for 8 months.. eh lupa pulak, junior's coming in 3++months! Semoga Allah permudahkan segalanya..

Thursday, August 18, 2011

Cerita baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kita dah berada di 19 Ramadhan. Besok bermula fasa 10 terakhir di madrasah ini. Amalan kita makin bertambah atau tidak? Persoalan yang hanya diri sendiri mampu terjawab. Semoga segala amalan kita diterima Allah. Insya Allah.

Seminggu tidak berupdate. Alhamdulillah saya sihat. Sepanjang minggu ni agak sibuk ke hulu ke hilir dengan beberapa urusan. Alhamdulillah urusan medical check up, akuan sumpah dan registration kwsp dan selesai. Siap daftar mengundi di tempat yang sama. Seterusnya urusan ke beberapa bank yg perlu saya selesaikan, seperti kemaskini akaun dan sebagainya. 2 kali juga minggu ni pergi berurusan di Alor Star,menguruskan hadiah baru,rezeki dari Allah.Alhamdulillah, trima kaseh kpd abah yang menghadiahkan. Tak mampu saya beralah utk tidak menerima.

Hari ini suami bakal bertolak dari Jordan ke Malaysia, transit selama 6 jam di Abu Dhabi. Insya Allah besok bakal sampai di Malaysia. Rasa segan pula bila memikirkan saat nak bertemu bila dah lama tak berjumpa hehe. Ini fatrah paling lama setakat ni kami berjauhan. Ini hanya latihan, selepas ini wallahua'lam, mungkin 8 bulan baru berjumpa. Saya sudah bersedia. Semoga Allah beri kekuatan insya Allah.

Semoga Allah berkati segala rezeki yang dikurniakan ini. Amin ya Rabb..

Thursday, August 11, 2011

Fasa Kedua

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah sampai 12 Ramadhan. Dah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan.Memang cepat masa berlalu. Pejam celik dah nak sampai pertengahan Ramadhan. Saya beginilah, banyak habiskan masa di rumah. Tak kemana sekiranya nya tak ada tuntutan.

Ada juga kawan-kawan yang ajar keluar di siang hari, namun terpaksa saya tolak baik-baik sebab tak mampu nak jalan jauh siang-siang,mudah rasa lembik. Kalau malam lepas tarawikh bolehlah, tapi tu pun dah jauh malam. Tak apalah, tunggu suami balik, tak lah rasa janggal nak ke mana-mana. Tak perlu nak fikir masalah loya sewaktu memandu atau masalah nak cari parking. Perlis belum pun jadi bandaraya, tapi kalau nak ke pekan untuk urusan apa-apa, dalam nak mencari parking memang menguji kesabaran.

Selasa yang lepas, usai solat maghrib saya dan kawan-kawan sekolah menengah keluar berbuka bersama-sama. Ya Allah, rindunya gelak ketawa tu. Kawan-kawan juga masih tak berubah dari sekolah menengah, maksud saya dari segi kemesraan tu. Bersembang dan makan like no one's bussiness, tengok2 dah 10 lebih.Bila lah lagi nak berkumpul macam ni, lepas ni masing2 dah berkerja memang susah nak set masa berjumpa. Ada kawan yang dah start dapat surat posting, ke Sabah. Memang jauh, entah setahun sekali baru boleh berjumpa. Tapi tak apa, dah banyak elaun tu boleh la balik selalu. hehe. Kawan-kawan yang lain juga masih menunggu posting seperti saya, kita hanya mampu tunggu dan berdoa.Lets pray for the best! Kalau nak tengok kat mana dan apa yang di makan haritu, boleh singgah blog kawan saya di sini, ada gambar dan review. Dia ni food blogger, kalau nak tgk blog dia kena tahan lah, tambah2 di bulan puasa ni. hehe

Semalam, Khamis (11hb ogos) ada appointment dengan doktor. Nak menunggu dalam sejam setengah juga, tapi nak berjumpa doktor tu makan masa sekejap aja.hehe. Alhamdulillah semuanya ok. Saya di schedule kan utk ultrasound lepas raya nanti, alhamdulillah bolehla tengok bersama suami. Insya Allah suami bakal pulang minggu depan (19hb). Tak sabar rasanya. Minggu depan nak settlekan semua baki urusan yg tinggal, supaya boleh pulang ke Jerteh denga n rasa aman. Semalam sewaktu ke klinik, saya hanya berseorangan.Yalah, semua orang kerja dan sekolah. Nak ajak kawan-kawan teman pun rasa awal sangat, pukul 8. Tiba di klinik, saya tengok 100% wanita mengandung ke sana memang berseorangan tanpa suami. Memang normal kot kan?hehe.

Hari ni ingat nak ke bank, tapi memandangkan rasa mual teruk dan asyik nak ulang ke bilik air aja, saya batalkan aja kot niat saya. Tengoklah macam mana petang nanti insya Allah.
Selamat beribadah!