Sunday, December 4, 2011

Cerita


Langkawi Sept 11'

Penang October 11'


Pangkor November 11'



Assalamualaikum wbt..

Belek-belek gambar lama.. Cepat masa berlalu, dah hampir sebulan abang Amir pulang ke Jordan semula. Saya pun sudah bekerja 2 bulan, dah masuk bulan ke-3. Rutin harian yang sama, bekerja dari pukul 8 hingga 5, memang rasa masa sangat cepat berjalan.Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan dari Allah untuk beribadah dan bekerja sehari-harian. Moga sentiasa diberi kekuatan sebegini insya Allah..

Posting di KP sangat enjoy buat saya. Patients di klinik kangar yang ramai, memberi peluang untuk terus belajar dari pengalaman. Kalau buat kesalahan, memang akan ingat sampai bila-bila. Kalau dulu, tika masih menuntut, dalam 2 jam paling banyak hanya dapat habiskan 2 restorations. tapi bila bekerja dalam 2-3 jam perlu habiskan lebih kurang 3-4 fillings, 10 extractions dan full mouth scaling yang banyak.Belum lagi termasuk complicated extractions yang stuck, ambil masa (yang banyak kali juga saya mtk pertolongan senior). Tambahan dalam keadaan saya sekarang, extracting a molar of a young, energetic person is like lifting a 20-kg luggage. Termengah juga.Moga Allah permudahkan urusan saya.

Rasa rendah juga bila membandingkan pengalaman diri dan local grad students, yang sangat banyak pengalaman buat macam-macam.. kes oncall juga biasa buat mereka. Apatah lagi benda-benda biasa seperti MOS.Kerdilnya diri. Tak apa, yang penting berani buat. Senior masih banyak yg boleh supervise. Tak tahu jangan malu bertanya. Tebalkan muka mintak tolong dan tunjuk ajar. Lama-lama pandailah insya Allah.. Alhamdulillah staf-staf di sini sangat friendly dan sangat tak kedekut ilmu. Selalu menjengah-jengah tanya sekiranya ada masalah.

Bercakap pasal diri, baby dalam kandungan bakal menginjak usia 30 minggu dah minggu depan insya Allah.. Alhamdulillah semuanya ok.. bermula minggu ke 28, saya perlu attend check up sekali dalam masa 2 minggu, berbanding sebelum ini sebulan sekali. Baby memang sangat aktif, dapat rasa junior bergerak-gerak. Memang satu perasaan yang sangat indah bila rasa ada response dari baby. Sekarang dah faham perasaan ibu-ibu yang asyik bercerita pasal anak masing2.. Saya pun dah bakal bermula jadi salah seorang daripadanya insya Allah hehe.. Perut pun dah semakin jelas, walaupun masih ada yang kata junior ni suka sembunyi-sembunyi, kadang-kadang nampak perut, kadang-kadang tak nampak. Cara jalan pun dah nampak macam orang tak berapa kuat ,tak kira macam mana besar usaha saya utk berjalan normal hehe. Biasalah, orang 'membawa' ni.

Nak menyambut orang baru, banyak lagi barang yang perlu saya beli. Benda-benda asas dah ada, keperluan lain ada lagi yang perlu saya cari. Kekuatan yang limited membuatkan saya agak berat nak bersiap-siap untuk shopping. Window shopping?? Memang sangat jarang. Pulang ke rumah dari kerja memang rasa letih, lepas isyak dah get ready nak masuk tidur. Hujung minggu adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu.

Semoga Allah sentiasa curahkan keberkatan dan rahmat-Nya kepada ibu saya, umi dan ibu mertua yang susah payah mengandungkan kami adik-beradik, dan suami. Memang besar pengorbanan mereka.. Sakit yang ditanggung 9 bulan, perlu menjaga anak kecil lagi sewaktu mengandung anak yang seterusnya,memang satu amanah yang sangat besar. Besar juga tanggungjawabnya. Begitu juga kepada abah dan ayah yang susah payah mencari rezeki membesarkan kami.. Dan kepada suami yang tak putus berdoa, memberi semangat walaupun jauh di mata.. Semoga Allah permudahkan urusan abang dalam ibadah dan pelajaran, dan cepat pulang berkhidmat di Malaysia.. amin..

Friday, October 21, 2011

Baru

Assalamualaikum wbt..


2bulan tak berupdate, sejak dari kepulangan abang amir ke Malaysia, hinggalah hari ini beliau pulang semula ke Jordan menghabiskan pengajian yang berbaki. Sibuk babysit agaknya saya ni hehe. Semoga perjalanan beliau diberkati Allah, dan dipermudahkan segala urusan.

2 bulan, banyak yang berlaku. Minggu depan masuk 24th weeks umur junior,alhamdulillah. Mummy got posted to Klinik Kesihatan Kangar, alhamdulillah, hanya 10 minit dari rumah. Dah 3 minggu bekerja, dan isnin depan masuk minggu ke 4 alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas kurniaan-Nya.

Kesedihan disebabkan kepulangan abang Amir ke Jordan memang sangat terasa sekarang, maklumlah baru saja berlepas sebentar tadi. Biasalah, segalanya ambil masa. Saya doakan semoga beliau juga kuat dengan perpisahan sementara ini. Semoga segalanya dalam redha Allah.

Seronok bercuti sejak kepulangan suami ke Malaysia tempoh hari,alhamdulillah. Pulang ke kampung berhari raya, jalan-jalan makan angin berdua dan macam-macam lagi. Dalam keseronokkan bercuti, tiba-tiba sampai surat induksi. Bukanlah saya tak suka berkerja, namun dalam keadaan suami yang bercuti dan pada masa yang sama saya bekerja, memang satu perasaan yang berat. Sedih, rasa tak cukup perhatian yg dapat saya berikan. Namun peluang 3 minggu dihantar ke kerja, waktu lunch makan bersama, dan pulang dijemput setiap hari memang sangat saya hargai.

Empty spot for 8 months.. eh lupa pulak, junior's coming in 3++months! Semoga Allah permudahkan segalanya..

Thursday, August 18, 2011

Cerita baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kita dah berada di 19 Ramadhan. Besok bermula fasa 10 terakhir di madrasah ini. Amalan kita makin bertambah atau tidak? Persoalan yang hanya diri sendiri mampu terjawab. Semoga segala amalan kita diterima Allah. Insya Allah.

Seminggu tidak berupdate. Alhamdulillah saya sihat. Sepanjang minggu ni agak sibuk ke hulu ke hilir dengan beberapa urusan. Alhamdulillah urusan medical check up, akuan sumpah dan registration kwsp dan selesai. Siap daftar mengundi di tempat yang sama. Seterusnya urusan ke beberapa bank yg perlu saya selesaikan, seperti kemaskini akaun dan sebagainya. 2 kali juga minggu ni pergi berurusan di Alor Star,menguruskan hadiah baru,rezeki dari Allah.Alhamdulillah, trima kaseh kpd abah yang menghadiahkan. Tak mampu saya beralah utk tidak menerima.

Hari ini suami bakal bertolak dari Jordan ke Malaysia, transit selama 6 jam di Abu Dhabi. Insya Allah besok bakal sampai di Malaysia. Rasa segan pula bila memikirkan saat nak bertemu bila dah lama tak berjumpa hehe. Ini fatrah paling lama setakat ni kami berjauhan. Ini hanya latihan, selepas ini wallahua'lam, mungkin 8 bulan baru berjumpa. Saya sudah bersedia. Semoga Allah beri kekuatan insya Allah.

Semoga Allah berkati segala rezeki yang dikurniakan ini. Amin ya Rabb..

Thursday, August 11, 2011

Fasa Kedua

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah sampai 12 Ramadhan. Dah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan.Memang cepat masa berlalu. Pejam celik dah nak sampai pertengahan Ramadhan. Saya beginilah, banyak habiskan masa di rumah. Tak kemana sekiranya nya tak ada tuntutan.

Ada juga kawan-kawan yang ajar keluar di siang hari, namun terpaksa saya tolak baik-baik sebab tak mampu nak jalan jauh siang-siang,mudah rasa lembik. Kalau malam lepas tarawikh bolehlah, tapi tu pun dah jauh malam. Tak apalah, tunggu suami balik, tak lah rasa janggal nak ke mana-mana. Tak perlu nak fikir masalah loya sewaktu memandu atau masalah nak cari parking. Perlis belum pun jadi bandaraya, tapi kalau nak ke pekan untuk urusan apa-apa, dalam nak mencari parking memang menguji kesabaran.

Selasa yang lepas, usai solat maghrib saya dan kawan-kawan sekolah menengah keluar berbuka bersama-sama. Ya Allah, rindunya gelak ketawa tu. Kawan-kawan juga masih tak berubah dari sekolah menengah, maksud saya dari segi kemesraan tu. Bersembang dan makan like no one's bussiness, tengok2 dah 10 lebih.Bila lah lagi nak berkumpul macam ni, lepas ni masing2 dah berkerja memang susah nak set masa berjumpa. Ada kawan yang dah start dapat surat posting, ke Sabah. Memang jauh, entah setahun sekali baru boleh berjumpa. Tapi tak apa, dah banyak elaun tu boleh la balik selalu. hehe. Kawan-kawan yang lain juga masih menunggu posting seperti saya, kita hanya mampu tunggu dan berdoa.Lets pray for the best! Kalau nak tengok kat mana dan apa yang di makan haritu, boleh singgah blog kawan saya di sini, ada gambar dan review. Dia ni food blogger, kalau nak tgk blog dia kena tahan lah, tambah2 di bulan puasa ni. hehe

Semalam, Khamis (11hb ogos) ada appointment dengan doktor. Nak menunggu dalam sejam setengah juga, tapi nak berjumpa doktor tu makan masa sekejap aja.hehe. Alhamdulillah semuanya ok. Saya di schedule kan utk ultrasound lepas raya nanti, alhamdulillah bolehla tengok bersama suami. Insya Allah suami bakal pulang minggu depan (19hb). Tak sabar rasanya. Minggu depan nak settlekan semua baki urusan yg tinggal, supaya boleh pulang ke Jerteh denga n rasa aman. Semalam sewaktu ke klinik, saya hanya berseorangan.Yalah, semua orang kerja dan sekolah. Nak ajak kawan-kawan teman pun rasa awal sangat, pukul 8. Tiba di klinik, saya tengok 100% wanita mengandung ke sana memang berseorangan tanpa suami. Memang normal kot kan?hehe.

Hari ni ingat nak ke bank, tapi memandangkan rasa mual teruk dan asyik nak ulang ke bilik air aja, saya batalkan aja kot niat saya. Tengoklah macam mana petang nanti insya Allah.
Selamat beribadah!

Sunday, August 7, 2011

Puasa ke 8

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah menginjak Ramadhan ke 8 hari ini. Moga saya kuat untuk berpuasa sepanjang hari ini,di samping menunaikan ibadah-ibadah lain juga insya Allah.

Tak banyak yang nak diceritakan, memandangkan hidup saya sekarang berkisar di dalam rumah saja. Kalau tak ada urusan penting atau diminta tolong abah utk ambil adik-adik di sekolah atau tuisyen, memang tak kemanalah saya.

Tahun ni giliran kaklong dan kakngah pula raya di Perlis, dan saya raya di T'ganu. Mesti meriah raya di sini tahun ni. Terengganu pun tak kurang meriahnya, semua ada berkumpul. Raya pertama bukan sebagai seorang pelajar lagi. Dan tahun depan insya Allah bakal beraya bertiga. Tak sabar rasanya. Melihat ada rakan sebaya yang dah masuk 3 orang anak, membuatkan saya rasa 'tak muda' lagi untuk menjadi seorang ibu muda. hehe. Namun rezeki, jodoh dan ajal bukan tugas kita, segalanya dari Allah. Cepat atau lambat tidak menjadi soal, pokoknya segala yang datang adalah yang terbaik dari Allah. Segala puji hanya milik-Nya.

Progress di minggu ke 13, alhamdulillah masih kuat untuk berpuasa, walaupun ada yang lopong dek kerana hampir pitam. Morning sickness masih ada, walaupun dah makan ubat anti-nausea,masih tak berapa jalan, tapi berkurangan alhamdulillah. Baju masih muat, kerana perut tak berapa berubah lagi. Tapi dah dapat rasakan waistline saya membesar walaupun dalam keadaan berat yg turun. Paras ketone dalam urine test yg terbaru pun dah negatif alhamdulillah. Cukup air alhamdulillah. Kalau berterusan macam haritu, alamatnya masuk wad lah saya (nauzubillah).Mungkin sewaktu urine test yg pertama dulu dilakukan sewaktu hari ke 2 berpuasa, di mana ketika berbuka pada hari sebelumnya saya hanya makan nasi 2 3 suap dan air yg sedikit,paras ketone pun jadi tinggi. Alhamdulillah sekarang apabila dah seminggu berpuasa, dah mampu nak makan secara betul dan minum air yang secukupnya.

Khamis ni sepertimana yg saya ceritakan haritu, ada appointment dengan doktor di klinik kesihatan utk ibu hamil. Dan waktu ni jugalah akan di'schedule' untuk ultrasound. Saya harap tarikh tu suami dah ada. Dia sangat excited nak tengok baby. Kalau katakan tak sempat pun boleh pergi private klinik nak buat US sekali lagi insya Allah.

Cakap pasal suami, beliau pulak mengidam sekarang ni. Nak makan nasi kenduri. Kesian pulak. Mana ada dijual nasi kenduri. Kalau nak makan nasi dagang ke nasi ayam hainan ke, boleh la nak dibeli hehe. Nanti la insya Allah bulan Syawal ni mesti banyak kenduri kahwin. Cedoklah puas-puas nanti hehe.Kesian pula setiap kali fikirkan apalah yg dimakan waktu berbuka puasa. Puasa terakhir kami bersama di Jordan adalah sewaktu 2009. Tahun lepas, hari pertama Ramadhan, suami saya berlepas pulang ke Msia, tak sempat berbuka bersama di sana. Tahun ni pula, giliran saya di sini. Tak apalah, sempat juga berbuka bersama-sama tahun ni di Malaysia insya Allah. Semoga abang Amir menghargai Ramadhan terakhir nya di Jordan, insya Allah.

Selamat beribadah!






Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke 5

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dah hari ke 5 Ramadhan. Pejam celik dah hari ke lima kan. Rasa macam baru semalam start terawikh untuk malam 1 Ramadhan. Memang masa bergerak pantas. Harini pun dah jumaat. Tak la sunyi sangat kalau adik-adik balik sekolah awal macam hari Jumaat, pukul 12.30 dah balik. Kalau hari biasa, masing-masing balik pukul 2.30-3.00 petang, merasalah duduk sorang-sorang dari pagi sampai petang.

Semalam offer letter dari SPA dah sampai. Kena buat medical check up,akuan sumpah bla..bla. Alhamdulillah petang semalam juga saya ke klinik kesihatan untuk booking tarikh medical check up. Rupanya boleh buat terus in one go. Alhamdulillah, cuma 15hb ni kena pergi balik untuk appointment dengan doktor utk lengkapkan borang. Lepas ni tinggal nak pegi buat akuan sumpah dan register kwsp insya Allah. Minggu depanlah saya fikirkan. (Dengan penuh harapan surat KKM sampai lepas raya, amin ya Rabb!)

Bersyukur Ramadhan kali ini dapat disambut penuh di Malaysia, biarpun agak sedih tanpa suami. Tak apalah, tahun depan bakal datang dengan kegembiraan insya Allah. Nikmat dari Allah yang tidak putus2 sekarang alhamdulillah,sangat bersyukur. Moga segalanya dipermudahkan Allah selalu. Hanya kepada-Nya kami bertawakkal..

Dah masuk hari ke 5 puasa, tidak pernah satu hari pun saya berkunjung ke pasar ramadhan. Mungkin sebab tak larat atau tak semangat, selalunya ke sana bersama suami. Nanti mula la nak rasa sedih. Orang mengandung memang emosi, tapi tak boleh layan sangat hehe. Semua tugas beli kuih diserahkan pada yg pakar, abah saya. Ya Allah, selagi tak cukup RM15 nilai kuih, memang abah saya tak berenti beli. Bayangkan yang nak makan hanya 2-3 orang saja, kuih yg dibeli mencecah 45 biji (RM1= 3 biji kuih di Perlis). Abah saya ni bab makan atau mengidam, saya tak berani cakap sangat. Kalau saya katakan mengidam nak makan popia goreng, memang dia beli 12bijik untuk saya SEORANG. Kalau mengidam makan koteow sup, dia akan beli 2 bungkus untuk saya seorang sekaligus. Ya Rabb. Saya makan 3-4 suap pun termengah. Sebab tu sekarang tak berani nak cakap mengidam apa dah, nanti confirm ada yang buang besoknya.
Lepas tu kalau waktu berbuka, bila tengok ayam golek, mulala abah saya teringat menantu dia kat Jordan. Abang Amir memang suka ayam golek yg selalu dibeli waktu bulan puasa. Mulala risau menantu dia berbuka apa harini. Pastu berazam nak beli banyak-banyak bila suami saya pulang nanti. Abang Amir,sila take note. Bila abang balik konfem abah beli 2 ekor ayam golek hehehe. Merasalah abang makan seekor sorang.

Moga Allah beri kekuatan dan kemudahan kepada kita untuk melipat gandakan amalan di bulan puasa ini. Moga segala amalan kita diterima Allah insya Allah..


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, harini dah 3 Ramadhan. Masih kuat berpuasa alhamdulillah, walaupun muntah masih ada. Saya gagahkan juga. Selasa yg lepas dah masuk minggu ke 12 usia kandungan, alhamdulillah. Dan tadi kali pertama buat check up di Malaysia setelah 3 minggu pulang ke sini. Kesibukan sebelum ini untuk menguruskan hal lapor diri dan interview menghalang niat saya utk ke klinik desa. Alhamdulillah,dengan izin Allah segalanya telah selesai.

Dengan izin dan bantuan Allah, urusan lapor diri dan interview berjalan dengan mudah. Alhamdulillah, terima kasih banyak atas bantuan kaklong sekeluarga. Tak lupa juga buat kakngah sekeluarga. Memang kata orang, kalau nak dilayan tip top, kena la tunggu waktu mengandung. hehe. Memang terasa di sayangi. Walaupun suami berjauhan, sms ,telefon serta ym menjadi penghubung hari-hari. Tak lah ketinggalan khabar.Rasa sedih kalau teringatkan suami memang lah tak dinafikan, namun selalu diperingatkan utk mengisi masa-masa sebigini dengan solat sunat dan tadarus. Insya Allah,takkan sayang lupa, abang Amir.

Ujian darah yg sepatutnya beratur dan mengambil masa untuk sampai giliran, alhamdulillah dipermudahkan Allah, untunglah dapat ibu yg berkerja di Tabung Darah. Test dan results boleh buat dan print sendiri. Selesai dalam satu hari alhamdulillah. Minggu depan dischedule ke klinik kesihatan pula untuk mula appointment dengan doktor. Lepas ni sorang-sorang lah agaknya ke klinik memandangkan suami berjauhan. Kalau ada Mimi memang dah lama saya ajak kawan kesayangan saya ni hehe. Sekarang kalau nak kemana-mana, memang adik-adiklah yg menjadi mangsa. Nasib dah besar-besar, senang nak bawak ke hulu ke hilir. Tapi masalah juga nak heret anak-anak dara ni, nak bersiap bukan mainlah lama.

Bercakap tentang urine dan blood tests, alhamdulillah semuanya normal. Hb, glucose semua normal. Tapi ketone tinggi, menandakan kurang makan dan kurang air. Blood pressure juga normal alhamdulillah. Semenjak first check up di Jordan sehingga check up di sini hari ni, berat saya turun 4 kilo, tapi seperti yg dijangka, masih overweight. Hehe. Insya Allah kandungan kedua nnti moga dapat capai berat badan ideal insya Allah.

Takut juga memikirkan selera makan yg tak ada ni , bila berbuka kalau nak makan nasi memang berpeluh-peluh, tak boleh nak telan langsung. Makan kuih ajalah. Risau hari-hari fikir cukup ke nutrient baby ni, alhamdulillah dah beli susu utk ibu mengandung. B complex, folic acid dan iron mmg makan ikut schedule. Biasalah dah bulan puasa ni, masuk tengahari mula lah mual makin teruk. Kerja tak boleh nak buat langsung, asyik terbaring je. Alhamdulillah mama umi memang sangat sporting. Rasa nak menangis pun ada. Adik-adik pun memang penyayang, mudah minta tolong. Tapi perempuan kan tamak, saya nak kedua-duanya. Kehadiran suami dan juga family..

Insya Allah, 2 kali jumaat lagi sebelum suami pulang. Moga dipermudahkan urusan beliau, amin ya Rabb...

Sunday, July 10, 2011

Sirih Pulang ke Ganggang

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, hari ni masuklah hari ke-4 saya menjejakkan kaki di Malaysia. Kali ini bukan sebagai percutian utk sebulan dalam setahun, yang berterusan sejak 4 tahun yang lepas, tetapi sudahpun kembali menetap di Malaysia. Alhamdulillah ala assalameh. Perjalanan yang panjang dipermudahkan Allah, rasa mual dan loya tak datang dengan teruk. Mungkin rasa sedih dan rindu lebih kuat daripada rasa sakit menahan alahan,hehe. Jordan telah saya tinggalkan, yang mana telahpun boleh dikategorikan sebagai memori yang boleh saya simpan kemas dalam ingatan. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah untuk berkunjung ke sana lagi,mudah-mudahan. Terutamanya tahun depan, untuk meraikan kejayaan abang Amir (insya Allah! doa untuk kanda) pada tahun depan.

Rasa sedih belum hilang sepenuhnya, namun alhamdulillah tidaklah saya jangka saya sekuat ini. Semuanya dari Allah. Jiwa yang berada di dalam rahim ini sebagai pendidik. Saya perlu kuat. Untuk suami dan anak saya. Moga keberjauhan saya dan suami ini menjadikan saya lebih berdikari insya Allah. Berdikit-dikit untuk buang rasa selesa seperti sebelum ini.

Pulang ke Malaysia alhamdulillah saya ada selera untuk makan, tak seperti di Jordan. Dan alahan juga berkurangan. Cuma kalau dibiarkan perut kosong memanglah agak teruk rasa loya tu. Bayangkan pukul 2 pagi terjaga, semata rasa angin naik tekak.. 'Terpaksa' lah makan hehe. Fizikal saya masih belum adapt sepenuhnya untuk waktu Malaysia.Tidur masih tak lena, dan waktu tidur memang dah kucar kacir. Tak apalah, perlahan-lahanlah. Semuanya ambil masa.

Besok adik-adik mula sekolah, agak sedih sebab terpaksalah duduk seorang diri di rumah. Kan dah mengimbau kembali zaman tunggu result spm dulu hehe. Cumanya sekarang saya dah berkahwin, dan nak jadi mak dah pun.

Semoga abang Amir sentiasa tabah berseorangan di sana. Tak lama dah abang nak balik ber elektif di Perlis. Dalam kiraan saya insya Allah 6 kali Jumaat lagi sampailah dia. Gigih menghitung hari...


Thursday, June 23, 2011

Quick update

Assalamualaikum..


Dah lama sungguh tak update blog walaupun dah hampir 4 minggu habis final exam. Dah keluar result pun. Alhamdulillah I've passed! I'm officially a dentist alhamdulillah. Segalanya daripada Allah. Tanpa kekuatan dari-Nya, sudah tentu takkan sampai ke hari ini. 5 tahun sungguh berlalu dengan sangat cepat. Lusa insya Allah konvo untuk Faculty of Dentistry. Will update with pictures later, insya Allah.

Another good news, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, selepas 3 tahun mahligai cinta dibina, akhirnya bakal menyambut orang baru dalam keluarga kecil kami. Alhamdulillah, baby sekarang dah nak masuk 7 minggu. Doakan kami sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah, insya Allah.

2 minggu lagi bakal pulang ke Malaysia. Sedih nak meninggalkan suami yg dah mula tahun akhir di sini. Namun insya Allah, pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang terbaik di masa hadapan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, kan?

Insya Allah update lebih panjang di hari lain. Sebetulnya kami baru pulang dari bercuti. Namun dengan mabuk dan alahan yang saya alami, ada 2 3 hari yang dibazirkan,hanya duduk di dalam hotel. Alhamdulillah rasa loya berkurangan bila sampai di rumah sendiri. Semoga saya diberi kekuatan oleh Allah dalam tempoh hamil ini,insya Allah...


Thursday, March 31, 2011

Hidup yang tak sunyi dari ujian..

Assalamualaikum..

Hari Khamis datang lagi. Hari gembira bagi saya. Sebab apa? Sebab esoknya cuti hehe. It's been a rough week, with clinics,classes and studies. Luckily kelas hanya ada 2 kali seminggu untuk semester ni. Tapi pulang rumah tetap lah penat macam kelas sampai Asar. It makes me wonder how can i cope with hectic schedules masa pre-clinical yang dulunya kelas dari pukul 8 sampai 5 petang almost everyday. I guess thinking so hard about future did work as my salvation. Alhamdulillah, kekuatan itu datangnya dari Allah s.w.t.

The fact that graduation is so nearrr makes me kind of worry, especially when it comes to the time when i could hardly perform well in clinics. Ya Allah, minggu ni rasa sangat kesal dengan diri sendiri bila tak mampu nak extract remaining roots dengan terbaik, had problems with tofflemeyer in cons ( mind you we will later be assessed based on class II cavity restorations for our final clinical exam), missed mucocele on the soft palate and a few hidden caries for my diagnoses in ITU, problems with border-moulding (still??), and some other things which I couldn't recall. Rasa teruk,balik rumah keep on thinking about mistakes that happened,hoping that there's still room for improvement.

Oral Mucocele

Dicampur masalah persekitaran lagi, sana sini.. Tak lupa kata-kata sorang kawan, yang mana semua ni bakal kita lalui sehinggalah ada private practice sendiri.. Andai kesabaran di atas segala ujian ini dapat ku tuai saham yang besar di akhirat kelak, aku redha ya Rahman..

Alhamdulillah, suami keeps cheering me up everyday dan mendengar apa yang berlaku dengan setia walaupun kadang-kadang tak faham benda yang diceritakan ( terutamanya benda yang membabitkan materials and instruments in the clinics), dan surprisingly (not!) will always come up with reasonable advices. Alhamdulillah...alhamdulillah..

Di Perlis banjir lagi, begitu juga T'ganu. Namun alhamdulillah tak seterus Disember lepas. Besok nak sembang panjang lagi dengan mak, insya Allah.

Tahun ni bakal menyambut 3rd wedding anniversary, alhamdulillah. Namun tarikhnya jatuh dalam fatrah final exam saya, begitu juga suami. Tak apalah, celebrate lambat sikit dalam bulan 6. Waktu tu insya Allah saya dan suami dah pun habis final exam. Doakan.. Teringat seminggu dua selepas nikah dulu,terus dah start final exam untuk 2nd semester 2nd year. Alhamdulillah ada teman study stay up malam-malam, benda yang tak pernah dibuat sewaktu bujang, sebab kalau stay up utk study pukul 2 3 pagi rasa scary. Memang penakut.

Hari tu prepared murtabak sardin utk dinner. Sebenarnya tak ada stok minced beef, jadi terpaksa la opted for sardin. Alhamdulillah bolehla, tak la sedap macam pasar malam punya murtabak (ada kah murtabak sardin di pasar malam?)






Monday, March 21, 2011

Nota harian

Assalamualaikum..

Harini hari yang agak panjang rasanya di klinik. Di klinik Perio, masa yang diberi sorang satu jam setengah memang digunakan dengan sebaiknya, dan sepenuhnya!Proses scaling memang mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi scaling dan root planing.Memang memenatkan. Tak, saya tak merungut, cuma di klinik ini kerjanya adalah untuk mencuci sebersih-bersihnya gigi patient yg datang. Memotivasikan pesakit pun salah satu tanggungjawab, sekiranya pesakit yg datang untuk 2nd visit tetapi tahap penjagaan mulut masih di takuk lama, the student himself should take the blame. Kadang-kadang bila patient datang untuk complete-kan treatment tapi plaque masih banyak here and there, rasa kecewa sangat-sangat. Tapi banyak juga pesakit yang baik dan co-operative. Alhamdulillah, rasa lega bila dapat pesakit mcm ni.


Kurang sebulan exam midterm, dan sebulan lebih lagi untuk final exam. Semoga segalanya dipermudahkan Allah,insya Allah. Banyak yang difikirkan sekarang. Study, dan juga kehidupan di Jordan yang bakal saya tinggalkan . Saya bukan sahaja tinggalkan kenangan di sini, tetapi juga terpaksa 'tinggalkan' suami saya berseorangan untuk tempoh lebih kurang 8 bulan di sini. Kali pertama berjauhan untuk tempoh yang lama. Tak apa, orang kata rindu boleh menyulam cinta,hehe. Alhamdulillah suami dapat juga pulang beraya di Malaysia, yang kebetulan pada masa yang sama jatuh dalam fatrah elektifnya di hospital kangar selama 2 bulan, insya Allah.

Ahad lepas,suami request nak makan sesuatu selain nasi. Ditambah dengan rasa rajin yang membuat-buak haritu, balik klinik start sesi mem-baking kek pisang dan menggulung popia.Yang part popia tu, saya tukang masak dan sediakan barang aja, suami yang rajin nak menggulung semua. Yang sebetulnya saya tak pandai menggulung popia sekemas si suami. Bolehlah setakat nak makan 2 orang.


Cakap pasal makan ni lagi, stok barang yang dibawa dari M'sia dah bakal habis. Mujurlah haritu ada kawan-kawan yang pulang bercuti, boleh juga dikirim sesetengah barang. Walaupun hampir 5 tahun berada di sini, masih juga tak boleh tolerate 100% rempah ratus dari sini. Contohnya serbuk kari, memang sangat berbeza rasanya berbanding serbuk kari Malaysia. Tapi berbanding 2006 atau 2007 yang lalu, Jordan dah banyak maju dari segi barangan makanan import khususnya dari Malaysia, Thailand dan Indonesia. Bihun kering yang dulunya hanya boleh didapati di Amman, dah pun ada di Irbid. Koteow pun ada walaupun jarang-jarang, walaupun rasanya memang tak dapat menandingi koteow fresh di Malaysia. Cili kering dan santan pun tak perlu dibawa lagi dari Malaysia, semuanya ada di sini. Pricewise, agak mahal sikit lah, but still tolerable.
Melepas rindu.Thanks Mira

Memandangkan stok papadom dah nak habis, saya cuba la buat sendiri. Tapi tak berapa jadi mungkin sebab tak senipis yang dah dijemur. Tambahan pulak saya tak jumpa di mana nak beli lentil flour, memang tak memuaskan la hasilnya. Makan nasi dgn papadom ni memang favourite suami, sampaikan nasi ayam pun di request dengan papadom.

Ni papadom dri Msia,bkn buat sndiri. Makan dgn nasi ayam.




Saturday, March 12, 2011

Dah sebulan lebih

Assalamualaikum wbt..

Lama tak menulis sejak sekolah dibuka. Besok insya Allah bermulalah minggu ke 6 persekolah semester akhir. Jadual midterm dan final pun dah keluar. Moga dipermudahkan Allah. Persediaan? Selagi jam tidak menunjukkan tarikh bermulanya exam, selagi itu lah usaha perlu dibajak. Di klinik juga boleh dikatakan agak stress, lebih2 lagi bila doktor dah mula meletakkan high expectations kpd 5th year students untuk handle patients sendiri, dan tak expect untuk melakukan kesilapan. Moga Allah permudahkan segalanya... Tawakkal bulat-bulat.


Kredit untuk Kak Nik

Sejak sekolah ni tak ada masa dah nak membaking, sekali ja oven berasap tu pun sebab masak puding roti. Nampaknya blog ni dah nak tukar jadi blog makan ke? Hari-hari pulang ke sekolah masak di waktu petang, memandangkan suami dah makan tengahari di hospital. Alhamdulillah, suami banyak membantu ringankan beban, selalu andai kata beliau kebetulan pulang awal, memang tak perlu sinsing lenganlah saya untuk ke dapur kerana beliau dah sediakan makanan tengahari. Masakannya boleh tahan sedap. Sesetengah lauk pauk yang saya tak mampu masak, saya harapkan bantuan beliau.Kadang-kadang untuk minum petang sementara tunggu dinner, saya sediakan finger foods aja untuk mengalas perut suami dan juga diri sendiri.



Hari ni memandangkan hari sabtu, suami request nak makan beriani.Tapi bila ke kedai rempah beriani pulak dah habis. Terpaksa la tukar menu, chicken kabseh. Alhamdulillah kenyang juga. Suami saya memang suka nasi yang dimasak sekali dengan ayam ni. Memang bertambah lah dia makan. Walapun kabseh tu nasi arab, dah nama pun tekak melayu, kena juga ada air asam. Nak kena lagi makan dengan papadom, hehe.


Minggu depan suami akan exam OnG. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan rakan-rakan yang lain. Moga kejayaan yang terbaik untukmu,'umri.

Resah memikirkan requirements yang perlu dipenuhi dan exams yg bakal dihadapi.. Allah..Allah..




Thursday, February 24, 2011

Tuesday, February 15, 2011

Perkahwinan Membaja Ibadat

Thursday, February 3, 2011

Salam

Assalamualaikum...

Alhamdulilllah hari ni dah khamis. Ahad ni start klinik dah. Semoga Allah permudahkan insya Allah. Setelah lama cuti harapnya tak kekok nak pegang handpiece semula. Semester akhir ni masih ikut jadual semester lepas, cuma tinggal 2 kelas saja sekarang. Kalau ikutkan hanya 2 hari yang pulang pukul 1.30, dan hari-hari lain pulang pukul 12 insya Allah.

Berita mengenai krisis di Mesir memang sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi buat student-student Malaysia di sana. Semoga Allah permudahkan mereka. Doa kami buat mereka semua. Tak kurang juga pertanyaan dari keluarga dan kawan2 mengenai keadaan kami di Jordan. Alhamdulillah di sini tiada apa apa.

Tak banyak yang nak dikongsi kerana masa cuti saya habiskan di rumah sahaja.

Kuih Ketayap
Red Velvet cake yg dah jadi kek merah makngah. Tak ada coklat emulco.

Friday, January 28, 2011

Lagu Romantik

Dalam perjalanan pulang dari dinner di luar,di tengah hujan rintik-rintik..

Isteri : Abang boleh nyanyikan satu lagu kat sayang?

Suami : start nyanyi "sebelum tidur..muhasabah diri..... "


Ingat lagu kumpulan ni? lagu Doa Sebelum Tidur. Cari kat youtube tak ada. Kalau tak silap kumpulan Aeman yang nyanyi. Lama tak dengar. Tiba-tiba jadi lagu di malam dating hujung minggu.

Monday, January 24, 2011

Puri (Puffed Bread)

Assalamualaikum..

Hari ni suami request nak makan rendang ayam.Alhamdulillah stok serai masih ada. Suami dah pun mula kelas kembali, jadi saya kembali berseorangan lah di rumah.

Dengan masa senggang yang ada,di samping rasa 'bosan' nak makan nasi, mula la teringin nak makan roti. Kebetulan semalam sempat browse indian recipe seperti pelbagai jenis naan dan puri.

Puri ni saya kenal di sini, macam roti goreng yang sangat gebu dan nampak sangat menyelerakan. Bila dah cuba makan,memang kena dengan tekak lah. Di sini pun tak semua kedai yang boleh jumpa puri ni (atau disebut buri di sini). Kadang-kadang teringin sangat nak makan tapi bila ke kedai, tak ada pula. Ikut hari dan waktu agaknya dijual. Jadi disebabkan saya teringin nak makan dengan rendang ayam, try la buat. Alhamdulillah mau jugak dia naik. Nak membuatnya sangat mudah, hanya menggunakan tepung yang di uli.Tapi to be on the safe side, saya tambah yeast kering dan baking powder bagi lebih fluffy.


Gambar ni yang saja sempat ambil,tangan ketar baru lepas kena air sejuk.

Saiznya saya buat kecil saja, muat2 kuali kecil yang nak dipenuhkan minyak. Tapi alhamdulillah makan 2 pun dah kenyang sangat dah.

Cuti dah di 2 minggu yang terakhir dah. Sekarang dah terbayang-bayang hari yang bakal dilalui, hari-hari yg padat dengan rutin yang sama di klinik. Moga dipermudahkan Allah dalam segala urusan.

Tuesday, January 18, 2011

Cerita baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah semenjak suami cuti ni terasa cuti terisi. Walaupun tak ke mana, tak keluar dari Jordan, banyak benda yang dibuat bersama. Boleh dikatakan hari-hari juga keluar. Ada saja urusan yang nak kena selesaikan.Saya seronok ajak meneman. Tak lah bosan di rumah.

3 hari lepas, ada sedikit masa terluang. Buatlah kek dua warna ni. Saya namakan kek pelangi walaupun hanya 2 warna. Pelik, di sini susah nak cari pewarna merah atau biru ,maksud saya di Irbid. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga sewaktu ke Amman semalam. Resipi kek tu saya hanya alter dari resipi-resipi kek mudah yang saya jumpa di internet dan buku resipi yang saya bawa dari Malaysia.

Banyak benda sebenarnya yang saya sangat teringin untuk cuba sementara cuti ni. Tengoklah insya Allah nanti ada rezeki boleh la try.

Semalam ke Amman kerana ada urusan penting yang suami nak selesaikan. Berulang alik banyak tempat juga.Namun alhamdulillah, Allah sangat-sangat permudahkan urusan kami. Semoga urusan di Malaysia juga dipermudahkan nanti,insya Allah..



Dah selesai segala urusan, bolehlah pergi makan dan shopping sikit. Tu pun tak lama sebab hari dah petang. Tapi tak apalah, sebab dah puas hati dapat jalan-jalan bersama suami.








Harini kebetulan permohonan elektif suami perlukan salinan pasport. Risau juga saya pada mulanya kerana pasport masih berada pd junior kerana urusan iqamah. Namun alhamdulillah, pertolongan Allah, kata junior memang dah siap harini semuanya, dan boleh kutip. Alhamdulillah..lega. Allah permudahkan urusan suami. Moga Allah permudahkan urusan seterusnya insya Allah..












Thursday, January 13, 2011

Cakap pasal cuti, lagi


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,berpagi-pagian di hari Jumaat. Cepat masa berlalu, dah berada di penghujung minggu ke-3 cuti. Memang masa berlalu tanpa sedar. Nampaknya ada 3 minggu lagi cuti berbaki. Tak lama dah nak start semester baru, semester akhir, insya Allah.

Minggu ke- 2 cuti demam selesema menyerang. Memang rasa masa cepat berlalu sebab hampir 4 hari tak larat bergerak banyak. Sakit itu kafarah dosa, moga dapat keampunan dan ganjaran yang baik dari Allah swt.

