Friday, April 24, 2009

Novel Cinta?

Semenjak sekolah menengah lagi, saya tidak begitu berminat untuk membaca novel-novel cinta yang lebih tebal dari buku teks sekolah (pernah ke saya khatam buku teks? =) Tetapi tidak bermakna saya menolak terus seumur hidup saya untuk mencuba satu atau dua novel di pasaran.Jika ingatan saya tidak salah,saya pernah diberi pinjam satu novel oleh teman rapat yang sememangnya menjadikan bacaan novel cinta sebagai hobi.Tajuknya,saya sudah lupa,malah jalan ceritanya juga langsung saya lupa.

Bagi saya, membaca novel-novel cinta itu hanyalah membawa kepada percintaan terhadap khayalan.Faham maksud saya?Di dalam novel-novel tersebut, digambarkan watak utama wanita yang jelita dan menawan tetapi hidup penuh konflik,manakala watak utama lelaki pula tentunya digambarkan penuh romantis dan berwang,menjadi penyelamat konflik watak utama wanita.

Tiada siapa yang diciptakan sempurna,sesungguhnya hanya Allah yang Maha Besar.Kesempurnaan yang dikhayalkan penulis novel2 ini telah mengheret para penggemar novel cinta sekalian untuk mengimpikan lelaki-lelaki dan wanita-wanita sempurna seperti yang digambarkan di dalam novel2 ini.Semua ini hanya angan-angan penulis semata,yang mana kebanyakkan penulisnya memang wanita.Saya juga wanita, jadi tidak bermaksud untuk menindas kaum sendiri.Wanita memang bermacam keinginannya.

Tidak pernah saya lupa tindakan seorang ustazah di sekolah saya(sewaktu menuntut di Tingkatan 4) merampas sebuah novel cinta yang dibawa oleh seorang pelajar.Itu tindakan yang sepatutnya,pada hemah saya, kerana kata rakan saya novel itu (juga saya lupa tajuknya ) mempunyai elemen dewasa yang keterlaluan.Sungguhpun itu cerita percintaan selepas berkahwin , adakah secara automatis ia menjadi karya 'halal' kepada penggemar setia novel,yang mana kebanyakkannya adalah remaja bersekolah?

Sejuta maaf saya pohon andai kata-kata saya menyinggung sesiapa.Saya juga manusia biasa. Ada matterphilic dan matterphobicnya..

0 comments: