Sunday, August 7, 2011

Puasa ke 8

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah menginjak Ramadhan ke 8 hari ini. Moga saya kuat untuk berpuasa sepanjang hari ini,di samping menunaikan ibadah-ibadah lain juga insya Allah.

Tak banyak yang nak diceritakan, memandangkan hidup saya sekarang berkisar di dalam rumah saja. Kalau tak ada urusan penting atau diminta tolong abah utk ambil adik-adik di sekolah atau tuisyen, memang tak kemanalah saya.

Tahun ni giliran kaklong dan kakngah pula raya di Perlis, dan saya raya di T'ganu. Mesti meriah raya di sini tahun ni. Terengganu pun tak kurang meriahnya, semua ada berkumpul. Raya pertama bukan sebagai seorang pelajar lagi. Dan tahun depan insya Allah bakal beraya bertiga. Tak sabar rasanya. Melihat ada rakan sebaya yang dah masuk 3 orang anak, membuatkan saya rasa 'tak muda' lagi untuk menjadi seorang ibu muda. hehe. Namun rezeki, jodoh dan ajal bukan tugas kita, segalanya dari Allah. Cepat atau lambat tidak menjadi soal, pokoknya segala yang datang adalah yang terbaik dari Allah. Segala puji hanya milik-Nya.

Progress di minggu ke 13, alhamdulillah masih kuat untuk berpuasa, walaupun ada yang lopong dek kerana hampir pitam. Morning sickness masih ada, walaupun dah makan ubat anti-nausea,masih tak berapa jalan, tapi berkurangan alhamdulillah. Baju masih muat, kerana perut tak berapa berubah lagi. Tapi dah dapat rasakan waistline saya membesar walaupun dalam keadaan berat yg turun. Paras ketone dalam urine test yg terbaru pun dah negatif alhamdulillah. Cukup air alhamdulillah. Kalau berterusan macam haritu, alamatnya masuk wad lah saya (nauzubillah).Mungkin sewaktu urine test yg pertama dulu dilakukan sewaktu hari ke 2 berpuasa, di mana ketika berbuka pada hari sebelumnya saya hanya makan nasi 2 3 suap dan air yg sedikit,paras ketone pun jadi tinggi. Alhamdulillah sekarang apabila dah seminggu berpuasa, dah mampu nak makan secara betul dan minum air yang secukupnya.

Khamis ni sepertimana yg saya ceritakan haritu, ada appointment dengan doktor di klinik kesihatan utk ibu hamil. Dan waktu ni jugalah akan di'schedule' untuk ultrasound. Saya harap tarikh tu suami dah ada. Dia sangat excited nak tengok baby. Kalau katakan tak sempat pun boleh pergi private klinik nak buat US sekali lagi insya Allah.

Cakap pasal suami, beliau pulak mengidam sekarang ni. Nak makan nasi kenduri. Kesian pulak. Mana ada dijual nasi kenduri. Kalau nak makan nasi dagang ke nasi ayam hainan ke, boleh la nak dibeli hehe. Nanti la insya Allah bulan Syawal ni mesti banyak kenduri kahwin. Cedoklah puas-puas nanti hehe.Kesian pula setiap kali fikirkan apalah yg dimakan waktu berbuka puasa. Puasa terakhir kami bersama di Jordan adalah sewaktu 2009. Tahun lepas, hari pertama Ramadhan, suami saya berlepas pulang ke Msia, tak sempat berbuka bersama di sana. Tahun ni pula, giliran saya di sini. Tak apalah, sempat juga berbuka bersama-sama tahun ni di Malaysia insya Allah. Semoga abang Amir menghargai Ramadhan terakhir nya di Jordan, insya Allah.

Selamat beribadah!






0 comments: