Tuesday, November 23, 2010

Angin November

Dalam perjalanan pulang dari sekolah..


Saya : Abang pernah tak terfikir bertemu jodoh kat sini?

Beliau : Pernah.

Saya : Bila? Macam mana terfikir?

Beliau : Saat pertama terpandang sayang...


Ni namanya nak ubah bagi mood saya baik lah ni, supaya bila balik rumah terus bersemangat buat kopi untuknya. Pernyataan general 'lelaki bermulut manis' memang benar. Itu yang membuatkan perempuan tertarik.

Saya? Sah-sah lah berbunga hati, walaupun hanya sekadar gurauan.

Angin sejuk dah mula sampai. Rasa sampai ke tulang. Dah mula kena pakai berlapis-lapis pakaian. Penat jalan kaki pakai baju banyak lapis ni. Nampak sangat kurang stamina. Tak apalah, insya Allah winter terakhir di sini. Sedih juga mengingatkan winter tahun hadapan, suami berseorangan. Semoga Allah memberi kekuatan yang luar biasa untuk kami berjauhan sementara nanti..

Exam juga semakin dekat, insya Allah semuanya bakal berlalu dalam sebulan lagi. Dalam kesusahan, insya Allah ada kemanisannya. Belajar bersabar, bersabar untuk mencapai kesenangan. Biar merah muka dan pedih hati menahan kesakitan, kerana dengan izin-Nya, ada kegembiraan di hujung jalan.Mudah-mudahan dipermudahkan Allah dalam segala langkah..

Doakan yang terbaik buat kami..

Friday, November 19, 2010

Hari Raya

Assalamualaikum..

Cuti seminggu bakal di penghujung. Bila dilihat balik hari-hari yang telah berlalu, banyak mana sangatlah yang diguna dengan terbaik. Ini salah satu kelemahan cuti bagi saya, the element of productive will be completely erased. Namun alhamdulillah, bagi saya banyak juga quality time yang dapat dispend bersama suami. Masa untuk exam lah kiranya lepas ni, sebelum bermula cuti yang panjang.

Kata suami, saya perlu mengubah selera saya. Maksudnya selera terhadap lauk-lauk tempatan. Bagi beliau, selera saya masih kebudak-budakan. Kalau tak masak lauk warna merah, mesti warna hitam. Kalau masak nasi lauk kegemaran suami seperti kerutuk ayam,rendang dan daging gulai kuning ,mesti di tambah kicap di atas nasi. Nak tergelak juga dibuatnya. Walaupun perkahwinan kami bakal menghampiri tahun ke 3, banyak lagi yang saya perlu/masih belajar. Masih bertatih untuk belajar memenuhi selera suami.

Pelan-pelan kayuh. Setiap kali pulang ke Malaysia, saya curi peluang belajar memasak dengan ma (ibu mertua). Skill memasak yang sedia saya pelajari dari ibu saya sebelum ini, saya asahkan lagi untuk mempelbagaikan lauk. Pulang ke Jerteh, banyak juga lauk baru yang saya pelajari,alhamdulillah. Seronok saya tengok suami yang seleranya bertambah-tambah setiap kali pulang ke sana. Itu yang membuatkan semangat saya membuak-buak untuk belajar. Alhamdulillah, kali ni pulang ke Jordan rasanya banyak jugak yang improve, walaupun terhad barangnya.

Lusa bakal mula balik rutin hari-harian. Banyak concerns yang perlu dihadapi sebelum menutup tirai semester 1. Insya Allah, moga Allah permudahkan. Moga semuanya yang terbaik..

Tuesday, November 9, 2010

May Allah always bless us!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 8 untuk semester 1 tahun 5. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Esok juga suami bakal exam lagi. Moga Allah permudahkan setiap langkahnya. insya Allah..

Risau juga, sudah 3 4 hari suami demam teruk. Selama 2 tahun lebih perkahwinan kami, baru sekali dua demamnya sebegini, jika tak salah saya. Alhamdulillah, suami masih boleh ke kelas dengan biasa, dan makan pun masih lalu.Mungkin perubahan cuaca yang semakin sejuk, kesihatan pun tak menentu. Namun hari ini, dah banyak perubahan. Dah boleh bergurau senda gelak ketawa dah. Lega hati rasanya..Alhamdulillah.. Moga Allah sentiasa limpahkan mawaddah dan rahmah ke atas perkahwinan yang terbina ini.

Secara tak sedar dah masuk bulan haji. Tak lama lagi bakal menyambut Aidil Adha. Dapat lah cuti seminggu, bermurah hati pulak JUST kali ni, hehe. Alhamdulillah.. Boleh la plan buat apa-apa, plus ini aja cuti yang sama dengan suami. Entah sampai grad nanti tak ada cuti yang bertembung agaknya.

Dah azan maghrib. Nanti tulis lagi. Jom solat.