Bangun pagi-pagi fikir, nak masak apa untuk sarapan. Tambahan pula ketika suami cuti. Selalunya di hari sekolah, beliau jarang makan pagi sekarang ni. Pulangnya hampir Asar. Jadi saya hanya sediakan kudap-kudap petang dan makan malam saja. Untuk petang, hanya kuih-kuih atau puding yang mudah, kalau rajin sikit buat kek. Makan malam pula ikut permintaan suami. Selalunya nasi berlauk lah. Musim sejuk almaklumlah malam panjang, kalau dikatakan dinner lepas Isyak, maknanya lebih kurang pukul 6.30 makannya.


Semenjak cuti ni barang dapur asyik cepat habis. Kebiasaan kalau hari-hari sekolah dua minggu sekali baru barang surut,sekarang ni seminggu sekali dah perlu beli baru. Tepung yang saya jarang guna dulunya, sekarang 1kg kurang seminggu dah boleh habis. Wah, dah jadi orang arab ke banyak guna tepung,padahal makanan ruji tetap beras. hehe.

Alhamdulillah, minggu ni suami cuti. Tak lah sunyi di rumah,ada kawan. Moga ada rezeki pergi jalan insya Allah..

Saturday, January 8, 2011

Rindu

Assalamualaikum..

Bila tengok kembali gambar-gambar yang diambil masa raya tahun lepas, rasa rindu sangat pada keluarga di Perlis, tak lupa juga pada keluarga di Terengganu. Masa yang diisi di Malaysia memang terasa sangat pantas berjalan. Namun terubat jugalah rindu setiap kali telefon bertanya khabar keluarga di Malaysia,seminggu sekali.

Melihat kembali masa yang telah berlalu, 5 tahun banyak perkara yang berlaku. Ketika datang ke Jordan, adik-adik masih lagi bersekolah rendah. Farah yang ketika itu darjah 6, sekarang dah tingkatan 5, bakal mengambil SPM tahun ni. Sakina pula sekarang dah tingkatan 2. Fizikal dah tinggi sama macam Cikda dah. Terkejut sangat melihat adik-adik yang dahulunya asyik menangis kini dah besar, jadi anak dara cun yang garang hehe.


Kina,Mama, Farah.

Haziq pula, adik yang paling bongsu dan paling manja dah darjah 6 pun sekarang. Manja nya masih sama seperti dulu, selamanya akan menjadi anak kecil kesayangan semua orang walaupun nak masuk sekolah menengah dah tahun depan.Anak soleh yang sentiasa mengajak dan mengingatkan umi dan mama supaya tak tinggal solat-solat sunat, terutama solat dhuha. Alhamdulillah... alhamdulillah.. moga terus menjadi anak soleh.

Haziq dan Umi

Dulu datang ke Jordan berseorangan, pulang berdua. *Senyum-senyum pada abang Amir *

Keluarga bertambah besar setelah berkahwin. Bertandang ke Terengganu pertama kali dalam hidup setelah menjadi isteri si suami. Agak kekok pada awalnya kerana adik beradik suami semuanya lelaki,kecuali seorang perempuan. Berbeza dengan saya yang semuanya perempuan, kecuali seorang lelaki. Namun lama-lama dapatlah menyesuaikan diri, adik-adik ipar sangat baik dan senang diajak berbual. Taklah segan dibuatnya. Alhamdulillah, ibu dan ayah mertua yang sangat baik,tidak membeza kasih antara anak dan menantu. Timbul perasaan yang sangat senang setiap kali pulang ke kampung suami.

Ma dan adik-beradik ipar

Tahun 2008, hati abahlah yang paling senang. Menerima menantu 3 sekaligus dalam tahun tersebut. Kakngah pada Februari, saya pada bulan Mei dan kaklong akhir sekali pada bulan Ogos. Kaklong mengalah dulu kepada adik-adik nampaknya.

Ogos 2008

Kali pertama abah berjumpa suami, katanya Amir tak tumpah seperti wajah saya. Amir pula pandai ambil hati, memang sangat 'setuju' lah dengan abah.

Abah dan Abang Amir

Anak buah dah semakin ramai, bakal bertambah lagi pertengahan tahun ni insya Allah. Anak sendiri? Insya Allah, doakan kami.


Saturday, January 1, 2011

Tutup

image from niqab.de


Ada yang berkata pabila disoal mengenai aurat yg terdedah, katanya hati belum terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga kerana rasa diri 'terkurung' di balik aurat yang ditutup kain. Atau alasan yang lain bagi sesetengah pihak, pakaian yang sempurna dari sudut syari'e tak dapat menunjukkan diri mereka yang sebenar.Dan sekiranya dipaksa juga hanya akan menjadikan mereka hipokrit.

Wanita yang beriman akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dari bertabarruj, jauh sekali -menampakkan aurat yang sudah terang-terang haram terdedah dengan sengaja. Saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sebegini sejak dari sekolah menengah sehinggalah menuntut di universiti. Rakan yang mampu menegur kesilapan untuk kebaikan mampu diibaratkan sebagai emas; yang mana tetap tinggi nilainya tak kira bentuk. Sehinggalah saya berumahtangga, kini nasihat suami menjadi peringatan yang sangat bernilai dalam segala aspek, tidak ketinggalan bab aurat.

Tiada alasan hati belum terbuka untuk menutup aurat. Perkara yang wajib, mesti dilaksanakan. Jagalah aurat dengan sebaik-baiknya. Soal hati pula, serahlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu membolak-balik kan hati manusia.

Semoga kita semua sentiasa berada di landasan yang benar.. insya Allah..