Tuesday, December 28, 2010

Cuti

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, cuti dah bermula. Sepatutnya cuti bermula pada minggu ini (30 December), walaupun klinik tamat pada 23hb yang lepas, disebabkan ada kelas yang masih belum habis. Namun disebabkan ramai yang nak bermusafir keluar Jordan, kelas yang berbaki ditunda ke awal semester akhir insya Allah. Alhamdulillah, cuti 6 minggu bertukar menjadi 7.

"Rileks saja nampaknya dentists tahun akhir.." kata Abang Amir, berseloroh. Rezeki cuti. Moga dimanfaatkan. Masa yang singkat ni lah yang perlu digunakan untuk menampung lubang-lubang yang mencacat-celakan diri sebagai pelajar final year. Malu juga, banyak lagi benda yang tak tahu. Usaha lagi....

Menjadi suri rumah sepenuh masa ni, saya cuba sebaik boleh menjaga rumah dan berusaha menghidangkan makanan 3 kali sehari, walaupun abang Amir hanya makan 2 kali saja di rumah ketika hari sekolah,hehe. Kesian, tak sihat cik abang sorang tu. Hari ni hanya sediakan bubur nasi sayur sahaja untuknya. Sakit tekak dan badan panas. Mujur tengahari masih ada selera untuk makan nasi ketika round di hospital. Sekurang-kurangnya ada tenaga untuk terus belajar. Alhamdulillah malam ni dah nampak perubahan, dah semakin ceria. Moga semakin sihat besok dan hari-hari seterusnya.

Rutin suami sekarang, tiba di rumah hampir asar setiap hari, dalam jam 2 petang. Sunyi juga duduk seorang di rumah. Tak ada orang nak sembang. Kalau hari sekolah, ada juga kawan borak.Jadi bila suami pulang, banyak la benda nak diperkatakan. Nak compensate balik waktu seorang diri dari pagi sampai ke petang. Kata suami, banyak betul benda yang saya nak cerita bila masuk cuti ni, lebih kerap dari hari-hari biasa..hehe. Saya tak dapat membayangkan diri saya sebagai suri rumah sepenuh masa sehingga anak-anak besar. Alhamdulillah, dibesarkan dalam keluarga yang semua wanita bekerja, saya yakin dapat mengurus keluarga walaupun bekerja, walaupun tidak sebagus atau setangkas jika dibandingkan dengan cara suri rumah menghandle rumahtangga.

Dah tak ada idea, tulis pun merepek. Jumpa lagi nanti insya Allah...


0 comments: