Tuesday, June 30, 2009

Madinah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana kita masih diberi nikmat sihat pada hari ini.. Saya dan suami masih dah mood bercuti..Seakan rasa cuti baru bermula semenjak tiba dari Makkah sabtu lepas.Mungkin kerana bumi Jordan kami tinggalkan '3ala toul' selepas habis paper exam terakhir haritu.Dan harini seperti biasa,kami menghabiskan baki sisa cuti yang ada sebelum sekolah dibuka minggu depan insya Allah.

Bercerita mengenai perjalanan saya dan suami bersama rombongan mengerjakan umrah,kami bertolak pada 18hb June selepas Asar.Yalah,ditambah beberapa perkara lain,hampir pukul 6.30 juga lah bertolak,dan alhamdulillah selamat sampai di Madinah sekitar pulak 4 petang hari seterusnya.Gembira,dan bersyukur memijak tanah suci.Terasa tenang.Bangun pagi,siang hari,malam hari,sebelum tidur,hanya fikirkan persiapan ke masjid dan beriktikaf di sana.Sungguh saya suka kehidupan seperti itu; tidak diganggu tanggungjawab lain yang menghimpit diri dalam kehidupan seharian sebelum ini.

Melihat ribuan manusia bergerak menuju ke masjid pada setiap waktu,tambahan lagi waktu Subuh,membuatkan saya kagum dan berfikir alangkah indahnya jika kehidupan kita semua konsisten seperti itu,biarpun setelah kembali ke tanah air masing2.Tak henti saya mengucapkan kesyukuran ketika kali pertama menjejakkan kaki di Masjid Nabawi ,juga Masjidil Haram.Juga kali pertama melihat Kaabah kiblat kita di depan mata.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Madinah

Madinah bagi saya kota yang sangat tenang.Sungguh.Ternyata sekali kerana di situnya dimaqamkan jasad Rasullullah s.a.w.Rombongan kami berada di sana selama 4 hari 3 malam.Jarak hotel dengan Masjid Nabawi tidaklah jauh,sekitar 10 minit berjalan.Saya dan suami hanya pulang ke hotel selepas waktu subuh dan asar untuk membersihkan diri dan berehat sebentar.Dan selepas isyak pula kami berjalan-jalan sekitar kedai dan tempat2 di Madinah,sekadar yang mampu.



Pintu masuk lelaki dan wanita diasingkan di Masjid Nabawi.Pertama kali ke sana, saya sedikit gentar,takut tidak jumpa abang Man dicari.Jadi kami berjanji untuk tunggu di satu tempat selepas solat Isyak.Nyata,risau saya benar berlaku.Hampir 15 minit menunggu abang Man di salah satu pintu,belum nampak kelibatnya.Yalah,hari pertama sampai di sini,belum yakin sama ada ingat atau tidak jalan pulang ke hotel.Mulalah saya teringat cerita-cerita yang saya baca sebelum ni,cerita bagaimana sang isteri diuji Allah kerana terlalu bergantung harap kepada suami dalam setiap benda.Hal ini terus mengingatkan saya untuk check samada benar-benar ikhlas tawakkal saya pada Allah.Tak henti saya memohon agar Allah jauhkan saya dari dugaan yang tak dapat saya hadapi.Alhamdulillah,akhirnya saya nampak suami dari jauh.Rupa-rupanya suami saya silap cari pintu di mana diletakkan kasutnya.Tergelak saya.Suami saya,abang Man memang saya kenal benar,agak keliru dengan tempat yang kurang biasa.Apapun saya bersyukur kepada Allah.Sebenarnya tidaklah lama masa saya menunggu beliau, tetapi mungkin kerana risau, menjadikan penungguan saya lebih 'panjang',mungkin.

Seronok berada di Madinah.Walaupun agak panas,tapi itu bukan halangan untuk saya dan suami bersiar-siar di sekitar sana.Sewaktu di Madinah juga,suami membawa saya mengunjungi kedai buku di mana sewaktu menunaikan umrah ketika 1st year, beliau telah membeli 2 buah buku yang niat untuk dihadiahkan kepada bakal isterinya.Tentunya,buku2 itu menjadi milik saya sekarang =) Teruja saya melihat buku-buku yang sama masih ada di kedai berkenaan.Banyak juga buku dibeli suami di situ, seronok sangat sebab ada juga Bahasa Melayu baku dan juga bahasa Indonesia.Rasanya semua dah tahu,hanya saya yang terlebih seronok agaknya.

Bab makan pula tidak menjadi masalah.Hotel di Madinah betul2 bertentangan dengan sebuah kedai makan kepunyaan orang Indonesia.Jadi bagi kami pelajar yang jauh dari Malaysia tentunya sangat teruja dapat menjamah masakan Melayu.Masakan lain juga boleh tahan,kari ayam dan daging yang sangat pedas,murtabak,roti seperti roti canai semuanya ada.Dapatlah melepaskan rasa teringin dan teringat kepada makanan Malaysia.

Di Madinah juga saya, suami dan rombongan melawat Jabal Uhud, di mana berlakunya Perang Uhud yang mempunyai peristiwanya yang tersendiri.Juga awal ketibaan di Madinah,kami singgah menunaikan solat Zohor dan Asar jama3 di Masjid Qiblatain.Juga kami melawat Masjid Quba',masjid pertama yang dibina di dalam Islam.Alhamdulillah,saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di tempat2 yang selama ini hanya saya dengar dan tahu melalui pembacaan.

Akan saya sambung cerita di Makkah pula selepas ini Insya Allah..

Sunday, June 28, 2009

selamat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,saya dan suami selamat pulang daripada mengerjakan umrah selama hampir sepuluh hari.Pengalaman?Sungguh menyeronokkan dan saya sangat bersyukur terpilih menjadi tetamu Allah untuk mengunjung Baitullahil Haram.Insya Allah,akan saya cerita pada entry akan datang memandangkan 'mood' menulis kurang akibat sedikit penat berjalan jauh.



Sudah mula rindu saya..

Monday, June 15, 2009

Rawak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah selesai satu lagi paper,Oral Pathology II.
Bermakna tinggal 2 sahaja lagi exam yang bakal dihadapi.Oral Radiology dan Biostatistics.
Selesai saja paper biostat,petangnya insya Allah bakal bertolak mengerjakan umrah.Doakan kami semua dipermudahkan perjalanan dan segala urusan di sana,juga selamat pergi dan pulang.Amin.

Selesai sahaja exam pagi tadi,terus pulang ke rumah dek panas matahari yang terik,hingga terasa 'berat' kepala dibuatnya.Mungkin panas itu hanya rencah sampingan sahaja kepada sakit kepala yang dirasai,ditambah pula subjek hari ini yang juga 'berat-berat' belaka materialnya.Segalanya saya berserah dan tawakkal kepada Allah.Mudah-mudahan saya,suami dan rakan-rakan dimurahkan rezeki oleh-Nya untuk mendapat kejayaan yang terbaik,Insya Allah.

Kata suami saya,selepas exam UGS hari ini,bolehlah dia 'melapangkan' diri sebentar sebelum menyambung study untuk paper terakhir,Ethics pada Khamis akan datang.Saya pun ikut sama melapangkan diri lah namanya.Selepas Maghrib,kami berdua keluar makan berdua di luar,satu perkara wajib seminggu sekali.Seronok juga ambil angin di luar,memandangkan rumah saya agak panas kerana satu sahaja tingkap yang boleh dibuka.Kurang pengudaraan dan agak tertutup.

Baru-baru ni,sambil jalan-jali di Friendster,terjumpa seorang kawan yang sebaya.(Kawan kepada kawan saya sebenarnya).Umur kami sama,dan dia juga mendirikan rumahtangga pada umur yang sama dengan saya,bezanya cuma sebulan.Dan alhamdulillah,sekarang dia telahpun bergelar ibu.Seronok saya lihat gambar-gambar bayinya.Comel.Tersedar pula diri sendiri yang juga telah berumahtangga,cuma satu langkah saja lagi untuk menimang cahaya mata.Insya Allah, ada rezeki kami nanti mudah-mudahan.

Tersasul sudah saya cerita.Idea lari sebenarnya. =)

Moga hari-hari kita sentiasa ceria, Insya Allah.

Saturday, June 13, 2009

Cuba

Speed test




Anda bagaimana?

Air

"Agaknya *****(Tuan Rumah) nak kita pindah agaknya."

Begitu kata abang Man setiap kali masalah berlaku pada rumah kami.Ujian datang lagi kali ini.
2 hari sudah terputus air.Sudah 2 hari juga nikmat mandi air yang mengalir terus dari paip hilang daripada kami.Alhamdulillah, mujur abang Man sudah sedia dari awal menyimpan air dalam tong besar yang kami beli pada musim panas yang lepas.Dapat juga mandi sehari sekali,sekadar cukup syarat.Tambahan abang Man yang agak sensitif dengan mandi, kalau tak mandi sehari ,mula kepala berdenyut.Berlarut sampai malam.Musim sejuk lagikan wajib setiap hari mandinya,inikan pula musim panas yang tak henti bermandi peluh.

Pulang dari exam,terus saya call suami di rumah,bertanya samada air sudah ada atau sebaliknya.Namun jawapan mengecewakan.

"Bila nak ada air ni,abang?"
"Sabarlah,abang dah call ***** (Tuan Rumah),katanya petang ni masuk lah air tu.Ada masalah bla..bla..bla....Satu bangunan tak ada air kata *****(Tuan Rumah)."
"Harapnya betul petang ni ada air balik,insya Allah"

Sesudah Asar,janji belum tertunai.Air masih tiada.Bersiap saya dan suami,turun membeli air selepas mencari tuan rumah untuk menuntut janji.Hampa kali ini,dia tiada di maktabahnya.Terus kami ke kedai membeli 2 tong air.Kesian pula si suami menjadi mangsa keadaan,terpaksa menahan berat mengangkat 2 tong air sekaligus.Saya pula hanya membawa diri dan satu beg plastik berisi aiskrim dan makanan ringan.Untung sungguh."Tak balik modal," kata abang Man mengusik.


"Malaziiiiiiiiiiiiiiiiiii..........." jerit tuan rumah dari jauh,sambil berjalan pantas.
"Malam ni pukul 11 baru tangki penuh, kalau kamu nak mandi,mandi pukul 11 nanti.Insya Allah dah ada air waktu tu."

Saya pegang lagi janji nya kali ini.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan tawakkal,selepas maghrib sudah mula air boleh diguna.Awal dari jangkaan sebenar. jangkaan saya besok baru ada kalau ikut janji tuan rumah malam ni

Sekarang bolehla mula memasak dan membasuh.Abang Man pun dah kembali ceria,segar sesudah mandi.Alhamdulillah..nikmat air yang sudah ada mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah,yang selama ini saya leka untuk mengingatkan diri untuk berterima kasih akan nikmat air ini.Alhamdulillah,alhamdulillah...

Moga kita semua sentiasa digolongkan dalam golongan yang bersyukur,insya Allah.

Tuesday, June 9, 2009

Suami saya..

Perbualan biasa.Hari-hari biasa..

------------------------------------------------------------

"abang,nanti satu hari kita p makan kat kedai XYZ boleh tak?"

"Satu hari?"

"Yelah, satu hari.."

"Tak lama ke satu hari kita nak makan?Lamanya.."

-------------------------------------------------------------

"abang,kalau ada kedai falafel betul2 tepi bangunan kita ni mesti abang selalu beli kan?"

"tengok jugak, kalau ***** (Tuan Rumah) yang jual,abang tak beli.."

"kenapa?"

"sebab dia cakap mercik"

--------------------------------------------------------------

Monday, June 8, 2009

Panas Petang

Assalamualaikum..

alhamdulillah harini selesai lagi satu paper.5 lagi menanti.
Mujur juga ada gap 2 hari setengah, dapatla saya 'asak' mana-mana subjek lain sebelum saya mula study untuk paper Khamis akan datang,Internal Medicine.

Tiada apa yang baru untuk dikongsi,saya kira.
Musim panas kali ini tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lalu.
Cuma,kedatangan summer sem tidak berapa saya tunggu,tidak seperti tahun-tahun yang lalu.
Yalah, sebelum ni asyik balik bercuti penghujung tahun.Namun tahun ni lain pula, saya habiskan cuti di Jordan sahaja menemani suami yang pendek cutinya sebelum memasuki sesi klinikal bermula September depan.

Tak banyak yang saya nak cerita hari ni.Panas petang membantutkan fikiran saya untuk terus menulis.Mungkin lebih tepat jika saya buat benda yang menguntungkan.Insya Allah moga usaha kita semua membuahkan hasil dengan keizinan-Nya.Amin

Saturday, June 6, 2009

Sibuk

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,semalam telah saya selesai lalui satu paper; Prosthodontics RPD.Dan suami pula telah selesai paper CNS II midterm dan final


gambar hiasan semata,bukan RPD yang saya buat sendiri dalam lab =)


Moga dipermudahkan Allah untuk subjek2 seterusnya insya Allah.

Thursday, June 4, 2009

Yang Tidak Mahu Dijangka


Berita mengenai kehilangan pesawat Air France sedikit sebanyak membuatkan saya fobia untuk 'terbang'.Betul,malang tidak berbau.Segah mana pun ciptaan manusia tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah swt.Moga-moga perjalanan kita nanti selamat sejahtera hendaknya pergi dan pulang.

Wednesday, June 3, 2009

Dugaan

Berita mengenai penangguhan 2 exam papers ke 17 dan 18 june menghentikan pandangan saya pada kertas nota yang dipegang."Ingatkan satu saja yang dipostpone."Terus saya teringat mengenai perancangan umrah yang bakal bertolak 17 June nanti.Tawakkal a'lallah.Moga masih dibuka pintu rezeki oleh-Nya untuk saya dan suami menziarah Tanah Haram.Apa saja saya serahkan urusan pada-Nya.Juga saya teringat akan rakan-rakan yang bakal pulang ke Malaysia untuk bercuti sebelum summer sem yang bakal dibuka.Tentunya tiket yang ditempah terpaksa ditunda tarikhnya.Tak mengapa, ada hikmahnya.

Semalam saya dan suami diuji dengan bekalan elektrik yang terhenti secara tiba-tiba.Pada waktu itu, saya baru saja menyambung plug periuk nasi sebelum meneruskan kerja di dapur.Sambil menyiap bahan masakan,lampu terus terpadam diikuti semua alat elektrik yang lain.Saya dan suami menyangka mungkin elektrik terputus satu bangunan.Namun selepas hampir sejam,saya tergerak hati untuk bertanya rakan yang tinggal di bangunan yang sama mengenai hal ini,dia berkata elektrik di rumahnya ok saja.Andaian awal saya dan suami salah rupanya.Terus selepas solat zohor,suami berjumpa tuan rumah,dan alhamdulillah masalah kami selesai.

Rupa-rupanya plug periuk nasi saya buat hal,plug penyambungnya rosak disambar elektrik sehingga cair.Patutla pada awalnya saya bau sesuatu benda yang terbakar.Tak apalah, nanti selepas exam kena tukar wire periuk yang baru di balad.Sudahnya sekarang ni terpaksala saya menanak nasi guna kaedah tradisional. =)

Moga hari yang mendatang dapat kita semua tempuhi dengan lebih baik,insya Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Terjumpa

"Men lost thousands of brain cells after married.Cause they still think their getting-bigger wife is beautiful"
interesting quote from Jarhead film.

Abang Man, does that statement applies to you? hihi