Saturday, June 13, 2009

Air

"Agaknya *****(Tuan Rumah) nak kita pindah agaknya."

Begitu kata abang Man setiap kali masalah berlaku pada rumah kami.Ujian datang lagi kali ini.
2 hari sudah terputus air.Sudah 2 hari juga nikmat mandi air yang mengalir terus dari paip hilang daripada kami.Alhamdulillah, mujur abang Man sudah sedia dari awal menyimpan air dalam tong besar yang kami beli pada musim panas yang lepas.Dapat juga mandi sehari sekali,sekadar cukup syarat.Tambahan abang Man yang agak sensitif dengan mandi, kalau tak mandi sehari ,mula kepala berdenyut.Berlarut sampai malam.Musim sejuk lagikan wajib setiap hari mandinya,inikan pula musim panas yang tak henti bermandi peluh.

Pulang dari exam,terus saya call suami di rumah,bertanya samada air sudah ada atau sebaliknya.Namun jawapan mengecewakan.

"Bila nak ada air ni,abang?"
"Sabarlah,abang dah call ***** (Tuan Rumah),katanya petang ni masuk lah air tu.Ada masalah bla..bla..bla....Satu bangunan tak ada air kata *****(Tuan Rumah)."
"Harapnya betul petang ni ada air balik,insya Allah"

Sesudah Asar,janji belum tertunai.Air masih tiada.Bersiap saya dan suami,turun membeli air selepas mencari tuan rumah untuk menuntut janji.Hampa kali ini,dia tiada di maktabahnya.Terus kami ke kedai membeli 2 tong air.Kesian pula si suami menjadi mangsa keadaan,terpaksa menahan berat mengangkat 2 tong air sekaligus.Saya pula hanya membawa diri dan satu beg plastik berisi aiskrim dan makanan ringan.Untung sungguh."Tak balik modal," kata abang Man mengusik.


"Malaziiiiiiiiiiiiiiiiiii..........." jerit tuan rumah dari jauh,sambil berjalan pantas.
"Malam ni pukul 11 baru tangki penuh, kalau kamu nak mandi,mandi pukul 11 nanti.Insya Allah dah ada air waktu tu."

Saya pegang lagi janji nya kali ini.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan tawakkal,selepas maghrib sudah mula air boleh diguna.Awal dari jangkaan sebenar. jangkaan saya besok baru ada kalau ikut janji tuan rumah malam ni

Sekarang bolehla mula memasak dan membasuh.Abang Man pun dah kembali ceria,segar sesudah mandi.Alhamdulillah..nikmat air yang sudah ada mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah,yang selama ini saya leka untuk mengingatkan diri untuk berterima kasih akan nikmat air ini.Alhamdulillah,alhamdulillah...

Moga kita semua sentiasa digolongkan dalam golongan yang bersyukur,insya Allah.

0 comments: