Tuesday, June 22, 2010

Cukup bersyukurkah kita?

"Aku cemburu tengok kawan-kawan di negara lain,banyak peluang belajar benda baru. Kenapa kita 'terperangkap' di Jordan yang tak ada apa ni?"
Begitulah antara kata-kata yang pernah dilontarkan kepada saya oleh seorang rakan yang sangat disayangi. Persoalan itu membuatkan saya terfikir, betul juga kata-katanya. Belajar di Jordan susah sangat nak temui peluang untuk belajar benda baru.Sebagai contoh, di sini tiada subjek elektif yang menarik seperti peluang belajar bahasa asing.Kos hidup yang mahal membuatkan biasiswa cukup-cukup makan antara sebab peluang yang sempit untuk berjalan-jali ke Europe dan sebagainya.Dari sudut universiti pula, JUST menyediakan cuti yang sangat sempit untuk pelajar-pelajarnya.Lihatlah saja, cuti raya akan datang dipotong seminggu,yang dari asalnya sebulan menjadi 3 minggu saja.Memang dugaan..

Astagfirullah, sikap greedy saya 'membutakan' mata hati saya untuk melihat nikmat-nikmat Allah yang lebih besar perlu saya syukuri.Saya asyik memikirkan benda atau perkara yang saya tak dapat.Saya lupa yang ramai lagi saudara se-muslim yang menanggung beban lebih berat.Saya lupa yang ada juga saudara sedarah yang wang belanjanya cukup-cukup untuk hidup, yang makannya bercatu, lama tidak berbaju baru. Namun tidak pulak mereka merungut atas kekurangan diri.Saya terlalu memikirkan diri tidak pernah berpeluang ke negara lain untuk makan angin,sampai saya terlupa yang Allah kurniakan rezeki saya untuk lanjutkan pelajaran ke luar negeri ,satu peluang yang ramai orang lain impikan.Malu pada diri sendiri..

Saya cukup makan, cukup wang saku.Malah lebih. Andai tak cukup itu bukanlah salah wang biasiswa tak cukup, tetapi salah sendiri yang 'menabur' duit di tempat yang tak sepatutnya.Di saat rakan-rakan rindukan keluarga yang jauh di Malaysia, Allah hadiahkan saya keluarga baru dengan kehadiran Amir,yang merupakan semangat saya.Allah permudahkan pelajaran adik2 kandung dan adik2 ipar saya.Allah murahkan rezeki keluarga.Allah kurniakan rakan-rakan yang sama-sama menyokong perjuangan kita sebagai pelajar muslim.

Banyak kali Allah ulang dalam surah Ar-Rahman, "nikmat-Ku mana lagi yang kamu dustakan."

Didiklah hati, tanamlah rasa 'mencukupi' di dalam diri.Kenapa ego untuk bersyukur. Astagfirullah... ya Allah, moga engkau ampunkah dosa hamba-hamba Mu ini..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah berat (surat Ibrahim ayat 7)

Alhamdulillahi 3ala kulli hal, wa astaghfirullahi 3ala kulli zanmbih..

2 comments:

innani-HiDaYaH said...

Pakej belajar pelbagai subjek elektif yg best di sini, turut disertakan dgn pakej 4,5x ad hal dgn polis, jalan pakai tongkat, accident, masalah dgn org mcm2. Yet, all the cons (and the pros), are meant to bring out the best of you. =)

Allah bagi kat setiap org pakej lain-lain. Dan itulah yg terbaik utk setiap kita. Alhamdulillah, syukur, Allah, sebaik-baik perancang.

Nice thoughts Nida!

Juan Pablo said...

setuju dengan entri ini

cuma part subjek elektif tu, ada saja di JUST. percuma lagi sebab diajar oleh pelajar sendiri. rajin-rajinlah mencari.