Saturday, April 26, 2008

Ujian

kata2 ini tidak dituju kepada mana-mana bangsa, peringkat umur atau pekerjaan anda.
tiada maksud tersirat, yang pasti hanya tersurat sahaja yang mahu disampaikan.
tidak juga mahu menghuraikan dendam di hati, atau mahu membarakan rasa sakit dan pedih di dada dengan menulis di sini.hanya mahu bercerita,itu saja.

ikut rasa,binasa
ikut jiwa,tersiksa
ikut hati,terasa

tiada gunanya aku kecewa atas kerenah syaitan bertopengkan manusia.
tidak juga ku tuju kata-kata ini kepada mana-mana bangsa,
atas budi bicara bahawa bangsaku sendiri juga ada berperangai yang sama.
sakit di hati ubatnya sabar.
bersabarlah, kerana Allah yang Maha Esa itu mampu menguji kita dengan perkara yang lebih besar lagi sebenarnya.

kak Ran pernah bercerita..
" i've to pay 18jd to get fooled"

hebat bukan?
manusia zaman peradaban moden hari ini perlu membayar ringgit sendiri untuk ditipu.
ya, ditipu PENIPU.
sangat ku kagum, lakonannya cukup hebat, penuh gaya prihatin terhadap masyarakat.bijak berkata-kata dan berdrama sehinggakan timbul rasa kagum di hatiku, " alhamdulillah, masih ramai rupanya orang yang baik dan tidak lokek berbudi di dunia ini". tapi, aku sendiri TERTIPU dengan pujian dari kata hati aku sendiri.itu kisah duit.

ku buka kisah baru pula.

sakit hatiku memikirkan perkara lepas.
tidak semua bagiku bangsa mereka ini jahat belaka.
tersisa juga yang baiknya.
cuma pedih hatiku memikirkan mereka ini memandang jijik saudara seagama mereka, dengan anggapan kami ini adalah orang miskin datang dari jauh ke negara mereka atas dasar kemodenan mereka yang terlampau.
bukankah itu perasan sendiri namanya? memalukan!

cerita kak Ran lagi,
pernah dia didatangi seorang perempuan tempatan yang berpakaian sempit tapi bertudung,dengan penuh bangga (mungkin atas dasar mahu bermesra) bertanya kpd seniorku itu
'awak ini Muslim ya?'
sedangkan kak Ran pada tika itu berjubah lengkap stongan (baca: sarung tangan),pakaian kebiasaan bagi pelajar di sini.

kalaulah perkara itu terjadi padaku,
mahu saja aku tujukan kembali soalan yang sama kepada si gadis yang bertanya,
"awak ini Muslim ya? but why dont u dress like one?"

mahu ku sambung?

belum lagi kukira perkara biasa yang selalu dihadapi ketika membeli barang.
orang-orang ini sengaja mengambil kesempatan menggandakan harga sekurangnya 2 kali harga asal,atas alasan 'orang-orang ini bukannya tahu mereka ditipu'

baru saja terjadi sebentar tadi
kasut yang kubeli harga yang disebut 20jd.
padahal pernah saja kubeli seakan yang sama sebelum ini,kulit dan mutu yang sama.dengan harga 8jd.
PENIPU terang terangan.
ku kata pada si penjual, 20jd sangat tinggi harganya.10 jd,mungkin?
penuh sombong dan bongkak ,si penjual menjawab 'barang ini dari Turki, saya hanya boleh jual minima 18jd, kalau awak tak mahu pun tak mengapa,' dengan harapan aku akan terasa rugi tidak membli barang tersebut darinya.geram! bertambah benci aku melihat golongan ini.terus ku keluar dari gedung itu,namun sempat dikejar si penjual yang mengalah dan berkata 'baiklah, 10jd'. Puas hatiku. namun timbul juga rasa kecewa,lebih baik kalau aku dahulukan harga lebih rendah seperti 7jd sebelumnya.lucu.

tamat cerita ku kira.

seperti yang telah ku dahulukan,
tidak semuanya berhati binatang.
namun bak kata orang,yang buruk itu lah paling terang nya tersuluh.

0 comments: