Thursday, October 7, 2010

Beef Puff

Ini bukan iklan promo untuk jual karipap.

Memandangkan hari ni abang Amir berpuasa dan saya pulang awal dari sekolah, datang semangat nak buat karipap sbg kuih untuk suami berbuka puasa nanti. Kebetulan pula sebelum masuk dapur, suami mendapat msg jemputan untuk ke makan2 doa selamat di rumah jiran atas. Boleh lah buat lebih sebagai buah tangan.



Selepas zohor dah siap masak intinya. Usai solat asar mula lah misi menguli tepung. Anggaran setengah kilo tepung saja yang digunakan, dapatlah 30 biji.

Nak dijadikan cerita, ada masalah last minute yang membuatkan saya tak dapat pergi dan tak sempat nak goreng karipap, alamatnya saya kirimkan karipap yang saya dah saya sempat frozenkanlah tadi melalui suami.


Yang atas ni entry minggu lepas sebenarnya, tapi disebabkan blogger tak boleh upload gambar, jadi tertanggu sampai minggu ni. Alhamdulillah dah selesai minggu ke 4 sekolah, moga Allah lembarkan hari-hari yang baik untuk minggu yang seterusnya, insya Allah.

2 comments:

Mirae said...

waah nini.
sOdapnyee.
bertuah encik amir beristerikan nini..
rajin wat karipapp..
nyum2..
kecur air liur.
naseb baik dah makan karipap ari tu. hehe
nk 5o biji boleh.huhu

adrenida said...

mimii.. mimi buat lagi sedap,tak tipu. tgk tangan tu. nanti nini wat lagi, nini panggei mimi mai makan insya Allah. saja ja, tu minggu lepas rasa rajin sikit. besok dah sekolah T-T